PENGGUMUMAN
Blog ini akan /telah diambil alih oleh pengurusan yang baru mulai 1 Januari 2009 kerana pengurusan lama telah melanjutkan pelajaran.Oleh yang demikian , segala urusan berkaitan dengan blog ini akan diuruskan oleh pengurusan baru.
Sepatah kata dari pengurus /blogger lama
Sejak blog ini ditubuhkan ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Pihak pengurusan lama mengmbil keputusan untuk menyerahkan kepada pengurusan baru kerana melanjutkan pelajaran dan merasakan pengurusan baru ini akan lebih berjaya bagi menyebarkan maklumat khasnya aktiviti pimpinan di Permatang Pauh.
Segala kelemahan dan kesilapan atau tersalah kata/penulisan di mohon keampunan maaf kerana sebagai insan, kesilapan tidak dapat di elakkan.Namun sebagai wartawan/penulis bebas blog ini menumpukan perhatian kepada aktiviti Pakatan Rakyat.
Ini tidak bermakna kritikan kepada pihak-pihak tertentu tidak dilakukan.Jika selama ini media banyak mengkritik pimpinan UMNO/BN, namun kini tren ini juga dilihat mula melanda parti PKR yang mengkritik untuk menjatuhkan pimpinan mereka sendiri.
Di Pulau Pinang kita lihat tren menjatuhkan pimpinan berlaku dimana YB Fairus dan YB Yusmadi menjadi sasaran.Kritikan membina sebenarnya membantu parti dan pimpinan,namun jika kritikan dilakukan secara terbuka ianya akan merosakkan parti dan juga menjatuhkan individu.
Trend menjatuhkan individu didalam UMNO telah berlalu dan kini mereka bersiap sedia untuk kembali mendapat perhatian rakyat dan masyarakat.Maka kerana itu,pimpinan PR khasnya PKR harus menangani masaalah ini dengan seberapa segera.
Walau bagaimana pun sebagai seorang yang tidak berparti,urusan dalaman parti tidak dapat diikuti dan terserah kepada para bijak pandai dalam parti untuk menyelesaikannya.Saya menyerahkan kepada pengurusan baru dan diharapkan ianya dapat membantu Permatang Pauh kekal dan kita percaya sokongan ini akan berterusan jika kena pada caranya.Blog ini adalah sebahagian kecil sahaja peranannya kepada parti,namun ramai yang dapat mengetahui sedikit sebanyak aktiviti pimpinan PR khasnya DSAI,YB Hamdan dan YB Fairus.Kita juga akan menyiarkan aktiviti YB Ariff Syah dari UMNO di Seberang Jaya.
Saya akan membantu pengurusan baru jika ada kelapangan masa dan ini sudah tentulah amat terhad.Selain menumpukan kepada pelajaran, pengajian,penulisan dan juga bersama NGO's khasnya ALIRAN,saya percaya pengurusan baru akan memainkan peranan kecil membantu memeriahkan dunia wartawan internet.
SALAM.