GAMBAR-GAMBAR CERAMAH DI MENGKUANG TITI








ORANG MELAYU TETAP DIBELA DI PULAU PINANG. BN INGIN MENGGUNAKAN DUIT ZAKAT UNTUK KEMPEN PILIHANRAYA.

TUAN YB FAIRUS TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

Ceramah pertama ialah berhubung nasib orang-orang Melayu di Pulau Pinang dimana penceramah utamanya ialah Timbalan Ketua menteri pualu pinang yang menjelaskan bahawa UMNO pada mulanya mengambil kesempatan mengadakan demontrasi pada awal pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac lalu.Beliau menjelaskan semasa dalam Dewan Rakyat peringkat negeri Pualau Pinang, Dato Helmi Yahya mengaku bahawa memang terdapat penyelewengan dalam beberapa kes penjualan tanah Melayu di Pulau Pinang.

“orang Melayu tidak berpecah,yang berpecah ialah orang Melayu UMNO,adakah dengan tidak adanya UMNO orang Melayu akan mati dan terus terpinggir.Malah yang datang berdemontrasi pada mulanya dahulu ialah para pimpinan UMNO yang takut kehilangan kontrak perniagaan dan mengunakan orang bawahan untuk berdemontrasi, orang Melyau tetap dibela”, jelas Timbalan Ketua Menteri lagi.


Mengenai pilihanraya akan menjelang, banyak pemberita yang menelefon bertanyakan siapakah calon UMNO, “saya katakan dengan rendah diri bahawa kita tidak kisah siapakah calon UMNO, persiapan menghadapi pilihanraya adalah cukup sempurna dan dalam keadaan besedia, malah kita tidak kisah siapakah calon yang bakal menentang DSAI, bukan kita takabur, tetapi memang kita bersedia”demikian jelas Tuan YB Mohd Fairus lagi.

“Saya juga mendapat maklumat bahawa pasentren-pasentren besar di Indonesia mengadakan sembahyang hajat,munajat memohon supaya kemenangan kepada Pakatan Rakyat, malahan perjuangan ini bukan dilihat di Malaysia , tetapi di lihat oleh seluruh dunia, Malah sewaktu saya meghadiri kursus kepimpinan belia dunia baru-baru ini, ramai yang bertanya tentang Sdr Anwar Ibrahim, dan apa yang telah berlaku di Malaysia”

Beliau seterusnya mengulas mengenai kejadian yang agak menggemparkan dimana sejak akhir-akhir ini setiap kali ceramah atau kehadiran DSAI terjumpanya peluru hidup dan ini sudah tentunya merupakan satu fenomena baru dalam pergerakan DSAI.Maka sikap berhati-hati dan bersatu haruslah diambil untuk menjaga keselamatan beliau.

“Baru –baru ini sewaktu berceramah di Seberang Jaya juga kita terjumpa 3 butir peluru hidup, dan semalam dalam berita juga kita diberitakan akan terjumpanya 2 butir peluru hidup, namun polis menyatakan bahawa itu peluru dari anggota mereka,InsyaAllah 16 September kita akan tetap menuju Putrajaya Lalauan nya tidak mudah, kita harus rapatkan saf dan bersatu untuk kuatkan dan berhati-hati dalam setiap pergerakan.”

Beliau seterusnya menjelaskan maklumat dari badan risikan bahawa terdapat arahan tertentu dari orang tertentu yang akan menggunakan duit zakat bagi tujuan kempen Barisan Nasional .Malahan puteri-puteri UMNO telah hadir untuk berkempen.

“ Saya adalah Timbalan Ketua Menteri dan juga EXCO Agama , saya tidak akan berdiam diri jika ini berlaku .Saya bagi amaran jangan sesekali melakukan perbuatan ini bagi tujuan kempen Barisan Nasianal , malah walau kita pemerintah negeri, kita tidak mahu menggunaan jentera kerajaan negeri kerana ini adalah ketelusan dalam kerajaan kita, demikian amaran dari YB Fairuz

Beliau juga menjelaskan bahawa Majlis Agama Islam akan bertindak kepada sesiapa yang dianggap melakukan perbuatn tidak bermoral sebagai sebahagain daripada menjaga maruah umat Islam dinegeri ini. Malah menurutYB Fairus sewaktu mendapat taklimat dari majlis Agama Islam , melalui pegawai agama ,bahawa tangkapan setiap hari adalah lebih daripada 30 tangkapan yang dibuat kerana kesalahn dari segi agama Islam.
“Kita nak jaga umat Islam di Pulau Pinang , malah saya telah memberi kuasa veto kepada majlis agama untuk melakukan tangkapan kepada sesiapa yang dianggap melakukan kesalahan tidak bermoral’ demikian diakhir penutup ceramah beliau semalam.

LAGI GAMBAR DAN BERITA AKAN AKAN MENYSUL KEMUDIAN



No comments: