PENGANUT KRISTIAN BERDOA UNTUK PEMBEBASAN TAHANAN I.S.A


BUTTERWORTH-Aku diberitahu oleh anil netto bahawa akan diadakan satu upacara berdoa oleh penganut roman katholik di sebuah gereja di sini.Lalu aku singgah untuk mendapatkan gambar dan mendengar ceramah dari seorang paderi dari luar berhubung dengan kes tahanan ISA.
Paderi menjelaskan bahawa adalah tidak adil menahan tahanan tanpa bicara dan ini adalah berkaitan dengan kemanusiaan.Aku juga sempat melihat kaunter ALIRAN menjual buku-buku tetapi agak lengang namun di satu sudut kawan dari ALIRAN sedang sibuk melayan tetamu untuk mendapatkan cerderamata dari GMI.





Aku kira harus ada juga solat-solat hajat yang berterusan dan lebih kerap lagi sebagaimana pernah kita lakukan untuk pembebasan DSAI.Maka kerana itu kita penganut Islam harus tingkatkan solat hajat bagi pembebasan mereka-mereka yang ditahan.