KRITIKAN BUKAN BERMAKNA MEMBENCI

SANGGAHAN KEPADA WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Merujuk kepada tulisan Wartawan Rasmi Laman Reformasi (WRLR) didalam Laman Marhaen bertarikh 11 February 2004 aku terpanggil untuk memberi sedikit komen terhadap tulisan beliau.
WRLR dalam tulisan beliau cuba memperlekeh dan merendah-rendahkan perjuangan,pemimpin dan ahli PAS dengan tuduhan yang sangat jahat. Rasa tidak puas hatinya terhadap sambutan dingin rakyat kepada perjuangan haru biru parti bulan mata biru membuat beliau menunding jari kepada pimpinan PAS dengan tuduhan pimpinan PAS sehingga kini masih mencari-cari identity dan menanam fahaman kolot kepada ahli PAS. Ketaatan ahli PAS kepada pimpinan di anggap taksub oleh WRLR. Ahli PAS juga di tuduh sebagai penakut hanya kerana tidak mahu turut serta dalam politik jalan raya mereka. Beliau dengan terang menghina ahli PAS sebagai penakut.
Sebagai seorang ahli biasa PAS aku ingin menjelaskan kepada WRLR bahawa tuduhan beliau itu melambangkan kebodohan dan ketidakcerdikan beliau dalam berpolitik. Apakah ketaatan kepada pimpinan pada anggapan WRLR sebagai satu fahaman ortodoks pengikut PAS yang fanatik. Tidak ada istilah fanatik atau sederhana di dalam Islam. Tidakkah WRLR pernah membaca atau mendengar sabda Rasulluah yang berbunyi
“dengar dan taatlah kamu sekalipun yang bertanggung jawab mengarah kamu hanyalah seorang hamba habsyi sementara rambutnya pula bekerinting”
Ahli PAS tidak pernah diajar untuk menjadi seorang penakut seperti dakwaan WRLR. Kami bersama PAS adalah atas kesedaran ilmu Islam. Kami didik dan di tarbiah oleh pimpinan melalui usrah dan majlis malis ilmu. Apakah kerana tidak turut serta bersama kamu maka kami dianggap penakut? Kalau begitu keADILan lebih layak di beri gelaran penakut kerana tidak menerima Dokumen Negara Islam yang di bentangkan oleh PAS hanyalah kerana takut di tuduh sebagai penyokong pelampau Islam. Ketaatan ahli PAS sebenarnya tidak pernah membabi buta. Selagi pimpinan PAS tidak tergelincir dari aqidah Islam kami akan sentiasa bersama mereka walaupun susah atau pun senang. Sejarah membuktikan ahli PAS tidak akan bersama walaupun yang meninggalkan PAS itu adalah seorang Presiden. Presiden (dulunya YDP) PAS yang pertama Ustaz Ahmad Fuat Hassan (1951-1953) meninggalkan perjuangan namun ahli PAS tetap beristiqamah dengan perjuangan. Begitu juga tokoh PAS yang hebat Dato’ Asri Bin Hj Muda (1969-1982) meninggalkan perjuangan namun ahli PAS terus dengan perjuangan ini.
Kita ingin bertanyakan WRLR dan rakan rakannya berapa ramaikah orang keADIlan yang telah mati kerana menentang kufar UMNO sehingga kini? Berapa ramai pula yang susah hidupnya kerana dipulau oleh orang UMNO? Ahli PAS sudah 52 tahun mengharungi derita ini. Bukan setakat dianak tirikan dalam masyarakat malah ahli dan pimpinan PAS sudah pernah merasa peluru dan parang hasil kebencian parti yang pernah WRLR sokong dahulu. Tahukah WRLR berapa lamakah presiden PAS yang ketiga di tahan dalam penjara sehinggakan membawa maut? Tahukah WRLR siapa dan berapa ramaikah yang terbunuh di Memali? Kenalkah WRLR YB Abdul Samad Ghul Bin Ahmad Mianji pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1965-1966) yang mati dikapak oleh kufar UMNO. Pernahkah suatu ketika dulu WRLR merasa zalimnya ISA apabila Mohammad Bin Sabu, Ustaz Buyamin Bin Yaakop, Mahfuz Bin Omar, Ustaz Abu Bakar Bin Chik, Ustaz Sidek Bin Noor dan ramai lagi pimpinan serta ahli PAS dikurung dalam sel penjara???? Ketika itu siapakah pembela mereka ini? Anwar sendiri yang pernah merengkok dalam ISA menjadi penyokong kepada undang-undang zalim ini sewaktu bersama sama golongan kuffar UMNO. Kalau sejarah manis pimpinan dan ahli PAS ini diterjemahkan sebagai penakut dan berhimpun di jalan raya dianggap berani ramailah yang akan menjadi penghuni syurga Allah tanpa diuji keimananya.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah di timpa kepapaan, (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncang(oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)”
Al baqarah 214.
WRLR harus sedar perjuangan PAS adalah atas dasar aqidah. Kalau UMNO itu baik dan adil sekalipun kami akan tetap menentang mereka. PAS membela Anwar kerana beliau dizalimi dan kami juga akan membela Dr Mahathir sekiranya beliau dizalimi. Ahli PAS tidak pernah didik untuk membenci individu dalam UMNO. Kami diajar untuk mengenali batas iman dan kuffur. Aku menyeru kepada WRLR supaya marilah bersma sama perjuangan Islam dan percayalah kamu akan menemui sakinah di dalah perjuangan ini yang tidak pernah kamu rasai selama ini.
“ TIADA ISLAM TANPA JAMAAH, TIADA JAMAAH TANPA KEPIMPINAN DAN TIADA KEPIMPINAN TANPA KETAATAN”
UNICORN survivalunicorn@yahoo.com



