ANWAR TIDAK AKAN TENTUKAN LAGI TARIKH AMBIL ALIH KUASA




Terjemahan WRLR


Kuala Lumpur 26 Nov-Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul hari ini menegaskan bahawa Pakatan Rakyat harus menunggu sehingga pilihanraya akan datang untuk mengambil alih kuasa.Ini akan menentukan kuasa tersebut kukuh dan kuat.

Beliau memberitahu para wartawan bahawa beliau tidak akan menjelaskan sebab musabab kenapa sehingga kini masih belum mengambil alih kuasa dalam siding congress parti .

“Tidak ada apa yang perlu saya jelaskan ,ianya akan berlaku,” jelas Anwar dalam Parlimen.Beliau tidak menyatakan tarikh sebenar untuk perubahan tersebut.

Beliau yang menyatakan kepada umum bahawa pada 16 Sept untuk PR mengambil alih kuasa dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, namun sehingga kemunculan tarikh tersebut kenyataan beliau tudak membuahkan sebarang hasil.

Dalam masa yang sama Malaysia memfokuskan agenda bagi menaikkan semula ekonomi negara yang semakin menjunam selepas tarikh 8 Mac lalu.

Anwar dijangka akan memberikan tumpuan terhadap isu ekonomi dalam perhimpunan congress PKR dan meletakkan ketepi cita-cita 16 september tersebut.

Beliau menjelaskan ianya tidak menjadi soal bila dan bagaimana PR akan mengambil alih kerajaan nanti

Ini menunjukkan bahawa Dato Seri Najib pasti akan menggantikan kepimpinan negara setelah peralihan kuasa dalam UMNO pada bulan Mac nanti.

“Apakah yang membuatkan anda terlalu yakin dengan perkara tersebut?”beliau bertanya kepada para wartawan.

Ini menandakan bahawa kenyataan beliau adalah agar para deligasi agar terus komited dengan agenda perjuangan dan tumpuan terhadap 5 negeri yang ditawan dan di tadbir di bawah Pakatan Rakyat.

Beiau juga menjelaskan bahawa PKR telah merancang dan mula akan turun padang semula untuk melakukan ceramah terutamanya di kalangan kaum Melayu ntuk menjelaskan kepada mereka agenda perjuangn yang di peruangkan oleh Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat mendapat sokongan yang baik di kalangan bukan Melayu , namun di kalangan Melayu kepercayaan bahawa hanya UMNO yang dapat membantu mereka masih menebal.
Beliau berkata bahawa ceramah adalah penting kerana media yang dikuasai kerajaan seringkali melakukan fitnah terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

No comments: