GAMBAR DI PERAK KAWASAN YANG DI KEPUNG ADALAH BANGUNAN KERAJAAN







GAMBAR KIRIMAN CECILIA PWW PERAK WOMAN FOR WOMAN


IPOH-Suasana tegang pagi tadi dapat dilihat dimana hampir 30 ditahan.Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam.

sementara itu menurut Ahli Dewan Undangan Negeri, Idham Lim berkata pihak istana bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat demi kestabilan politik dan masa depan negeri Perak.

Dalam blog beliau melaporkan berkata semasa mengiringi Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah meluahkan hasrat baginda untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.
“Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat. BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker.Sidang hari ini tidak sah.

“Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. Dun Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.
“Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

“Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun. Kita mahu Dun Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah,” kata Idham dalam blognya.