Hari penamaan calon Bukit Gantang menyaksikan sokongan dari penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mengiringi calon dan perarakan di tengah-tengah Bandar Taiping seolah-olah menyaksikan satu demontrasi bagi membantah pembatalan akhbar harakah.Lebih 50 ribu penyokong hadir malah ada yang mengaanggarkan ianya hampir 100,000 penyokong yang hadir dari seluruh negara bagi menyatakan bantahan kepada Umno/Bn dan sokongan kepada Dato seri mohd Nizar yang mana jawatan beliau dirampas oleh Umno dan BN.
Hari penamaan calon juga menyaksikan persaingan sengit calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan calon BN Ismail Safian yang dianggap "bantahan " terhadap Najib dan menteri besar Pakatan Rakyat itu dianggap sebagai hero rakyat negeri Perak .Dato Nizar yang berpakaian serba hijau dilihat melambaikan tagann kepada pemberita dan penuh keyakinan . Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang berpakaian serba hitam.
Berbagai banner dan juga laungan dari para penyokong memeriahkan suasana.malah turut kelihatan juga kelab penyokong PAS dari kaum India yang memukul gentang ,manakal di sudut lain pula sekumpulan masyarakat kaum Tionghua melaungkan dan menyanyikan lagu “Antantunya”.Ini adalah cabaran hebat buat PAS dan juga Umno kerana walau pun berbagai slogan dan janji untuk berubah semasa perhimpunan agong Umno ,pertentangan rakyat dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah juga satu cabaran hebat buat Timbalan Perdana Menteri Dato Najib yang dianggap sebagai satu hadiah buat beliau dan juga kemenangan manis buat PAS dan Pakatan Rakyat jika menang dan membuktikan tindakan Umno/Bn tidak dipersetujui rakyat Perak khasnya.