PERMATANG PAUH 14 JUN-Satu lagi kebakaran berlaku di kampung Permatang Tengah berhampiran pekan Permatang Pauh tengahari tadi. Kebakaran yang menimpa rumah Encik Zaini Othman 45 manakala isterinya Khalizah bt Wan Hussein 37 tahun .Kebakaran yang berlaku akibat kebakaran pada meter dan dipercayai akibat litar pintas di atas rumahnya menjadikan mereka sekeluarga panik."Mujurlah anak saya yang berusia 5 tahun mengejutkan saya ,jika tidak kami sekeluarga rentung".Kerugian yang dialami sekitar RM7000.
Kebakaran yang berlaku tersebut mendapat simpati segeraYB Hamdan Abdul Rahman yang tiba dengan seberapa segera dan menyampaikan sumbangan RM300 sebagai bantuan segera dari pejabat YB Hamdan.
Beliau yang ditemui dan dikenali sebagai "YB Rajin" di Permatang Pauh ini melahirkan rasa sedih dan berkata"Saya berharap mangsa kebakaran ini akan tabah menghadapi ujian dari Tuhan kerana sesungguhnya Tuhan menyayangi orang-orang yang ditimpa kesusahan"dan beliau berjanji akan menghubungi pihak-pihak yang terbabit untuk menyampaikan sumbangan.