Konvensyen AMK Pulau Pinang mampu capai maksud, gagal capai objektif

25 Mei - Pulau Pinang Konvensyen Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang hanya sekadar melengkapkan aktiviti sahaja, sungguhpun menjadi negeri pertama yang mengadakan perjumpaan untuk seluruh ahli AMK di negeri ini.Majlis tersebut telah pun ditutup oleh YB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin manakala sebelum itu konvensyen ini telah pun dirasmikan oleh Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin.Menurut Fairus, konvensyen seperti ini harus membuka ruang untuk menerima pandangan daripada ahli-ahli parti peringkat bawah, selain itu beliau mengharapkan agar kualiti perbahasan dipertingkatkan.AMK Negeri Pulau Pinang harus mengambil pengajaran pada persidangan hari ini dengan menerima banyak pandangan dan teguran daripada peringkat bahagian negeri ini.Menurut salah seorang peserta konvesyen Annuar Ismail, Naib Ketua AMK Bayan Baru menyatakan perwakilannya kecewa apabila Exco AMK negeri tidak bersifat terbuka untuk menerima kritikan dan teguran, lebih-lebih lagi apabila Exco AMK Pulau Pinang menolak cadangan penampilan pembahas-pembahas dari beberapa bahagian di negeri ini, mereka tidak boleh menolak tanggapan umum bahawa sikap sombong seperti ini tidak ubah seperti Perhimpunan Pemuda UMNO.Menurutnya lagi konvesyen pasca pilihanraya umum ini tidak akan bermakna jika konvensyen kali ini gagal menerima usul yang lebih kolektif dari akar umbi, selain dari hanya perbentangan tanpa perbahasan dan tiada cadangan untuk usul-usul disokong.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, Sdr. Badrul Hisyam yang bersama-sama hadir menyampaikan kertas kerja "Kepimpinan Anak Muda Masa Kini" turut menyatakan bahawa konvensyen ini sepatutnya digunakan sebaiknya oleh pemimin-pemimpin AMK negeri untuk mendengar lebih banyak pandangan diperingkat bahagian.Turut hadir majlis berkenaan adalah YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Balik Pulau bakal Ketua AMK Pulau Pinang yang dicadangkan Exco AMK Pusat.Konvensyen hari ini dihadiri lebih kurang 100 orang perwakilan, iaitu 10 daripada 13 bahagian di Pulau Pinang.


Saifudin Nasution Masuk Pemuda PAS ?


Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi


sumber - Marhaen



Dari gambar iklan ceramah yang dipaparkan, kenalkah anda, siapakah dia Saifuddin Nasution? Bukankah beliau pernah menjawat jawatan penting dalam Keadilan? Saya pernah menulis mengenai ketidak hadiran beliau dalam Kongres PKR yang lepas. Saya menyatakan bahawa ketidak hadiran Saifuddin merugikan Keadilan. Namun mungkin juga para penyokong PKR akan menyatakan bahawa jika Saifuddin tiada dalam PKR pun masih ramai yang pandai berceramah. Namun hari demi hari, muka-muka itu juga yang muncul. Antaranya ialah Ezam dan Azmin.
Berbagai pandangan dan pendapat juga ditujukan kepada kedua-dua bekas Setiausaha sulit DSAI ini. Namun apa yang di terima sejak akhir-akhir ini ialah kecaman terhadap mereka berdua, iaitu berkaitan dengan amalan rasuah, terutamanya membina rumah hampir jutaan ringgit dikelilingi rumah para pemimpin UMNO, menggunakan kereta mewah dan macam-macam ada…….. banyak lagi kalau baca dalam Agenda daily suatu ketika dahulu dengan bukti yang dikemukakan Lokman. Memanglah, kereta tu murah sahaja, kalau murah semua rakyat Malaysia akan gunakan kereta tersebut macam beli Proton Saga???
Namun, satu perkara yang perlu PKR sedar ialah adakah para EXCO yang ada pada hari ini boleh menggantikan kehilangan kumpulan 12 yang suatu ketika dahulu memang berjaya menarik minat para pendengar sebagai media alternatif pihak Barisan Alternatif. Apakah Ketua Pemuda Kedah Muzammil boleh berceramah seorang diri? Apakah para EXCO Pemuda PKR yang ada pada hari ini boleh muncul seorang diri dengan kehadiran puluhan atau belasan ribu orang seperti di ketika dahulu? Kehilangan Lokman Nor Adam, Roslan Kassim, Zahid Mat Arip, Hamdan Taha, Adlan Benan Omar, dan beberapa nama lain juga masih menjadi perbualan kerana kelesuan PKR untuk menarik minat para pendengar ceramah untuk mendapat maklumat terkini.
PKR bukan parti Reformasi seperti kemunculannya dahulu. Sejak tercetusnya segala “kemungkaran” yang dikatakan melibat Ezam dengan beberapa EXCO pemuda lain, kini kita mengharapkan PKR muncul dengan lebih bermatlamat dan penuh berazam untuk mentadbir Negara. Memang memerlukan masa, sama juga bagaimana munculnya zaman pembaharuan di Eropah, memerlukan masa, namun bilakah munculnya masa itu jika PKR hanya bertindak macam NGO’s.
Memanglah kehilangan mereka akan ada penggantinya, namun sehingga kini masih juga belum muncul-muncul pengganti Roslan Kasim, masih juga belum muncul Lokman Nor Adam di kalangan exco pemuda, masih juga belum muncul pengganti nama-nama yang telah meninggalkan perjuangan PKR (Nama baru), masih juga belum ada sebarang ceramah dan sebagainya untuk menarik minat sebahagian besar rakyat, padahal cukup banyak isu yang perlu di ketengahkan bagi menjelaskan dengan lebih tepat lagi terutamanya isu minyak, kes Khir Toyo, kes makanan tidak halal, kes remaja dan gejala moral, kes hiburan.
PKR tidak perlu untuk bertindak sebagai NGO,s kerana peranan PKR adalah lebih besar. Media PKR pula tidak bermaya sehinggakan perlu diiklankan di Laman Marhaen. Apakah media PKR, Malaysia Today kurang pelayar???? Jika laman PKR kurang pelayar apakah Malaysia Today juga kurang pelayar sehinggakan kenyataan media perlu dihantar kepada Laman Marhaen. Ini memang tidak salah, malah menggalakkan peminat tertentu untuk melayari satu-satu laman sahaja, namun ini memberikan bahawa media itu tidak kuat, atau dengan lebih tepat lagi Media PKR tidak kukuh untuk meyakinkan para reformis yang melayari internet.

PKR harus berubah dan menepati matlamat sebagai sebuah parti yang benar-benar dapat mendekati hati rakyat dan golongan Marhaen. PKR harus mampu menjana media yang dapat menarik minat masyarakat sebagaimana Laman Reformasi yang ditutup kerana tujuan Laman Reformasi adalah menentang Kezaliman Mahathir Mohammad. Bila Mahathir telah meletakkan jawatan maka Laman Reformasi sebenarnya telah berjaya mencapai satu matlamatnya.
Kini peranan media PKR perlu lebih telus dan jujur. Ke mana hilangnya penulisan KIRDATUN dalam Malaysia Today. Khabarnya arahan Azmin untuk menutup kolum tersebut yang terus disembunyikan. Kenapa?????? Takut pecah lubangkah???????
Bila kita berbincang dengan para pemimpin PKR dengan gahnya menyatakan bahawa PKR tidak akan memujuk orang yang telah keluar atau meninggalkan perjuangan. Perjuangan yang bagaimana yang akan dibawa oleh PKR di era pembebasan DSAI ? Adakah hanya memerlukan kelibat dan gahnya DSAI untuk muncul di khalayak ramai dan mengharapkan simpatisme yang telah hilang apabila DSAI dibebaskan?
Berita pula mengagungkan apa yang tidak ada dan melaporkan apa yang memang kurang terang. Berapa kali pejabat PKR Pulau Pinang berubah dan bertukar walaupun ianya merupakan negeri Presiden sendiri? Mana pula kelibat para exco baru untuk bergerak di seluruh Negara dan memperkenalkan kepada rakyat Marhaen bahawa inilah dia para EXCO pemuda gah perkasa yang akan turun ke jalanraya dan sanggup juga berjuang untuk rakyat marhaen yang dahagakan pembelaan rakyat.
Munculnya Saifudin di kalangan para pemimpin PAS memang telah banyak diketahui oleh para marhaen. Pernah juga artikel dikeluarkan kononnya beliau masih bersama Keadilan. Dan jika beliau bersama Keadilan kenapakah beliau tidak hadir di waktu pemilihan kongres parti tersebut? Khabarnya beliau terkandas di Singapura, (itu pun maklumat dari luar). Jika itu alasan yang diberikan, maka sahlah beliau sengaja menafikan dengan cara terhormat ketidak hadirannya
Kenapa pula muncul dengan program pemuda PAS. Cuba perhatikan dalam semua para pemuda PAS yang segak dan gagah perkasa, hanya Saifuddin sahaja yang mewakili pemuda PKR, atas jawatan penceramah bebas PKR???????? Mungkin Saifuddin juga akan menjawab bahawasanya, “Hanya saya seorang sahaja yang berceramah dan diminta berbuat demikian, jadinya takkan kerana saya seorang akan diletakkan pula ceramah Barisan Alternatif, pada hal saya hanya seorang sahaja wakil Keadilan”. Wakil yang bagaimana dan atas jawatan apakah beliau mewakili PKR?
Tentunya menimbulkan tanda tanya. Pernah juga MGG Pillai menulis dengan satu artikel yang menyatakan bahawa UMNO pun takut kepada parti hangat-hangat tahi ayam seperti PKR? Betulkah hangat-hangat tahi ayam? Namun jika diteliti keadaan hari ini, nampaknya betul juga kata-kata komenter dan komentaris terkenal ini. Jangan hanya syok sendiri sedangkan rakyat ternanti-nanti kemunculan yang lebih sensasi.
Jangan biar nasi menjadi basi, nanti lama-lama nak jual tak laku. Eloklah para pemimpin yang dipilih mengatur strategi turun kepada masyarakat, tunjukkan bukti pemilihan kita memang tepat dan dapat mengganti 12 ahli yang dikatakan keparat. Buktikan kita hebat dan dapat menerangkan kepada masyarakat semua musibat. Ini baru hebat. Jangan hanya mengikut DSAI baru nampak kelibat. Itu namnya EXCO hambat nak dapat. Nampaknya kena ganti Kirdatun kot..
Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 18.03.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


MEMANG INILAH KRITIKAN DAN HENTAMAN YANG DIBERIKAN..TAPI PERLU DITERIMA KERANA SEHINGGA KINI DIBERI KEKUATAN LAGI UNTUK MENULIS DAN BEROPERASI....SESUATU YANG PERLU DIBERI PENJELASAN IALAH SAYA TIDAK BEKERJA UNTUK SESIAPA..JIKA SUATU HARI NANTI UMNO BERUBAH ATAU PAS MENJADI PEMERINTAH..ATAU PAKATAN MEMERINTAH...KITA AKAN TETAP BEKERJA MENGKRITIK YANG TIDAK BAIK DAN MENEGUR YANG DIMANA PERLU...JANGAN KONGKONG PEMIKIRAN KERANA ITU TIDAK PERLU.....