PAS TIDAK AKAN BERTANDING DI PENANTI



PENANTI -Parti PAS tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana tetap mementingkan setiakawan .Pilihanraya DUN Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei ini kata, Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Haji Mustaffa Ali.

Iklan

Walau pun desas desus kedengaran dan perasaan tidak puas hati berlaku, namun ini sebenarnya telah dipersetujui oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat.

Semangat setiakawan perlu kerana ini adalah tanda persahabatan yang kukuh untuk kebaikan bersama dan kita berharap ahli akan dapat menerima ini dengan perasaan terbuka.

Turut sama dalam sidang media itu ialah Pesuruhrjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Setiausaha Perhubungan, Fadhil Kemi dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin. - mns_

No comments: