EH YA LA...SEWAKTU KENA TAHAN DI SABAH DULU......


PKR hanya berangan-angan
31/01/2009 5:01pm


TAIPING 31 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memasang angan-angan jika mengharapkan ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak yang akan menyertai parti itu mengikut jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penghijrahan sekumpulan anggota UMNO di kawasan Bota untuk menyertai parti pembangkang itu juga hanya sesuatu yang bersifat sementara.



“Mereka (PKR) bercakap kedudukan semakin kukuh dan ada yang akan lompat lagi.. itu semua kenyataan politik, tetapi tidak melihat kepada hakikat dan realiti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mesra Rakyat anjuran Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata demikian semasa diminta mengulas pembubaran lapan cawangan UMNO di Bahagian Parit ekoran penyertaan mereka ke dalam PKR.

Penyerahan borang keanggotaan menyertai PKR dilakukan oleh anggota-anggota daripada lapan cawangan itu di Bota semalam pada program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nasaruddin.........




Ya la sewaktu di tahan di Sabah dulu tengah kaya-raya..mana mungkin nak jadi pejuang kan....susah.... kadang kadang angan angan jadi kenyataan jugak tu...



No comments: