MINYAK- DEMONTRASI DI PERMATANG PAUH






Permatang pauh 28 Jun- Satu demontrasi telah diadakan di Kubang Semang berdekatan dengan pekan Penanti di Permatang Pauh.Demontrasi ini yang dianjurkan oleh AMK bahagian Permatang Pauh turut di hadiri oleh YB William Tan Chong Eng ADUN Padang Lallang dan juga YB Chong Eng Ahli Parlimen Bukit Mertajam.


Menurut Saudara Amir ketua AMK Permatang Pauh , tujuannya ialah memperingatkan masyarakat tentang kesan kenaikan harga minyak yang tinggi dan juga sebagai satu prelude untuk mengajak masyarakat turun ke Kuala Lumpur pada 6 Julai nanti.



Sementara itu YB William Tan Chong Eng ADUN padang Lallang menegaskan bahawa dengan kenaikan harga minyak yang dianggap terlampau tinggi ini sudah tentunya menyusahkan rakyat malah kualiti hidup rakyat pula semakin menurun dan rakyat sukar untuk menghadapinya dan beliau seterusnya menyeru kerajaan agar menurunkan harga minyak seberapa segera .



Manakala YB Chong Eng pula menjelaskan jika kenaikan harga minyak yang tinggi ,kerajaan seharusnya mempunyai satu pakej yang baik bagi menanganinya dan sekiranya rakyat yang pendapatan RM 2000 dikira berada dalam keadaaan miskin dan kerajaan harus membantu rakyat menurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung.Dengan kenaikan harga minyak juga , sudah tentulah barang lain juga turut akan naik juga .



INSAN INI MUNGKIN TIDAK SEMPURNA, TETAPI HADIR JUGA MENYOKONG,SAYANGNYA YANG LAIN ENTAH DIMANA

Manakala dari segi kemudahan kepada rakyat Pulau Pinang pula menurut YB Chong Eng lagi ,ialah bagaimana kerajaan BN telah mendenda rakyat Pulau Pinang dengan membatalkan POOR dan projek monorail.Kerajaan sepatutnya berkongsi pendapatan hasil dari minyak ini untuk tidak membatalkan projek tersebut .



Menurut YB Chong Eng lagi,rakyat yang berada dibawah kemiskinan ialah dimana yang mempunyai pendapatan RM 2000 dan jika pendapatan kurang dari RM6000,kerajaan harus memberi bantuan dalam berbagai bentuk subsidi yang difikirkan sesuai .
Kerajaan juga harus sedar bahawa kini semakin ramai yang telah menjadi miskin ,Kemiskinan akan menambahkan kadar jenayah dan ini menjadikan rakyat bimbang dengan kenaikan kadar jenayah.Kerajaan juga seharusnya membendung inflasi agar rakyat dapat hidup aman.