PESAN MASYARAKAT PERMATANG PAUH KEPADA PENGUNDI KUALA TERENGGANU
















Permatang Pauh merupakan satu kawasan Parlimen yang paling hangat di ketika menjelang setiap kali pilihanraya.Malah apabila Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding di pada pilihanraya kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos lalu,pihak UMNO/Bn bukan sahaja melabur jutaan ringgit, malahan janji-janji manis untuk menarik pengundi Melayu .Salah satu isu besar yang menjadi perbualan dan rungutan masyarakat Permatang Pauh ialah mengenai janji yang di taburkan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak selaku Pengerusi Pilihanraya kecil Permatang Pauh bagi UMNO semasa berlangsungnya pilihanraya kecil itu berlangsung.

Dato Najib sewaktu melawat masjid Taman Guar Perahu selain bersumpah tidak mengenali Saiful, juga berjanji untuk memberi geran bantuan bagi semua masjid dan surau di dalam Parlimen Permatang Pauh.Antara masjid yang menerima geran bantuan sebanyak RM100,000 ialah Masjid Jamek Kampung Kubang Semang.Walau pun masjid Jamek Kubang Semang di bina dengan bantuan masyarakat tempatan dan sumbangan wang orang ramai, dan tidak menggunakan duit kerajaan.Ianya merupakan salah sebuah masjid yang terbesar di dalam Parlimen Permatang Pauh dan mempunyai akaun kewangan terbesar di Pulau Pinang.

Oleh kerana geran bantuan tersebut didapati kosong setelah UMNO tewas , maka masayarakat Permatang Pauh khasnya anak Qaryiah Kubang Semang ingin menyampaikan pesanan kepada pengundi di Kuala Terengganu bahawa jangan prcaya janji di ketika piliahanraya kerana ianya hanya janji-janji kosong untuk meraih undi terutamanya masyarakat Melayu.Beberapa orang yang di temui melahirkan rasa kesal kerana UMNO/BN sanggup menipu demi sevival politik, malah jika masjid pun sanggup di tipu,inikan pula soal lain.


Menurut Sdr Rahim Bin Ibrahim 48 seorang penyokong PKR dari kampong Kubang Semang, menjelaskan bahawa UMNO hanya pandai berjanji terutamanya menjelang pilihanraya.Maka kerana itu adalah tidak sesuai lagi untuk terus menyokong parti tersebut.Di KualaTerengganu sudah tentu UMNO menabur banyak janji untuk mengabui mata orang Melayu dengan berbagai janji,.”Saya merayu kepada pengundi di Kuala Terengganu supaya jangan mudah termakan janji jika masjid pun kena tipu,yang lain jangan haraplah” demikian .









Hj Dahari Hashim 55 thn penyokong PAS bekas tentera menjelaskan bahawa janji UMNO kepada masjid di Peramatang Pauh menjadi bahan ketawa sahaja bagi anak Qaryiah Kubang Semang kerana masjid ini dibina tanpa bantuan kerajaan pun. Namun bila dah nak bagi bantuan RM100,000 kita nak terima untuk memberi khidmat kepada anak qaryiah dan orang ramai.Namun JKKK Kubang Semang dapati bahawa geran tersebut kosong. Nampak sangat janji UMNO ni tak boleh diambil serius.Kepada pengundi di Kuala Terengganu jangan harap sangat lah apa janji UMNO walau nak buat masjid emas sekali pun.




Mohammad Tarmizi bin Abd Halim 25,peniaga nasi kandar dari kampong Kubang Semang seorang ahli PAS menjelaskan bahawa pengundi muda harus mencontohi pengundi muda di Permatang Pauh yang tidak mudah termakan janji.Janji UMNO kepada masjid adalah janji palsu dan ini di lihat sebagai satu tindakan yang terlampau kerana memainkan institusi agama Islam sendiri. Pada hal geran yang hendak di beri itu dilihat sebagai geran untuk memajukan ummah tetapi rupanya geran kosong. “Saya sebagai orang muda , bila melihat geran dan tandatangan dari seorang timbalan perdana menteri merasakan ianya sebagai satu penipuan dan kami generasi muda tak percaya dengan UMNO untuk membantu orang Melayu.


Hj Zainal Abidin 56thn AJK Masjid Kubang Semang(Lantikan anak Qaryiah ) seorang Ahli PAS menjelaskan dan mengingatkan pengundi di Kuala Terengganu agar memilih wakil yang di pilih Presiden kerana ianya sudah tidak sesuai memilih UMNO .”Janji kepada masjid pun tipu tambah janji lain, macamana nak bantu orang Melayu?” kata beliau dengan nada marah.Masjid KUbang Semang telah lama didirikan untuk orang ramai beribadat.Bukan masjid ini sahaja masjid Taman Guar Perahu,Masjid Kampung Pertama,Masjid Permatang Pauh dan semua surau di kampong dijanjikan dengan bantuan kewangan untuk beribadat.Malangnya saya generasi yang ke 5 di kampong ini pun UMNO nak tipu lagi.



En Hassan B Mat 32 pekerja swasta menjelaskan bahawa UMNO tidak seharusnya memberi harapan terutamanya kepada institusi masjid untuk mendapatkan undi orang Melayu Permatang Pauh.Sepatutnya janji dan geran kosong itu tidak berlaku kerana ianya memalukan masyarakat di Permatang Pauh yang telah celik.Kalau sekolah rendah penanti berusia 120 tahun,ini bermakna masyarakat kawasan ini telah maju dan berpelajaran.Jadi janji-janji UMNO ini di pandang sinis bagi yang terpelajar.Bagi pengundi Kuala Terengganu, kaji dan selidik lah janji-janji UMNO sebelum menerima bulat-bulat.Jika agama dijanjikan dengan kepalsuan yang lain rasanya entah lah.









En Sulaiman Mat Ali 47 peniaga Nasi Kandar di sebelah masjid Kubang Semang menjelaskan bahawa UMNO tidak boleh berkempen dengan menipu.Menurut beliau , generasi muda meihat ini sebagai satu keadaan di mana kerajaan menipu rakyat, malah menipu masjid sebagai satu institusi agama.Kawasan Kubang semang ada 2 pondok pengajian terkenal satu Manbil ulum yang terkenal sejak abad ke 17 pondok yang alam di Malaysia, Kemudian institusi sekolah agama An Nahdoh selain tok-tok guru yang mengajar di kelas-kelas dan juga pondok-pondok.Orang Permatang Pauh bukan macam orang di Pekan.Jadi Dato Najib sebenarnya kempen untuk memenangkan Anwar Ibrahim dengan janji-janji palsu.Jadi orang Terengganu harus melihat kami di Permatang Pauh yang tidak termakan dengan janji tersebut.

No comments: