Gambar-gambar ini dan beberapa lagi mungkin akan menjadikan kita rakyat Malaysia merasakan bahawa hak asasi manusia di negara kita begitu teruk.Namun gambar in mungkin antara yang menjadi bahan betapa desakan dan tekanan harus di berikan kerana ianya bukan sahaja di lihat tidak sepatutnya berlaku, malahan haruslah di insafi kita tidak seharusnya melakukan perbuatan ini atas dasar perikemanusiaan.
Kasihanilah keluarga ini kerana ianya bukan sahaja akan menjatuhkan imej pihak berkuasa, namun ianya juga menjatuhkan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional yang pernah dituduh zalim.Mana mungkin jika ianya berterusan pihak pemerintah dapat membaikpulih imej dan ini sudah tentulah sukar bagi pihak pemerintah ntuk membaik pulih sistem yang koyak rabak di sana sini.Untuk membetulkan disana, ianya koyak di sini. Maka kerana itu saranan beberapa cerdik pandai bahawa satu rombakan yang menyeluruh harus di lakukan oleh Umno/Bn untuk mengembalikan zaman kegemilangan meraka sebagai pemerintah yang di sukai.