OLEH: Amiruddin Ahmad
Pada 25 Oktober baru-baru ini Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap ketua pembangkang telah mengadakan lawatan kerja ke parlimen Permatang Pauh untuk bertemu berbagai golongan masyarakat dan juga mengadakan kenduri serta menghadiri kenduri penduduk tempatan.
Beliau sempat menghadiri dua buah kenduri di kampong Bukit Indera Muda di rumah saudara Malik dan juga kenduri di rumah saudara Johari Zakaria di kampong Sungai Memambu.
Sementara itu dalam satu program yang lain DSAI juga sudi menderma kepada golongan fakir sebanyak RM100 kepada 108 individu dan juga memberikan sebanyak 30 eklor kambing iaitu 15 ekor kepada parlimen Permatang Pauh dan 15ekor kepada parlimen Bukit Mertajam dan mengadakan kenduri di kampong Juru yang diwakili oleh Dato Zahrain yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri.
Anwar juga sudi menyerahkan duit bantuan kepada fakir miskin dan hamper bersama TKM1 YB Mohd Pulau Pinang Fairus Khairuddin di Kampung Permatang Rawa dan juga di banggunan Yayasan Aman.
Sementara itu, di banggunan Yayasan Aman pula dalam hari yang sama disebelah petangnya , satu majlis perjumpaan dengan kaum India dimana hamper 60 individu kaum India menerima hamper oleh ADUN Penanti dan juga TKM1 YB Fairus Khairuddin dan perjumpaan bersama Dato Seri Anwar dengan maysrakat kaum India dibawah parlimen Permatang Pauh dan ADUN Penanti. Dalam pertemuan tersebut, masyarakat India melahirkan rasa terima kasih kerana dalam masa 51 tahun inilah mereka di terima sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat dan merasa dihargai dimana hamper yang diberikan ini tidak sama nilai dengan penghormatan yang diberikan , demikian jelas saudara Sivamaniam jurucakap kaum India di ADUN Penanti
Sementara itu untuk mengetahui nasib masyarakat kaum India merayakan deepavali dan bertanya khabar dengan mereka ,untuk mengetahui kenapa mereka di pinggirkan , dan dalam pertemuan dengan masyarakat kaum India , melahirkan rasa gembira kerana di terima dan menyatakan MIC langsung tidak mengindahkan mereka dimana hanya datang untuk bertanya khabar menjelang pilihanraya kemudiannya berlalu pergi.Mereka juga menyatakan bahawa dahulunya mereka percayakan MIC dan propaganda mereka dan tidak mahu menerima pembangkang kerana MIC tidak akan memberi bantuan, kini mereka mula sedar.
Wartawan sempat bertemu dengan beberapa responden di luar banggunan Yayasan Aman untuk bertanya khabar sebelum pertemuan dengan Ahli palimen Permatang Pauh .Masyarakat India merupakan 16% pengundi di parlimen Permatang Pauh.
Mageswary 32, tinggal di kampong Kubang Ulu . berkerja sebagai perkerja kilang getah.Menurut Mageswary “Anwar suka tolong orang susah ,beliau tengok orang miskin dan suka tolong” .Ini adalah kali pertama beliau menerima hadiah hari raya dan mempunyai 5 orang anak, sementara 4 lagi masih bersekolah.Beliau rasa gembira kerana mula merasakan diri diterima.”MIC ada datang, tapi tengok sana sini,janji mau kasi bantuan sampai sekarang tarak mari”, demikian jelas Mageswary lagi.
Amarativa A/p Machimuthu 44 , beliau tinggal di kampong Kubang Ulu “MIC tak pernah datang, malah ada janji tapi tak pernah bagi,janji nak bagi bumbung pun tak bagi, selama ini tak pernah siapa pun yang bagi ”demikian jelas Amaathiba lagi dimana beliau kesal dengan sesetngah pemimpin MIC yang tidak datang setelah membuat janji untuk membantu kaum India.
Kalimuthu a/l Jonamthu 85, menjelaskan bahawa inilah pertama kali menerima bantuan dan menjelaskan MIC tidak pernah memberi “walau sikit tapi ini amat seronok,saya sudah lama di sini namun inilah kali pertama dan seronok.MIC tak pernah kasi apa pun”, demikian jelas Encik Kalimuthu lagi yang tinggal di pekan Penanti
Sombhu Ramasamy 58, beliau tidak mahu tinggal di rumah kebajikan.Beliau mangsa kebakaran yang menumpang di merata tempat kerana mengalami kebakaran rumah.Kali ini beliau akan menyambut Deepavali dirumah adik beliau di Kulim.Kebakaran rumah beliau menyebabkan tuan tanah tidak mahu membenarkan lagi beliau membina rumah.Kini beliau menumpang di merata tempat dan mendapat bantuan sebanyak RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.