SAMBUTAN AIDILFITRI AMK PERMATANG PAUH MERIAH








OLEH : Amiruddin Ahmad

Majlis sambutan Aidil fitri dan sumbangan hari raya dan Deepavali AMK Permatang Pauh telah di adakan pada 22 Oktober baru-baru ini di KADUN Seberang Jaya.Majlis yang diadakan bermula jam 8 malam tersebut dan berakhir sekitar jam 11.00 malam dihadiri oleh berbagai kaum dan juga bekas calon KADUN seberang jaya PKR Sdr Ramli bin Bulat,Timbalan Ketua wanita Hjh Che Wa,Ahli Majlis Sdr Johari Kassim dan juga timbalan ketua bahagian Che Mat Hashim ,orang ramai dan penyokong parti.

Hampir 79 hamper sumbangan pihak-pihak tertentu untuk di berikan kepada masyarakat perbagai kaum terutamanya kaum India sempena hari Deepavali dan juga sumbangan dan bantuan kepada seorang kanak-kanak istimewa serta penduduk daif yang buta telah disampaikan bagi membantu golongan ini.

Berbagai juadah seperti nasi impit,nasi kandar dan juga bihun sup disediakan.majlis juga di serikan dengan persembahan kanak-kanak dari kompulan “comel’ kanak-kanak tadika dan kanak-kanak sekolah dari kampong Permatang Tengah dengan lagu-lagu hari raya,nyanyian dari adik Syafik, persembahan solo dari adik Mohamad Azhar dari kampong Kuala Mengkuang dan juga dari adik Nisa dan Najihah dari kampong Permatang Tengah.



Sumbangan dan bantuan telah diusahakan terhadap Pn Rosidah binti Mohd Sidek dimana anaknya Nureliani 11 tahun ,mengalami masalaah lumpuh sejak lahir.Menurut Pn Rosidah lagi , pihak ADUN Arif Syah (UMNO) tidak pernah mengambil tahu akan keadaan beliau selama ini, sehinggalah pihak AMK datang berjumpa dan berusaha mendapatkan bantuan yang sewajarnya.Sehingga kini beliau menerima hanya RM250 dari Jabatan kebajikan Masyarakat dan pihak AMK akan berusaha melalui beberapa pihak lain terutamanya pihak PUZ.




Menurut Sdr Amir Ghazali”Pihak AMK akan mengambil keluarga ini sebagai anak angkat AMK Permatang Pauh kerana mendapati bahawa mereka memang benar-benar susah dan terpaksa membelanjakan hampir RM1000 sebulan bagi keperluan pampers dan susu khas untuk adik Nur Ilyani ini,malah suami beliau terpaksa bekerja syif malam bagi menampung keperluan dan sebagai buruh kilang ,mereka tidak mampu” demikian jelas Sdr Amir lagi.


Pihak AMK Permatang Pauh juga memohon jasa baik pihak Suara Keadilan dan mana-mana pihak yang tertentu yang berkewajipan dan mampu agar dapat tampil ke hadapan membantu keluarga ini dimana nombor akaun khas telah di buka di atas nama 0718003439524 CIMB dan talian nombor telefon 04-3987318 adik Noreliani

Selain dari itu juga pihak AMK juga menemui Sdr Daud bin Ahmad 43 seorang OKU yang buta dan tinggal di flat berdekatan jalan Tenggiri dimana rumah beliau yang disewakan oleh PDC secara percuma kepada beliau .Namun rumahnya tidak mempunyai elektrik dan juga bekalan air kerana tidak mampu membayarnya.Beliau yang bekerja di market Seberang Jaya hanya mendapat upah yang sesuai dengan kebolehannya dan cukup untuk makan minum.

”Pihak AMK Permatang pauh juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu dengan memberi sumbangan untuk di berikan kepada fakir dan golongan yang memerlukan”.Demikian jelas Sdr Amir Ghazali selaku Ketua AMK Permatang Pauh.

No comments: