GUAN ENG SAMAN UTUSAN-KHALID SAMAN KHIR TOYO
Guan Eng Ketua menteri Pulau Pinang nekad akan menyaman hero Umno Pulau Pinang iaitu Shahbudin Yahya yang masih memegang tampuk YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang walau pun Umno telah tewas di negeri tersebut.Kini beliau bakal di saman bersama akhbar Utusan Malaysia kerana memfitnah ketua menteri tersebut dengan alasan mendapat maklumat yang tidak sahih kononnya kerajaan negeri telah menubuhkan suruhanjaya antara agama.Saya akan tetap meyaman Utusan dan juga Shahbudin kerana mereka menuduh dengan cara keterlalauan dan tanpa bukti.
Manakala Khalid Ibrahim menteri besar selangor pula akan mendedahkan tentang akaun 17 juta yang dikatakan diterima Khir Toyo." Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007."
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.