RAJA PETRA DAKWA DIANCAM DALAM PENJARA


KUALA LUMPUR-10 Mei- Blogger terkenal Raja Petra hari ini telah dibebaskan dari penjara Sungai Buluh dan mendakwa bahwa beliau diletakkan berhampiran dengan banduan yang dipenjarakan terutamanya Sirul (Azhar Umar) dan Azilah (Hadri )yang mana telah mengeluarkan ancaman akan mengambil sesuatu tindakan terhadap beliau.


"Mereka bukan sahaja menunjuk muka garang malahan pihak polis juga memberi amaran kepada saya bahawa keselamatan saya tidak oleh dijamin, kerana Sirul dan Azilah memekik kepada saya untuk berbuat sesuatu terhadap saya ".Sirul dan Azilah adalah suspek pembunuhan kes Altantunya.Mereka berdua kini ditahan di penjara sungai buluh.


Apabila ditanya berhubung sama ada beliau pernah bertembung dengan kedua-dua suspek, beliau menjelaskan bhawa pernah bertembung keduanya.".Ya..ya saya bersama mereka dalam block yang sama..malahan dalam bangunan block yang sama di mana terdapat 18 polis yang turut ditahan disitu, mereka merupakan hard-coor (istilah penjenayah) dan pihak warden telah menasihatkan saya agar keluar dari situ kerana merka tidak dapat melelapkan mata untuk mengawasi keselamatan saya"Demikian jelas Petra lagi.


Beliau juga menjelaskan bahwa terdapat terdapat 2 anggota UTK yang ditugaskan untuk mengawal beliau sementara 6000 banduan di dalam penjara Sungai Buluh, namun keselamatan tidak terjamin, lalu mereka menasihatkan beliau agar berjumpa isteri nya dan mendapatkan jaminan keluar."Saya pernah ditahan dibawah ISA, keadaannya amat teruk berbanding di penjara ini."
Menurut beliau lagi, tujuan beliau tidak menjamah makanan adalah kerana ianya bukan bertujuan untuk melakukan tindakan memboikot ,tetapi adalah untuk menyatakan bahawa , duit yang diberikan untuk beliau makan di penjara adalah duit rakyat, jadi saya rasa ianya digunakan dengan cara yang kurang sesuai.

No comments: