KENSHIDO INTERNASIONAL SAMPAIKAN SUMBANGAN PORTAL PENDIDIKAN 'SCORE A'








SEBERANG JAYA 14 JUN_Sumbangan portal pendidikan dari KENSHIDO INTERNASIONAL untuk beberapa buah sekolah di sekitar Permatang Pauh dan Sungai Petani telah di adakan di dewan Perkeso di Seberang Jaya .Sumbangan dari syarikat tersebut diberikan kepada beberapa sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar Permatang Pauh dan juga Sungai Petani.Antara beberapa buah sekolah yang menerima hadiah sumbangan portal pendidikan SCORE A ialah S.K Pauh Jaya,S.K Seberang Jaya,SK Jalan Baharu di Permatang Pauh manakala beberapa buah sekolah lagi di sekitar Parlimen sungai Petani ialah antaranya SMK Sg Korok,SMK Baling dan beberapa sekolah yang dipilih. Majlis penyampaian hadiah dan juga sumbangan ini dilakukan oleh YB Johari Abdul ,Ahli Parlimen Sungai Petani.




Majlis juga menyampaikan sumbangan derma tabung bencana negara Cina sebagai sebahagian dari program untuk membantu yang susah.Program ini seharusnya disampaikan kepada sekolah-sekolah kebangsaan yang berada di kawasan luar bandar supaya program SCORE A ini dapat disalurkan kepada penduduk luar bandar agar dapat bersaing dengan sekolah-sekolah bandar.Ini adalah kerana kebanyakkan sekolah-sekolah luar bandar telah mengambil inisiatif menggunakan sistem wireless yang dibayar oleh pihak sekolah.

No comments: