IKUT DASAR PARTI ATAU ANDA BOLEH BELAH




Pulau Pinang- DSAI semalam dalam caramahnya di Konvensyen PKR negeri memberi amaran tegas kepada mana-mana pemimpin dan juga ahli yang enggan menerima perubahan pucuk pimpinan dan juga seringkali melahirkan rasa tidak puas hati kepada parti supaya meninggalkan parti jika tidak senang dengan apa yang di lakukan parti dan juga kepada ahli yang seringkali mengkritik secara terbuka pimpinan parti agar keluar dari parti dan menubuhkan parti sendiri.


"kita tidak mahu ada yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak membantu apa-apa ,malahan ada pimpinan yang mahukan tindakan di ambuil keatas beberapa individu ahli parti ,namun saya berlembut kerana mengenangkan jasa-jasa mereka, namun mereka juga perlu ingat bahawa mematuhi agenda dan perubahan parti itu penting untuk kita meneruskan perjuangan kita dan teruskan dengan lawan tetap lawan dan insyaAllah kita akn ke putrajaya" demikian di sambut dengan tepukan dari peserta yang hadir.

PKR baru-baru ini menerima sedikit tamparan apabila ADUN Pelabuhan Kelan Badrul Hisham telah keluar dari parti tersebut dan mengistiharkan dirinya calon BEBAS yang rapat dengan Umno.

Dalam hal ini DSAI menjelaskan bahawa soal ini adalah sesuatu yang diluar jangka pihak Parti kerana untuk pilihanraya akan datang PKR akan memastikan calon-calon yang dipilih adalah dari kalangan yang benar-benar komidted untuk bersama parti dan faham erti perjuangan parti.

"Jangan kita kesal dengan ada beberapa kerat yang telah meninggalkan parti.Biarkan mereka, namun kita akan pastikan pada pilihanraya akan datang calon yang akan kita pilih adalah calon yang benar-benar mahu bersama PKR dan juga setia bersama parti" demikian jelas beliau lagi.
DAPATKAN DALAM AKHBAR KONSEP ERA PAKATAN