ADAKAH DENGAN KENYATAAN INI UTUSAN NAMPAK TELUS?????

Guan Eng minta tutup isu DEB
15/03/2008 8:46pm


PULAU PINANG 15 Mac – Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini berharap semua pihak menghentikan polemik mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebaliknya memberi peluang kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pemerintahan.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum atau melakukan sesuatu yang boleh merugikan rakyat.

``Apa yang penting ialah melangkah ke depan dan melaksanakan pemerintahan berdasarkan ketelusan dengan sumber kekayaan negeri dikongsi secara bersama dengan penduduk Pulau Pinang.

``Kita perlu melangkah ke depan, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa semua projek kerajaan Pusat di negeri ini akan diteruskan,’’ katanya selepas merasmikan galeri Artistik Malaysia di Jalan Armenian di sini hari ini.

Guan Eng menganggap DEB bukan lagi satu isu kerana kerajaan negeri hanya ingin menumpukan kepada sistem pemberian tender secara terbuka.

``DEB tidak ada isu langsung, sekarang kita hanya nak buat tender terbuka, kalau ini pun dianggap sebagai isu, apa yang boleh saya buat.

``Saya rasa isu ini tutuplah, saya tak mahu komen apa-apa lagi kerana yang penting kita perlu melangkah ke depan,’’ katanya. - Utusan

No comments: