BN SILAP MEMPERKECILKAN ANWAR

SESUDAH pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.

Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.

BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.

Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka dilihat sebagai seorang tua yang tidak memahami kehendak rakyat muda dan mempermainkan agama dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.

Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.
Misalnya:

1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai “syok-syok sahaja”; dan berterus -terusan menghina Anwar Ibrahim seolah-olah Anwar melawan kerajaan BN

2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;

3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;

4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai “syok sendiri.”; Maka kami akan tetap mengingati beliau sebagai Menteri Penerangan yang paling biadap dan bangang dalam sejarah Menteri penerangan Malaysia

5. Dia juga “bersumpah” akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan

6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.

7. Menteri dan pemimpin UMNO dilihat berlagak dan sombong dengan rakyat, malahan tidak mahu bergaul dengan masyarakat terbanyak, tetapi membiarkan diri dikelilingi oleh para kaki ampu,peniaga kroni, suku sakat,tidak memperdulikan saudaramara dan masyarakat kampung,angkuh,sombong,jahil tidk mencerminkan seorang yang bijak dan dekat kepada masjid.

Sekali pun benar bahawa keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Perdana Menteri menjadi pertikaian, faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi begitu tidak popular adalah persepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekelilingnya.

Dalam tempoh kerjaya kewartawanan saya selama hampir40 tahun sebagai wartawan /(10 tahun) sebagai blogger dan menulis di ruang-ruang internet , saya tidak pernah melihat sekumpulan orang di sekeliling seorang Perdana Menteri yang begitu dicurigai dan dibenci tetapi pada masa yang sama sangat ditakuti,kerana menyalahgunakan kuasa kerana dendam kesumat kerana menyokong dan menuntut hak sebagai seorang rakyat marhaen.

Hasil mengejutkan keputusan pilihan raya ini tidak dapat tidak akan mencetuskan tanda tanya mengenai kewibawaan, integriti serta kesahihan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Presiden Umno.

Apatah lagi banyak calon yang dikaitkan terus dengan Perdana Menteri dan “kabinet dapurnya” seperti Azim Zabidi (Bukit Gantang), Osman Desa (Sik), Zainuddin Maidin (Sungai Petani), Annuar Musa (Ketereh) dan Awang Adek Hussin (Bachok) kecundang.

Malahan menteri kabinet dapur yang paling dibenci rakyat ialah yang kalah termasuk Shahrizat Jalil,Zainuddin Maidin,Aziz Shamsudin,Sammy Vellu,Hishammudin Hussein,Najib Razak,Andan Mansor,Rafidah Aziz, yang bukan sahaja dilihat tidak cekap, malahan hanya untuk memperlekehkan kuasa rakyat.(blogger)

Di pihak pembangkang pula, tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dan dinilai bagi memastikan sama ada mereka juga akan menjadi sombong, angkuh dan pendendam kerana kuasa.

Atau mereka menjadi pemegang amanah yang berhemah, merendah diri, sederhana dan bertimbang rasa.

Sebagai Blogger, kami juga akan bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat dan berkongsi pandangan dan maklumat dengan rakyat. Jika Barisan Rakyat gagal melakukannya kami juga tidak teragak-agak untuk melakukan sebaliknya kerana kami bukan NGI-Non Goverment Individual.


Dan apakah dasar-dasar dan program-program mereka lebih baik daripada BN. ???????
- A Kadir Jasin/Blogger WRLR

09.03.2008