• Bersatu pertahan hak bumiputera
Oleh Akupunya
Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan.
Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan.
Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.
Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.
Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan U_nion (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagai mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.” [2]
Saya ingin memberi satu contoh yang lebih meluas lagi. Kita sedia maklum jumlah golongan profesyenal Melayu dan Bumiputra adalah masih jauh lebih kecil kalau di bandingkan dengan jumlah bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang sudah lama mendapat “head start” sejak dari zaman penjajahan lagi. Untuk merapatkan jurang “human capital” atau modal insan yang terlatih lagi canggih ini aspek pendidikan merupakan satu aspek yang amat penting sekali bagi meramaikan bijak pandai Melayu. Mengambil kira faktor inilah atas desakan UMNO maka semasa pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Suruhanjaya Reid dan kemudiannya menjadi Perlembagaan Persekutuan Melayu Raya atau Malaysia selepas Malaysia ditubuhkan telah dimasukkan Perkara 153 ke dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memperuntukan bahawa setiap orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang berkelayakan adalah diberi hak biasiswa secara automatik. Ini jelas dari Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan :
“ perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak ………. mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu ; dan Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.”
Daripada peruntukan di atas jelas bahwa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas.
Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka kepada orang Melayu sebagai pribumi negara ini. Harta pusaka ini haruslah kita pertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membiarkan ia di cairkan atau “diluted” oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi sebarang pemberian pinjaman atau apa-apa bantuan atau kemudahan dalam pelajaran yang memerlukan pembayaran balik adalah bertentangan dengan dan tidak memenuhi semangat Perkara 153 (3) Perlembagaan. Ini perlu diperbetulkan oleh pihak kerajaan.
Kalau tidak Kerajaan adalah tidak berlaku adil kepada orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak. Perlu diingat bahawa keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apa guna kita ada bangunan yang antara yang tertinggi di dunia dan prasarana negara serba canggih jika negara pada waktu yang sama sudah tiada peruntukan untuk biasiswa kepada pelajar Melayu miskin yang berhak untuk mendapat biasiswa tersebut ? Kerajaan perlu mencari cara penyelesaian supaya hak orang Melayu yang sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia dipulihkan.
Sejak negara ini merdeka pada 1957, Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia inilah yang menjadi sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Jika dasar-dasar yang melahirkan program-program affirmative ini dipertikai atau diganggu-gugat, akibatnya orang Melayu dan Bumiputera akan melarat dan terpinggir dari arus perdana pembangunan dan kemajuan di era globalisasi.
Hakikat ini perlu diinsafi dan difahami sedalam-dalamnya oleh semua pihak, baik pemimpin politik, pembuat dasar, pelaksana dasar mahupun seluruh rakyat jelata. Janganlah kerana Malaysia tidak mahu disisihkan oleh globalisasi, maka dasar, strategi dan program mengenai orang Melayu dan Bumiputera pula dipinda, diubahsuai atau dimansuhkan sehingga mereka jadi terpinggir, mundur atau kehilangan jatidiri atau identiti akibat globalisasi.
Oleh itu, Kerajaan perlu mengkaji sedalam-dalamnya seluruh dasar dan undang-undang yang diwujudkan untuk kesejahteraan orang Melayu dan Bumiputera sebelum mengambil sebarang keputusan sama ada dasar dan undang-undang berkenaan perlu dipinda, diubahsuai atau dimansuhkan atas nama globalisasi. Sekiranya kuasa Barat atau talibarutnya di negara ini menuntut supaya dasar atau undang-undang berkenaan mesti dipinda, diubahsuai atau dimansuhkan, Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mestilah bertegas.
Mereka mesti mempunyai iltizam politik dan iltizam nasional yang kuat untuk mempertahankan seluruh dasar tersebut. Janganlah terdapat mana-mana pihak yang berkecuali dan jangan pula ada golongan yang mendukung desakan seperti ini. Globalisasi juga menuntut sektor swasta Malaysia untuk mewujudkan dasar serta strategi baru. Mereka juga perlu meningkatkan kecekapan pengurusan dan memperhebatkan produktiviti sumber manusia masing-masing.
Pendek kata, mereka perlu menyiapkan diri untuk menghadapi persaingan global. Dalam pada itu, sektor swasta Malaysia sewajarnyalah sentiasa mempertahankan dasar-dasar yang membabitkan orang Melayu dan Bumiputera. Janganlah atas nama globalisasi, maka segala dasar Melayu dan Bumiputera yang kini dihayati serta dilaksanakan oleh sektor swasta juga terus diketepikan. Insaflah, di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jangan sampai kera di hutan disusukan, ayam di kepok mati kelaparan dan itik di air mati kehausan!
Jadi, globalisasi, globalisasi juga. Tapi kepentingan Melayu, bumiputera atau pribumi di bumi tercinta ini jangan pula digolok-gadaikan. Jadi, kalau ada orang Kerajaan nak bidas-bidas rakyat jelata Malaysia yang rimas, cemas dan panas pasal keaktifan beberapa syarikat Singapura membeli saham syarikat-syarikat strategik di Malaysia, jangan ada mana-mana pihak cuba memperlinya. Dan, jangan kita jadi dayus sehingga kita rela dijadikan kuda kepang oleh jiran tetangga yang tidak tahu beradab dan berbahasa. Atau, jangan juga kita jadi petualang yang akan membantu kemasukan trojan horse ke negara ini. Kalau itu terjadi, sah kita adalah pengkhianat yang mempersilakan masuk berkhemah di depan tangga.
P/S Satu perkara yang mungkin gagal disedari oleh rakyat Malaysia khususnya orang-orang melayu adalah biasiswa adalah salah satu keistimewaan ( privileges ) orang Melayu yang dijamin di dalam Perlembagaan (Perkara 153) selain keistimewaan bahasa melayu dan tanah rezab melayu.
Apakah kepentingan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ini ? Kepentingannya adalah Kerajaan WAJIB memberikan para pelajar melayu biasiswa jika mereka diberi tempat belajar di mana-mana institusi dalam atau luar negara dan mereka tidak boleh dikenakan syarat untuk membayar semula biasiswa yang mereka terima daripada Kerajaan. Malangnya keistimewaan tersebut telah dicabut oleh pihak Kerajaan tanpa menghiraukan peruntukkan Perlembgaan.
Pelajar–pelajar pada kebiasaannya akan diarahkan menandatangani perjanjian biasiswa/pinjaman dengan pihak penaja mereka. Yang demikian pelajar dan penaja tertakluk kepada terma-terma perjanjian biasiswa/pinjamman tersebut. Perjanjian tersebut dikawal oleh Akta Kontrak 1950. Berdasarkan perjanjian mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian jika mana-mana pihak tidak mematuhi terma-terma perjanjian..
Persoalan yang mungkin bersarang di dalam kepala para pelajar adalah adakah pihak penaja boleh menarik balik bantuan biasiswa jika mereka terlibat dengan persatuan atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan.