BANTU YANG KAYA PINGGIR YANG SUSAH –ANWAR







OLEH:Amiruddin Ahmad



Permatang Pauh-Pada 25 Oktober baru-baru ini , Dato seri Anwar Ibrahim sempat berkunjung ke Permatang Pauh untuk melakukan lawatan kerja sehari bagi memberi bantuan dan menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir dan juga memberi bantuan kaum India di Permatang Pauh.

Dalam pertemuan tersebut Anwar sempat berucap di kampong Permatang Rawa dan beramah mesra dengan golongan orang tua-tua dimana beliau menjelaskan bahawa kampong Permatang Rawa yang sering dilanda banjir ini akan di ikhtiarkan semampu mungkin oleh kerajaan negeri walau pun ianya bukan tanggungjawab kerajaan negeri semata-mata tetapi kerajaan Pusat juga harus melakukannya.


Kampong Permatang Rawa seringkali menerima kes kejadian banjir kerana pembanggunan sekeliling dan juga sistem peparitan yang sempit dan mudah-mudahan TKM1 YB Mohd fairus boleh mencari jalan dan sistem peparitan di perbesar atau di perdalamkan walau menyedari ianya tak mudah dilakukan kerana ianya kawasan asal dan factor pembanggunan sekeliling .

“Ianya bukan sahaja melibatkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus bertangungjawab juga memantau melalui egensi tertentu” demikian jelas Anwar lagi mendengar keluhan penduduk.Semasa Dato Seri Wan Azizah pun telah dilakukan berbagai usaha, namun ianya gagal kerana kawasan tersebut dikelilingi oleh pembanggunan.


Anwar juga menjelaskan bahawa usaha-usaha sebegini nampaknya gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pusat kerana dilihat usaha yang begitu cepat untuk membantu syarikat-syarikat besar berbanding dengan usaha membantu golongan rakyat marhaen

“Baru-baru Ini menteri kewangan umum 5 billion untuk menaikan saham dan RM5 billion untuk bantu orang kaya,syarikat-syarikat besar tetapi untuk membantu golongan kecil amat payah. Saya tidak menyatakan kerajaan Barian Nasional tidak membantu tetapi jumah RM5 billion dilihat terlalu besar untuk membantu syarikat-syarikat kaya.nak suntik saham, saya tak kata orang kaya tak turun pendapatan dengan harga barang dan tangungan sekarang. Mana-mana kerajaan kena ikhtiar membantu orang susah. Mudah mudahan akan ada perubahan nanti .” demikian jelas Anwar

Beliau juga menjelaskan tentang sikap pimpinan Barisan Nasional semasa beliau membentangkan belanjawan dimana menteri kewangan sendiri tidak ada, malah sebahagian besar menteri tidak ada dalam dewan untuk mereka mengkaji dan melakukan perubahan jika cadangan kita dilihat baik untuk rakyat dan menjelaskan kenapa perlunya di lakukan beberapa perubahan dalam belanjawan yang dibentangkan oleh perdana menteri dalam belanjawan yang lalu dimana pengubahsuainya perlu dilakukan kerana kenaikan kos sara hidup.


“Dulu masa saya berucap sebagai menteri kewangan, saya dengar bagaiman Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang berhujah supaya kita dapat meneliti dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya kita perbaiki,dapat teliti, tetapi , sekarang mereka tidak mahu mendengar , malah sombong dan takut untuk mendengar hujah saya. Sebabnya kalau mereka dengar sudah tentu mereka dapat menyelesaikannya. Misalnya untuk menurunkan harga minyak, saya telah katakan dahulu bahawa kita boleh turunkan harga minyak sebagaimana formula yang saya jelaskan tetapi mereka mempermainkan apa yang saya kata.Jika diturunkan harga minyak sedikit demi sedikit sebagaimana sekarang, macamana nak turunkan harga barang keprluan dengan serta merta. Inilah implikasinya jika kita turunkan sedikit-demi sedikit harga minyak.Saya sebutkan harga minyak kerana ianya penting dan sekarang harga minyak RM70 setong dan harga minyak masih tinggi dan golongan yang memotong getah dan kelapa sawit harga keduanya jatuh”

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pimpinan kerajaan negeri kerana berusaha ikhtiar untuk membantu golongan miskin di Pulau Pinang secara beransur-ansur untuk meghapuskan masaalah miskin tegar dan usaha ini harus disusuli dengan berdoa dan megimarakkan masjid, dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang kaya-kaya untuk sama-sama membantu meringankan beban masyarakat miskin.


“Iktiar dan doa, dan bila ada surau dan masjid kenalah mengimarakkan dan susun semula jawatankuasa masjid dan pertingkatkan kelas pengajian quran dan agama semoga ianya dapat menjadi pengisian jemaah dan haruslah di tingkatkan.walau pun ianya bermula dengan 5 orang” demikan jelas Dato Seri Anwar mengakhiri ucapan ringkas beliau.