BUKIT SELAMBAU DAN GAS PEMEDIH MATA




ORANG RAMAI BERKUMPUL DI TEPI PADANG UNTUK MENGELAK DARI SEMBURAN ASAP GAS PEMEDIH MATA.


Gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

BUKIT SELAMBAU -23hb-Ceramah DSAI yang belum sempat diadakan telah dihadiri oleh sebahagian besar pasukan keselamatan kerana tidak mendapat permit.DSAI yang dijangkakan berucap telah di sembur dengan air berasid dan kemudiannya gas pemedih mata bagi menyurai orang ramai.Permit yang pada mulanya diluluskan ,namun di tari balik jam 5 petang menurut sumber yang dipercayai.

Ceramah yang sepatutnya dijalankan di taman awam cinta sayang itu berakhir dengan drama kejar mengejar antara pasukan keselamatan dan orang awam.Ini adalah kerana ada penyokong yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa dan juga ada yang enggan bersurai untuk melihat kejadian yang berlaku.

Namun sekumpulan anak muda mula berkumpul di kawasan kedai secara beramai-ramai dan disinilah tercetusnya peristiwa di mana gas pemedih mata ditembak dari tengah padang bagi menyuraikan sekumpulan anak-anak muda yang berada di penjuru kiri dan kanan padang.Ini kali kedua semburan dan selepas itu penangkapan dilakukan.
DSAI yang hanya 2 minit cuba memberi ucapan menggunakan "heler", setelah pihak berkuasa tidak membenarkan menggunakan pembesar suara , telah di sembur dan ramai yang bertempiaran.menurut sumber seramai hampir 50 ditahan.

Sumber PKR itu menjangkakan lebih 50 orang - termasuk pemimpin kanan PKR negeri, peniaga pasar malam dan penduduk setempat ditangkap.Pemimpin parti itu yang ditahan termasuklah senator Zamri Yusof, setiausaha negeri Hafiz Ali dan ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob.Malah ada sumber yang menyatakan turut ditahan ialah Dato johari Abdul.Semasa ceramah turut berada ialah calon Bkt Selambau Manikumar,Yb Dato Johari Abdul.