JANGAN ADA AHLI PAS MENYATAKAN AKAN MEMBOIKOT PILIHANRAYA PERMATANG PAUH.AKU TAMPAR MUKA-USTZ DR MUJAHID YUSOF RAWA





Susulan perjumpaan beliau dengan Tuan Guru Hj Hadi Awang




Saya mulakan ucapan dengan menyampaikan salam dari Tuan guru Hj Hadi Awang dimana telah dikeluarkan kenyataan bahawa PAS akan membantu DAP dan PKR dan pada hari Ahad lepas kamitmen mencapai kata sepakat dimana
PAS dan DAP akan memebuat satu detik penting sejarah yang akan menentu satu detik penting Malaysia.

“Lepas ni siapa yang dok cakap soal boikot, aku penampaq hangpa hangpa jangan dok buat lece, dok lece kalau tak bagi calon UMNO hilang wang pertaruhan” demikian nada pellet penang yang di ucapkan scara lucu oleh Dr Mujahid Rawa.

Lepas ini semua jentera DAP dan PAS dari seluruh Negara akan berkampung di Permatang Pauh.Maka kerana itu….semua penduduk Permatang Pauh harus bekerjasama.

Kes DSAI adalah kes yang begitu menarik perhatian masyarakat sekarang dimana isu utamanya ialah melemahkan DSAI supaya mengganggu cita-cita PR untuk menuju Putrajaya.Anwar terpaksa menempis dakwaan yang dikenakan kepada beliau dan strategi ini nampaknya telah berjaya jika rakyat percaya.

Kedua nya ialah dengan menghasut rakyat terutamanya berkenaan dengan DAP yang disibuk kan dengan fakta anti Melayu . Kononnya bahawa Ketua Menteri DAP tu Cina.Azan pun tak boleh berkumandang.

“ Orang Melayu pun keluaq demontrasi. Yang keluaq demontrasi tu ialah kontraktor UMNO yang takut hilang projek. Bila kita keluaq 100 ribu depa kata beruk jalanan, depa pula kita panggil depa berok makye. Aku duduk di pulau sana aku tau la” demikian jelas Dr Mujahid lagi.

Kes Melayu terpinggir ialah bukan ketika DAP menang tetapi ialah ketika pemimpin Melayu Pulau Pinang bersekongkol untuk menjual tanah Melayu di Pulau Pinang. PAS memberi jaminan kepada orang Melayu Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat akan membantu Melayu Pulau Pinang.

Yang ketiganya ialah dengan cuba mencari masaalah dan melemahkan PAS .Nak cari masaalah pimpinan PAS dari segi rasuh dan moral tak ada , jadi ialah dengan memainkan isu muzakarah UMNO-PAS.Jadi semua orang marah pada pimpinan PAS . Soal itu ialah taktik dan strategi agar sokongan orang ramai kepada Pakatan Rakyat terhadap ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat ini akan lemah

“Kenapa meminang dalam surat khabar.Tak kan PAS selemah tu kot..perangai UMNO ni dok dalam poket aku saja.PAS dah 50 tahun dah dok lawan UMNO ni”

Beliau juga mengulaskan beberapa fakta dan juga kes DSAI ini nampaknya eolah-olah macam filem Hindustan malah macam filem tamil pun .Ulasan DR Mujahid menarik sekali sehingga mendapat pujian dari YB Saifuddin Nasution.

No comments: