DATO ZAHARAIN DAN WAN AZIZAH SEDIA LEPAS KERUSI PARLIMEN




PERMATANG PAUH 27JANUARI-lawatan kerja semua Ahli Parlimen dan ahli majlis kerja tempatan bertemu masyarakat telah berlangsung petang semalam.Majlis diadakan di markas PKR cawangan Permatang Pasir.ianya turut dihadiri oelh YB Datuk Seri Wan Azizah selaku Presiden PKR dan Ketua Pembangkang,Ketua Perhubungan PKR negeri YB Dato Zaharain Ahli Parlimen Bayan Baru,Pengerusi Pilihanraya Negeri Sdr Mustafa Kamal,Timbalan ketua bahagian Che Mat Hashim, Dr Mansor Othman,Sdr Lim Boon Chang, Sdr Ramli Bulat,Ahli-Ahli Majlis, dan juga para penyokong.

Dalam ucapan Dato Zaharin yang mengulas tentang situasi semasa berhubung dengan keadaan UMNo dimana beliau menjelaskan bahawa keadaan UMNO buat masa ini macamerba.Mereka sering mencari peluang untuk mengkucar kacirkan pakatan Rakyat dengan berbagai isu yang dicipta mereka.Malah mencipta fitnah ke atas DSAI,malah UMNO apabila kehilangan kuasa mereka akan tenggelam punca.Ini adalah kerana mereka yang memerintah selama 50 tahun dan apabila hilang kuasa mereka (UMNO) mula menjadi seperti orang"desperado".

"Dengan kemenangan pilihanraya dulu secara tidak langsung kita telah menjadi kerajaan Negeri yang memerintah dan secara tidak langsung menguasai majlis tempatan dan dengan ini kita dapat membantu masyarakat malah dengan mendapat sokongan dari berbagai lapisan masyarakat, kerajaan kita bukan kerajaan DAP, malah kerajaan ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat dan kita mesti mempertahankan kerajaan ini.Perancangan kerajaan Barisan Nasional adalah untuk memporak perandakan Pakatan Rakyat", demikian jelas Dato Zaharain lagi.


Beliau juga menjelaskan bahawa apa yang penting sekarang ini ialah dengan membawa DSAI ke Putrajaya."Malah ada beberapa ahli Barisan Nasional yang akan melompat,malahan dengan keadaaan ekonomi negara yang paling tinggi dengan inflasi sebanyak 7% memberi tekanan kepada Barisan Nasional malah dalam Parlimen Menteri kewangan sendiri apabila ditanya terus tidak mampu untuk menjawab."nak bohong buat apa,rakyat bukan bodoh lagi", jelas Dato Zaharain lagi.

Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa PKR telah memenangi sebanyak 31 kerusi dan dalam jangka masa ini mana-mana bahagian sanggup untuk mengosongkan kerusi bagi memberi peluang kepada DSAI untuk bertanding.Anwar begitu penting dan sedang menunggu arahan di bahagian mana untuk bertanding.

"Mungkin dia (DSAI) memilih Permatang Pauh,kerana pilihanraya ini perlu lebih kuat dari pilihanraya yang dulu. Ini adalah kerana beliau perlu menang,dan kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru dilihat kawasan yang logik,kerana kemenangan yang besar dan kukuh ,malah saya telah mengarahkan Pak Mus untuk melihat kawasan yang strategik dimana perlu menggerakkan semua jentera malah JKKK juga perlu digerakkan bersama 29 wakil rakyat di Pulau Pinang boleh digerakkan di Pulau Pinang ini, jadi jentera telah ada dan kita boleh gunakannya,Anwar harus menjadi ahli parlimen dan kita yakin beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri ",demikian jelas Dato Zaharain lagi.


Sementara itu Datuk Seri Wan Azizah yang memulakan ucapannya menjelaskan bahawa sekiranya DSAI memilih Permatang Pauh, beliau tidak merasa tergugat,malah para penyokong telah sedia ada dan tidak menjadi masalah malah ahli parlimen sebelum saya ialah Anwar Ibrahim, dan beliau dengan penduduk Permatang Pauh juga umpama isi dengan kuku.

"Dalam pilihanraya kecil jentera pilihanraya BN akan menggunakan jentera semaksimum mungkin bagi mengalahkan Anwar." jelas Wan Azizah.





Anwar mulling seat options for Parliament: Malaysian Insider




Anwar begins by-election 'campaign': Malaysiakini.com

No comments: