10 PERKARA DATO SERI NAJIB PERLU LAKUKAN







Terjemahan

Saturday, 04 April 2009 16:59






Perdana Menteri Malaysia ke 6 Dato Seri Najib Tun Razak harus melakukan 10 perkara yang difikirkan perlu dalam pentadbirannya untuk kebaikan negara

Well, semalam Datuk Seri Najib Tun Razak telah di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Berikut ialah 10 perkara penting yang perlu dilakukan bagi menjalankan tugas-tugas beliau dalam pentadbiran negara ini.



10 perkara yang kami ketengahkan ini sebagai satu cadangan atau panduan kepada beliau dalam melancarkan pentadbiran beliau dan degan ini kelancaran dalam pentadbiran beliau akan memberikan kelebihan kepada pentadbiran beliau dan juga kepada rakyat negara ini.10 perkara ini yang melibatkan antaranya berkaitan hubungan politik,isu sosial,dan juga isu keseluruhan yang melibatkan negara dimana rakyat boleh berbincang dan bercakap mengenai isu penting, mendengar suara mereka dan menerima pandangan rakyat marhaen.



10 perkara penting tersebut ialah


1. Memberi ruang yang sewajarnya kepada demokrasi

Jika ruang ini tidak dibuka dan diberi nafas , maka dalam pilihanraya yang ke 13 nanti ianya memberi natijah yang buruk kepada kerajaan.Najib harus mengambil jalan lain dan bukan jalan yang telah dibuat oleh pemerintah sebelum ini.Ianya melibatkan isu ISA,kebebasan akhbar,akta Universiti dan kolej dan juga juga beberapa akta rahsia yang lain yang difikirkan perlu.Penahanan tanpa bicara dikalangan rakyat iaitu ISA harus di hentikan dan sesiapa yang didapati bersalah harus lah ditahan dan dibicarakan-bukan ditahan secara semborono walau pun ianya dilakukan secara samar-samar.

2. Hapuskan politik wang

Perkara ini terjadi semasa pemerintahan Mahathir Mohammad dan ianya haruslah dihentikan segera sebelum ianya menjadi barah dan menghancurkan Umno dan juga rakan sekutunya.Hanya satu cara sahaja yang perlu dilakukan ialah dengan cara menjemput pihak polis dan juga SPRM menyiasat dan menghukum salahguna kuasa dan penipuan dalam kewangan negara atau apa sahaja yang berkaitan dengan pentadbiran.Jika ianya dibiarkan ,,sudah tentulah ianya akan menjadi semakin merebak dan akhirnya akan memusnahkan dan menyukarkan usaha-usaha ini dilaksanakan di masa hadapan.


3. Hapuskan sistem kouta dalam pemilihan parti

Cara ini dilakukan dengan cara yang lebih telus,dimana pihak yang membangkang juga mungkin akan bersetuju dan menyokong dengan melibatkan semua pertubuhan dan juga organisasi dimana ianya akan meletakkan satu tahap pegundian yang lebih telus.


Badan ini akan bertindak bagi menjaga dan mengawal organisasi dan ianya haruslah telus dan ianya bukan sahaja dilakukan dalam Umno, malahan dalam semua sekutu kerajaan Barisan Nasional,ianya bagi menghalang calon yang berpontensi bagi naik ke mercu kuasa.

4.Dapatkan sokongan dan kekuatan rakyat bagi menyertai Umno

Dari apa yang Najib lihat dan berada kini ,ianya harus juga dilihat dari bawah sebagaimana rakyat biasa lihat.Rakyat mahukan ketelusan,jujur,ada bakat,berdaya saing dan juga ada kreadibiliti, bukan sahaja dalam Umno, tetapi untuk semua rakyat melihat,jika tidak pun,sekadar dikalangan komponen parti.Najib harus melihat ini sebagai satu hambatan yang perlu buat Umno dan jadikan ianya sebagai satu yang perlu dilakukan di dalam Umno dan juga haruslah menjadikan rakyat menghormati beliau dan pimpinan secepat mungkin.Najib memerlukan langkah-langkah yang perlu ke arah itu.




5. Lakukan perubahan dalam Barisan Nasional


Najib harus lakukan perubahan dalam Umno dan Barisan nsional dimana perlu diubah taraf pemikiran dimana hanya Umno yang memerintah dan bukan parti lain.Perlu dilakukan perkongsian kuasa.Lakukan di dalam Barisan nasional dahulu, namun dalam Umno sebagai langkah utama.Najib harus perlu melakukan untuk perubahan,persaingan yang adil dan telus,dan jujur serta amanah terhadap komponen parti.Secara langsungnya sebagai seorang pemimpin


6.Perkenalkan undang-undang lompat parti


Kerajaan seharusnya lah telah menyedari dan memahami kini bertapa kejadian yang melanda di Bukit Gantang dan apa perasaan rakyat terhadap cara mendapatkan kerajaan negeri Perak melalui melompat parti.Ini arus dilihat secara serius.Berdasarkan dari kejadian tersebut adalah diharapkan kerajaan dan juga pembangkang telah memahami dan menyedari betapa melompat parti itu akan menjadikan ianya tidak demokratik dan juga dalam keadaan yang tidak stabil.Adalah lebih baik jujur dalam berpolitik.


7.Kredibiliti,bersih dan berdayasaing dalam kabinet

Najib jangan hanya mengekalkan muka yang sama dalam kabinet beliau dengan mengambil semula calon-calon yang lama.Najib perlu mendapatkan sesuatu yang baru ,muka-muka baru yang bersih,jujur dan yang bertanggungjawab terhadap negara sebelum mereka-mereka ini menjadi calon yang lebih mementingkan diri sendiri dari berkhidmat kepada rakyat dan negara.


Ada juga cadangan dan kekuatan di mana masukkan lebih banyak golongan teknokrat dimana mereka ini akan menjalankan kedua-dua tanggungjawab dimana menjalankan tanggungjawab terhadap negara dan kerajaan,meletakkan politik disebelah. Mungkin ini jalan terbaik,untuk mengelak dari melakukan perbuatan rasuah.


8. Naikkan semula semangat dan maruah kakitangan awam

Kini perkhidmatan awam negara telah hilang seri dan juga kemegahannya.Tanyalah orang lama dalam perkhidmatan awam.Mereka-mereka ini "hilang"kerana politik telah menjadikan mereka begitu jauh hilang kemegahannya, ini adalah kerana orang-otang politik telah mengajar mereka apa yang perlu dibuat dan perlu dipatujhi, dan mereka menjadi terkongkong dengan dasar-dasar yang berbagai,


Kembaikan semula mereka-merka ini kepada perkhidmatan yang lebih cemerlang,didik dan arah mereka cara yang terbaik,bangkitkan dan hargai meraka dan berilah pujian yang sewajarnya kepada golongan ini.Mereka akan menjadi jujur dan juga bertanggungjawab jika lebih dihargai.Bawalah golongan profesional kembali ke perkhidmatan awam.



9. Adakan penasihat kewangan khas

Oh..jangan diletakkan yang tak ada pengalaman dalam pengurusan wang negara.walau pun mereka ini bijak,kita masih banyak lagi merasai betapa kes kenaikan harga minyak dan ini menyebabkan barang-barang lain naik melambung.Harga minyak telah jatuh, namun harga brangan masih tinggi.


Najib memerlukan seseorang yang betul-betul bijak dalam ekonomi,dihormati,bergeliga boleh dan punya pengalaman ekonomi dan juga sebagai seorang ketua yang cekap mengawal sekumpulan pemikir eknomi dan juga pekerja sokongan yang membuat dasar dan bagaimana melaksanakannya.


Mereka ini boleh dari keakitangan kerajaan sendiri, oarang-oarng dari bank negara,dan sudah tentulah dari sektor swasta juga.Ianya tidak semestinya sebanyak 50 orang, adakalanya 5 orang pun memadai bagi staff sokongan.



10. Harus tahu masa yang sesuai,tempat yang betul dan juga jika keadaan politik tidak menyenangkan,bila dan bagaimana mengatasinya


Najib tidak seharusnya melakukan kesilapan sepertimana yang dialami oleh yang lepas-lepas.Menerima nasihat dari hanya satu golongan yang memikirkan sesuatu terlalu tinggi menggunung tetapi tidak nampak hasil dibawah.Situasi yang sukar harus di selesaikan dengan cara yang juga sukar.bukan mudah.awak tidak boleh lari dari mereka dan mengharapkan mereka menyelesaikan masaalah.Awak boleh melayani semuanya -dengan berbagai falsafah namun apa yang penting ialah apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.Jika ianya sukar..lakukan dengan apa cara yang munasabah.Bukan mudah untuk melakukannya, dan pilihanraya yang ke 13 tidak lama lagi mungkin dalam 2 atau 3 tahun akan datang, dan ini tentu meletihkan bagi Najib. namun marilah kita lihat apa yang sedang menanti beliau.

That means he must start with a bang. Let’s see what he does.


If u believes there is always hope.