DR MAHATHIR: KES BERPALING TADAH AHLI PARLIMEN BN ADALAH BENAR


KUALA LUMPUR-8 MEI Kemungkinan kes berpaling tadah Ahli Parlimen BN kepada Pakatan Rakyat adalah besar dan akan berlaku.Ini dinyatakan oleh Mahathir Mohammad kepada pemberita."Pada mulanya saya rasa kes ini adalah rekaan dan tidak mungkin akan terjadi,namun apabila di buat kajian menyeluruh saya dapati bahawa BN dalam bahaya besar", demikian jelas Bekas Perdana Menteri itu lagi.Mahathir yang sebelum ini seringkali mengkritik dan mengenepikan bekas anak didik beliau Anwar Ibrahim, kini ternyata mengaku kalah dengan strategi kebijaksanaan yang diatur oleh bekas Mantan Timbalan perdana Menteri beliau Anwar Ibrahim.


Anwar yang telah beberapa kali berulang alik ke Sabah dan Sarawak serta menubuhkan beberapa bahagian dan cawangan PKR di kedua-dua buah negeri tersebut juga berjanji akan memberikan hasil minyak sebanyak 20% kepada negeri tersebut sekiranya wakil Ahli Parlimen dari negeri kedua-dua negeri itu menyertai Pakatan Rakyat.Sebelum dari itu ramalan menyatakan Sabah akan jatuh kepada pakatan Rakyat meleset.Namun dengan perkembangan yang berlaku di Semenanjung ,memungkinkan perkara ini akan berlaku. Anwar telah memberi butir -butir serta tarikh yang sesuai untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang baru pada 31 Ogos ini tetapi tidak lepas dari 16 September sempena pembentukan Malaysia.


Menurut Mahathir lagi,Barisan Nasional harus ingat bahawa jika menunggu sehingga pilihanraya akan datang kemungkinan Barisan Nasional akan tersungkur dengan lebih teruk lagi jika prestasi Pakatan Rakyat adalah baik.


Kemungkinan ini akan berlaku , pertamanya kerana ahli Parlimen BN tidak menunjukkan semangat sayangkan Parti sebagaimana yang berlaku di kalangan anggota BN di Semenanjung, dan kemungkinan juga dari segi perjawatan yang diberikan dan juga faedah peribadi.


Keduanya menurut Mahathir lagi,parti parti komponen di sabah dan Sarawak tidak setia sebagaimana setianya parti-parti komponen kepada UMNO di Semenanjung."Jika kita ambil contoh UMNO,MIC,MCA kesetiaaan mereka adalah teguh bersama Barisan Nasional, Tetapi adalah tidak sama dengan penubuhan UMNO di Sabah,Ini adalah kerana Ianya bukan lahir dari kesedaran diri tetapi ialah kerana UMNO dibawa kesana dan diceduk dari Semenanjung", demikian jelas Mahathir lagi.


"Adakah anda pasti mereka akan setia kepada UMNO?sekiranya di Semenanjung sendiri pun , jika mereka mempunyai peluang untuk melompat ke parti lain terutamanya jika ianya mengetahui dan yakin bahawa ia(Ahli Parlimen BN) akan berada dalam parti yang akan membentuk kerajaan , sudah tentulah ianya akan terjadi."


Menurut Mahathir lagi" Kita percaya bahawa bukan kerana kekuatan dan sokongan terhadap Pakatan Rakyat , akan tetapi kerana perasaan tidak suka ahli parti BN di peringkat bawahan terhadap kepimpinan yang ada hari ini"jelas Mahathir lagi.
Menurut beliau , sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa pihak yang kononnya memperjuangkan Hak Melayu bagi menghalang tututan yang dibuat oleh bukan Melayu dan mengembali kan kuasa feudal ."Walau apa pun perjuangan menuntut hak Melayu, dalam Demokrasi jika anda meraung sekuat mana sekali pun pastinya akan membuatkan anda rasa tidak senang dengan suara-suara sumbang seperti ini",


Apabila di tanya berhubung dengan penangkapan terhadap Raja Petra, beliau menjelaskan bahawa tuduhan yang dikenakan itu adalah tidak adil dan lebih bersifat politik.Jika ada penulis blog, jangan melebihi hadnya , namun apa yang ditulis Petra tidak menyalahi dari segi hukum.Malah jika berada di negara autotaritarian sekalipun, anda tidak akan ditangkap kerana menulis di laman-laman blog.

MAKLUMAT : MALAYSIAKINI