Ahli Majlis MPPP,MPSP: PJ Pulau Pinang hargai pelantikan baru

Mohd Sabri Said Tue Mar 03

PULAU PINANG, 3 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man menyifatkan pertambahan satu lagi kerusi menjadikan dua kerusi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menunjukkan jasa PAS dihargai.


Dua muka baru di MPPP ialah Yang Dipertua PAS Bukit Gelugor, Ir Aziz Ismail dan bekas Calon PAS Bayan Baru, Asnah Hashim.
Mereka mengantikan Haji Abdul Halim Saleh yang tamat tempoh perkhidmatan pada 28 Februari 2009.
Sementara itu, bagi MPSP, PAS mengekalkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Fadzil Kemi dan menambah seorang lagi nama iaitu Abdul Rahman Ramjan.
Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow mereka yang dilantik akan berkhidmat mulai 1 Mac sehingga 31 Disember 2009.
MPPP mendapat tujuh muka baru antaranya Ong Ah Teong (DAP), Haji Mohd Razali Abdullah (KeADILan), Lim Boong Chang (KeADILan), Yasir Hafiz Munawar Ali (NGO), Profesor Mohd Zahry Shaik Abdul Rahim dan dua wakil PAS.
Bagi MPPP mereka yang tidak dilantik ialah Than Eng Fatt (DAP), Chua Kheng Ee (KeADILan), Abdul Halim Saleh (PAS), Loh Kok Wah @ Francis (NGO), Rizal Faris Mohideen Abdul Kader (NGO) serta Pegawai Daerah Timur Laut dan Barat Daya.
Manakala di MPSP enam muka baru dilantik mereka ialah Chandrasekaran a/l S. Maniam (DAP), Ahmad Farid Mohd Arshad (PKR), Amir Mohd Ghazali (PKR), Haji Mohamad Hashim (PKR), Idersi Ibrahim (NGO) dan dua wakil PAS.
Mereka yang tidak dilantik sebagai Ahli Majlis sessi 2009 ialah Norhayati Jaafar (keADILan), Amizudin Ahmat (KeADILan) dan Pegawai Daerah Seberang Perai utara, Tengah dan Selatan. Kesemua Ahli Majlis MPPP dan MPSP seramai 24 orang. - mks._

No comments: