TUAN GURU DATO NIK AZIZ-JANGAN BERSENGKONGKOL DENGAN PEMERINTAH YANG ZALIM






GAMBAR TUAN GURU KETIKA HADIR BERCERAMAH JAM 1210 MALAM DI MARKAS PAS KUBANG SEMANG SEMALAM



Penanti-Hampir jam 12 malam namun kelibat Tuan Guru belum tiba,Beliau berceramah di kampung Guar Perahu.Namun penantian bagi pendengar dan penyokong tidak pernah padam.Kelihatan beberapa orang sedang memegang telifon untuk mendapatkan maklumat sama ada Tuan Guru akan hadir atau tidak.Jam 12.10 malam , Tuan Guru tiba.Kedengaran laungan takbir,sah Tuan Guru hadir ramai yang berlari untuk bersalaman.Meskipun Kubang Semang tak pernah lekang dengan kehadiran Tuan Guru di masjidnya, namun aura Tuan Guru Nik Aziz memang tiada siapa dapat menyangkalnya. Pengerusi majlis mengumunkan kehadiran tuan guru dan dalam masa yang sama orang ramai kelihatan ceria dan kehadiran oarang ramai secara tiba-tiba memenuhi kawasan yang tidak begitu luas, namun ianya nampak padat,.mungkin selepas ceramah pertama mereka kembali ke ceramah kedua.Jarak diantara satu tempat ke satu tempat 3 kM , jadi mudah untuk bergerak .Jalan pula tak sesibuk ketika pilihanraya parlimen Permtang Pauh dahulu.Keadaan ini agak tenang dan kerana Umno tidak bertanding.



Tuan guru memulakan ucapan dengan memetik bahawa kewajipan umat islam ialah mengikut Alquran dan juga mengamalkannya kerana ianya adalah pengajaran yang boleh didapati dari Alquran dan sebagai ajaran yg utama ,sembahyang misalnyanya. namun dalam beberapa perkara nak sembahyang pun kena permit.Disambut dengan gelak ketawan yang hadir.

Beliau kemudiannya mengulas mengenai kerjasama Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama dalam muktamar di Ipoh, beliau telah menjelaskan bahawa PAS telah menyokong usul untuk bekerjasama dngan Pakatan iatu komponen parti PKR dan DAP kerana ada beberapa titik persamaan ,

"Kita akan tetap menyokong Pakatan kerana itu telah diputuskan kita berkongsi,ada titik persamaan, iaitu benci kepada kezaliman,tiada kezaliman tiada rasuah,maka kerana itu kita menyokong Pakatan Rakyat dan kita duduk didalam bersamanya" demikian jelas Tuan guru berikutan ada kekalutan diawal penamaan calon baru-baru ini.Ada pihak di dalam PAS mahu meletakkan calon didalam pilihanraya kecil Penanti baru-baru ini.


Tuan Guru seterusnya menjelaskan bahwa PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno kerana telah beberapa kali dan beliau masih ingat dalam tahun 69 dimana beliau turut sama ada didalam keputusan yang dibuat,"Setelah senang dan kenyang dia kuih kita" demikian jelas Tuan Guru lagi.Maka kerana itu muqabalah dan sebagainya kita tidak mahu.Kita ambil keputusan untuk tidak mahu belerjasama "Ada baru-baru ini nak kerjasama dengan kita.Kita tidak mahu,kerana kita telah lalui perit bersama mereka(BN)"


Beliau memberi contoh dimana di Kelantan masa kini ada arahan dari pusat supaya jangan bekerjasama dengan Kerajaan negeri kelantan terutamanya dalam pertanian. beliau menjelaskan bahawa,
"Orang no satu(DS Najib) dia kata One Malaysia, tapi di Kelantan jadi macam lain.Tak boleh bantu rakyat Kelantan dalam pertanian.One Malaysia gapadia gitu tak boleh kerjasama, jangan kerjasama dengan orang Kelantan ,boss dia kata One Malysia aku kata lain " demikian jelas Tuan Guru lagi. Selagi manusia engkar maka Tuhan amat marah akan golongan ini .Tuahn suruh manfaat pada manusia.


Tuan Guru juga menjelaskan bahawa dalam PAS ada berbagai peringkat manusia.namun selagi manusia itu berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, maka kita selamat . "Umno ada hati jaga islam? tengok orang-orang dia.PAS ada semua, ustaz,guru,doktor tapi kena ikut alquran .Tuan gurumemperingatkan lagi bahawa perlu semuanya keluar mengundi "mengundi keluar semua,kita buang Umno,kerana banyak penyelewengan subsidi , kuasa.tangkap wartawan ,macam manusia dia buat,dia atur ,lain jenayah rompak,ragut,bunuh macamana tu? tanya Tuan Guru lagi..


"Selagi takwa. Khalid Walid dulu gedebe lempar batu pada nabi,tapi oleh sebaba Muhammad itu orang yang bertakwa , maka akhirnya Khalid peluk Islam dan bela Islam .Nabi takwa kepada Allah.Ingat dosa pahala,sakit demam,ajal maut ,hari akhirat Tuhan balas.masuk kubur masuk kubur pangkat takda, tun, dato,datin,tin tun(gelak ketawa orang ramai) semua tak guna. jawab satu saja.Bukan ikut perlembagaan dan akta." jelas Tuan Guru lagi.

NIk Aziz kemudiannya meminta semua masyarakat agar keluar mengundi baik jika kalau terpaksa berjalan kaki sekali pun.

"Kita kena undi sama ada DAP,PKR ,kita kena undi.Ada persamaan tiada zalim.rasuah.Kelantan Alhamdulillah" seru Tuan Guru lagi.





No comments: