PIHAK KESELAMATAN BERSIAP SEDIA UNTUK PENANTI

JAWAPAN PARLIMEN 23 FEBRUARI 2009


Penempatan anggota keselamatan di Bukit Mertajam iaitu 3 kilometer dari Penanti.Proses membina khemah sedang giat dijalankan.
Terbukti tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di pilihanraya dan kita berharap ianya akan kekal begitu.

2. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan :-


(a) berapakah jumlah perbelanjaan keseluruhan yang digunakan untuk pasukan polis yang terlibat dalam pilihan raya di Kuala Terengganu; dan




(b) senaraikan kes rusuhan dan keganasan yang berlaku dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.


Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah yang telah pun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini.Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga menjawab pertanyaan ini serentak bersama-sama pertanyaan Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Gombak bertarikh 10 Februari 2009, Yang Berhormat Kuala Krai bertarikh 24 Februari 2009, Yang Berhormat Ketereh bertarikh 26 Februari 2009, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Shah Alam bertarikh 2 Mac 2009, Yang Berhormat Machang bertarikh 12 Mac 2009, Yang Berhormat Batu bertarikh 17 Mac 2009 dan Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Bachok bertarikh 18 Mac 2009 kerana pertanyaan-pertanyaan ini semua tersebut adalah mengenai perkara yang sama.


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik.Dato’ Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini jumlah keseluruhan perbelanjaan Polis Diraja Malaysia bagi penugasan operasi pilihan raya kecil kawasan P36 Kuala Terengganu ialah sebanyak RM15.15 juta.



Pecahan perbelanjaan tersebut adalah meliputi kos perjalanan dan sara hidup berjumlah RM2.7 juta,

perhubungan dan utiliti berjumlah RM50,000,

sewaan kanopi berjumlah RM6 juta,

pembekalan makanan kering dan minuman berjumlah RM65,000,

pembekalan bahan api dan alat ganti berjumlah RM698,000,

pembekalan bahan mentah dan lain-lain berjumlah RM310,000,


penyelenggaraan dan pembaikan kecil berjumlah RM830,000,


dan pembekalan makanan bermasak dan penginapan berjumlah RM4.5 juta.

Penugasan kali ini melibatkan seramai 3,376 orang anggota dan pegawai polis yang mana yang terdiri daripada semua jabatan atau pun cawangan dalam Polis Diraja Malaysia seperti Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan, Trafik, Unit Udara Polis dan Tugas Am.

Di antara bentuk penugasan yang dilaksanakan ialah penugasan di bawah keperluan Suruhanjaya Pilihan raya, kawalan keselamatan orang ramai, kawalan lalu lintas dan rondaan berkala. Manakala jumlah kelengkapan yang terlibat dalam operasi P36 ialah dua unit helikopter dan satu unit fixed wing dari Unit Udara, tiga Unit Armored Personnel Carrier dan Unit Kereta Perisai, 68 buah kereta peronda MPV, 238 buah motosikal berkuasa tinggi dan 58 buah motosikal ringan dari Unit Trafik dan senjata api jenis Walther P99 side arm sebanyak 3,376 unit.

Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada kawalan keselamatan yang dijalankan oleh pihak polis berserta kerjasama yang baik dari orang awam, tiada sebarang kes rusuhan atau pun kejadian yang tidak diingini berlaku di sepanjang pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga pembekal kanopi sewaktu pilihan raya kecil Kuala Terengganu ialah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Rukun Saksama Sdn. Bhd. Sekian, terima kasih.

Dari segi perbandingan kos dengan Permatang Pauh, saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa jumlah yang dibelanjakan di Kuala Terengganu agak lebih tinggi sedikit daripada Permatang Pauh. Sekian, terima kasih.



TERIMA KASIH ANGGOTA KESELAMATAN YANG PERNAH MENJADI "OUTRIDER" KETIKA PILIHANRAYA KUALA TERNGGANU. INI SEBAHAGIAN DARI TUGAS KEPADA ORANG AWAM.BUKAN SEMUA YANG BURUK-BURUK DARI PIHAK KESELAMATAN.CUMA JIKA DILIHAT PERBELANJAAN AGAK KETERLALUAN.


No comments: