LAWATAN KERJA DSAI KE PERMATANG PAUH







PERMATANG PAUH 12 APRIL-lawatan kerja DSAI ke bahagian permatang pauh hari ini melihat beliiau telah ke perkampungan Cina Sungai Lembu dimana diadakan dialoq antara DSAI dan juga penduduk kempung tersebut.


Ianyamenjelaskan mengenai status tanah tersebut iaitu status tanah sementara dan juga perkampungan baru.DSAI menjelaskan bahawa tindakan yang dibuat oleh Menteri besar Perak YB Dato Seri Mohd Nizar dianggap sebagai satu tindakan bijak di mana memberi hak milik tanah kepada penduduk yang telah menetap lebih dari 70 tahun di kawasan tersebut.



Selain itu ianya juga menjelaskan tetang kedudukan YB Mohd fairus dimana sehingga kini YB Fairus kekal sebagai ADUN Penanti, walau beliau telah melepaskan jawatan sebagai TKM1 dan juga EXCO kerajaan negeri.



PEMBUKAAN CAWANGAN BARU PKR DI FLAT AMPANGAN JAJAR







PERMATANG PAUH 12 APRIL- Pada hari yang sama DSAI telah sudi untuk hadir merasmikan pembukaan cawangan baru PKR di Flat Amapangan jajar di mana dalam perasmian pembukaan cawangan baru tersebut lebih 100 ahli baru mengisi borang.Flat yang baru 5 bulan siap untuk menempatkan penghuni rumah -rumah setiggan di sekitar kawasan tersebut kini boleh memuatkan seramai 2000 keluarga.




Menurut ketua cawangan PKR Flat Ampangan Jajar Abd Hamid bin Badar Maidin , menjelaskan bahawa sehingga kini ramai lagi penduduk yang belum di tempatkan di kawasan ini kerana ianya masih baru.Kesempatan ini kami tubuhkan cawangan PKR di Flat ini dan InsyaAllah ianya akan menempat lebih ramai lagi penduduk dan dengan itu ianya akan dapat memberi perkidmatan kepada penduduk di Flat ini.




Dalam ucapan ringkas beliau di hadapan lebih 400 penghuni Flat tersebut, DSAI menjelaskan bahawa adanya perbezaan antara pentadbiran Pakatan Rakyat dan juga Bn.Menurut DSAI lagi jika Pakatan Rakyat yang kini telah mentadbir 5buah negeri sebelum Perak di rampas, ianya menjelaskan bahawa kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat berusaha untuk membantu rakyat dengan memberi tanah,mengurangkan beban rakyat dengan menurunkan cukai pintu dan juga caj air,memberi bantuan kepada keluarga miskin dan menghapuskan miskin tegar serta memberi bantuan kepada anak-anak yang berjaya ke universiti serta amalan jimat cermat dan tidak boros berbelanja duit rakyat dan juga amalan yang lebih telus berbanding barisan nasional.






No comments: