MAJLIS SUMBANGAN ZAKAT DAN SUMBANGAN HARI RAYA ANJURAN PEMUDA PAS SAMA GAGAH

updates 10 pagi 27 .9.08







Permatang Pauh 26 Sept- Satu majlis sumbangan zakat dan hari raya telah diadakan di sini semalam.kampung Sama Gagah terletak berhampiran pekan Permatang Pauh dan majlis perasmian dan peyampaian sumbangan diakukan oleh YB Hamdan Abdul Rahman ADUN N11 Permatang Pasir.


Penyampaian yang dilakuan Oleh YB Hamdan ini diberikan kepada kumpulan orang miskin sebanyak 55 orang,anak yatim 15 orang,peserta tadarus Al-Quran lelaki 12 dan wanita seramai 12 orang,pegawai masjid 7 orang ,guru PASTI Darul Hasanah 5 orang.


Hadiah dan sumbangan diberikan oleh beberapa syaraikat antaranya Empire Prospek,One Kind Ent,Syarikat Bersatu,Fairus Disinge,Kedai runcit Zul,dan Zul Catering.Sumbangan syarikat-syarikat ini amat dihargai dan semoga diberkati.Antara sumbangan yang diterima ialah wang zakat,beras,hamper,dan juga kupon daging untuk sambutan hari raya.




No comments: