DIALOQ ISLAM DAN ISU DI MALAYSIA


3 Ogos 2009

Kepada:

Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI DIALOG KAJIAN ISU-ISU ISLAM DAN DEMOKRASI DI MALAYSIA.

ISTAC dan IAIS sebagai institusi pengkaji menerusi Merdeka Center sebagai pelaksana akan mengadakan Dialog Kajian Isu-Isu Islam dan Demokrasi di Malaysia. Objektif utama dialog ini adalah untuk mendapat pandangan beberapa segmen masyarakat terhadap isu-isu mengenai urus-tadbir kerajaan yang baik, hak-hak minoriti dan wanita serta sikap toleransi agama dalam konteks kemajmukan di Malaysia pada hari ini. Sila lihat lampiran untuk maklumat lanjut.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan/puan untuk meluangkan masa bersama kami di sesi dialog bagi negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada tarikh dan lokasi di bawah:

Masa dan Tarikh : 8:30 pagi – 12:00 tengah hari, 8 Ogos 2009 (Sabtu)
Lokasi : Hotel Heritage 1926, Jalan Burma, Pulau Pinang.

Sebarang pertanyaan mengenai program tersebut, sila hubungi penyelaras kami Noor Amin bin Ahmad (012-4667658/amin@aminahmad.com) atau sekretariat Norhafizah Mohd Rupi (03-82101499). Kami akan menghubungi Tuan/Puan dalam masa terdekat untuk membuat pengesahan kehadiran.

Untuk makluman tuan/puan, segala maklumbalas yang diberikan tidak akan digunakan untuk tujuan lain selain daripada kajiselidik ini dan identiti peserta akan dirahsiakan. Dialog ini tidak terbuka kepada orang ramai dan penyertaan adalah di atas jemputan sahaja. Pihak kami ada menyediakan makan minum, sijil dan elaun saguhati bagi mereka yang hadir.

Kerjasama dan komitmen yang pihak tuan/puan berikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian. Terima kasih.
Yang benar,

Ibrahim Suffian

Pengarah Program
Merdeka Center

No comments: