JAGA DISIPLIN, IMEJ PARTI NASIHAT SETIAUSAHA AGUNG




SETIAUSAHA Agung KeADILan, Sallehudin Hashim menasihatkan perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional Tahunan Kelima di Stadium Melawati, Shah Alam agar senantiasa menjaga disiplin dan imej parti sepanjang persidangan tiga hari itu.

Beliau menyeru anggota perwakilan dan ahli-ahli parti menunjukkan penampilan diri yang matang dan kemas disamping tidak melakukan perkara yang boleh mencacatkan integriti parti pada pandangan umum.

“Saya minta supaya kita berkelakuan baik dan tunjukkan kepada negara bahawa kita sudah mencapai tahap seperti parti pemerintah. Kalau boleh pakailah pakaian yang menggambarkan kematangan individu.“Kita berkongres bukan demontrasi jalanan. Jadi sekurang-kurangnya kita berpakaian kemas.“Kalau hari pertama kita minta ahli pakai baju Melayu dan yang bukan Melayu memakai tali leher dan jaket.“Kita mengharapkan perubahan dari orang lain jadi apa salahnya kita menunjukkan bahawa kita menghayati perubahan bermula daripada individu,” terang Sallehudin lagi.

Sallehudin juga menyeru ahli-ahli supaya menghayati prinsip perjuangan parti serta memahami dasar perjuangan yang dibawa agar parti akan bertambah kukuh dan mantap dengan dokongan komitmen daripada ahli.

“Kongres ini akan memberi peluang kepada ahli-ahli untuk memgetahui dengan lebih mendalam lagi tentang tiga perkara iaitu apakah perjuangan kita, apakah matlamat kita dan yang paling penting sekali apakah yang diharapkan daripada kita sebagai seorang ahli,” ujar beliau lagi.
Sallehudin juga berharap perwakilan dari Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan bersama-sama menghayati visi yang ditonjolkan oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim bahawa KeADILan membawa nilai-nilai sejagat dan kefahaman kemanusiaan dan bukan sekadar politik semata-mata.
HA..HA..HA ADA AHLI YANG OTAK SELUT

No comments: