Pak Lah versi PAS : Aziz Bari
Mengakui analisis Dr Abdul Aziz itu selari dengan tinjauannya mengenai kepercayaan politik, termasuk terhadap PAS, Dr Abu Hassan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap beberapa peserta melepaskan geram kepada pembentang.
"Seminar politik sebegini diadakan buat kali pertama dalam sejalah politik negara. Masalah sepatutnya diselesaikan dengan intelektual, bukan dengan perbalahan. "Kenapa datang dengan soalan yang tersedia dari rumah, kemudian marah kepada pembentang. (Sikap) ini primitif. Yang hendak dibincangkan, (soal) kecerdikan politik.
"Kita kena tahu di kurun apa kita berada. (Zaman) ini bukan abad ke-13,” katanya, kali ini disambut tepukan gemuruh, tidak seperti kebiasaan penyokong PAS yang gemar bertakbir.Malah, setiap komen yang mengkritik kepemimpinan PAS dan kerajaan perpaduan sering disulam tepukan peserta, berbeza dengan reaksi terhadap pandangan yang mempertahankannya.Sementara itu sewaktu menggulung hujahnya, Dr Abdul Aziz berkata beliau tidak mempunyai bukti atau "ubat" untuk memantapkan PAS.
Begitu lah tanggapan penulis Dr Abu Hasaan terhadap sesetengah wakil PAS yang tidak mahu parti mereka di kritik.pada hal kritikan membina ini mebawa kepada kebaikan demi menjadi parti yang mengusai majoritinya sama seperti Umno yang mewakili kaum Melayu, namun Pas di lihat lebih terbuka sedikit apabila menerima ahli dari bukan Melayu dalam sedikit masa lagi sebagai sayap sokongan.