Deklarasi Hari Habitat Perumahan Untuk Semua




2 KES YAG HARUS MENJADI TUMPUAN KERAJAAN PR-(BAWAH-KAMPUNG BUAH PALA )DAN (ATAS -KAMPUNG TANJONG TOKONG).JIKA SESIAPA ANTARA PEMERINTAH TIDAK MAHU BERTANGGUNGJAWAB,DIMANA TEMPAT RAKYAT UNTUK MEGADU??


Hari Habitat Sedunia adalah Hari untuk mengingatkan kerajaan mengenai isu perumahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Sejak 2002, Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan (GPBP) di bawah naungan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) menyambut Hari Habitat untuk mempertengahkan isu perumahan rakyat tertindas dan miskin.


Pekerja ladang, peneroka bandar, pekerja kilang, pekerja sektor perkhidmatan, Orang Asal dan setiap lapisan masyarakat mempunyai hak untuk perumahan yang sempurna dan selesa.
Pembangunan negara yang pesat tidak menjamin keperluan asas rakyat. Isu perumahan adalah isu yang masih tidak dapat diselesaikan kerajaan, walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka. Maka kami wakil masyarakat tertindas menuntut kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk :


Menggubal satu polisi perumahan negara yang memastikan hak perumahan untuk semua lapisan masyarakat.


Skim Perumahan Sendiri Tun Abdul Razak untuk pekerja Ladang harus digubal sebagai undang-undang.


Kerajaan tidak harus meluluskan pembangunan tanah oleh pemaju sehingga isu perumahan peneroka bandar kawasan terlibat tidak diselesaikan.


Setiap projek pembangunan setempat, mesti mempunyai peruntukan perumahan kos rendah untuk peneroka asal tanah yang dicadangkan untuk pembangunan.

Ordinan Darurat (Pembersihan Setinggan) tidak harus digunakan untuk pengusiran paksa peneroka bandar dari tanah mereka dan semua notis yang dikeluarkan dibatalkan dengan serta–merta.


Undang-undang harus digubal untuk memastikan penyelenggaraan semua Flat Kos Rendah dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

HAK PERUMAHAN ,HAK ASASI SETIAP RAKYAT!
PASTIKAN HAK PERUMAHAN UNTUK SEMUA!