AMK DAN MAWAR PERMATANG PAUH MEMBANTU LAGI





Permatang Pauh_9 Nov 2008 AMK Permatang Pauh sekali lagi menjadi nadi pengerak kepada memberi bantuan kepada masyarakt.Kali ini disebuah rumah nenek yang berusia 70 tahun.Nenek Maimunah Bt Abdullah yang tinggal berseorangan menerima kunjungan AMK dan juga Puteri AMK (Mawar) membantu dengan menebas dan membersihkan kawasan luaran dan membersih dalam rumah nenak Maimunah.

Sebelum itu dalam program jejak AMK pada bulan Ramadhan lalu, nenek Maimunah juga di beri bantuan.Kini beliau menerima lagi kunjungan dari AMK untuk menyampaikan sumbangan dari YB Fairus untuk disampaikan kepada nenek Maimunah ini.Sumbangan ini disampaikan oleh Ketua AMK Permatang Pauh Sdr Amir Ghazali.


Dalam masa yang sama juga, wakil pegawai khas DSAI Surani Ibrahim hadir untuk mengambil maklumat agar masaalah beliau yang tidak punya pendapatan tetap dapat dibawa kepada pihak-pihak yang terbabit terutamanya PUZ dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat agar bantuan keperluan harian beliau diberi perhatian yang sewajarnya.