PERANG BENDERA MULA RANCAK DI PERMATANG PAUH.RENCAH DAN RAGAM MENJELANG PILIHANRAYA.
OLEH: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Permatang Pauh 8 Februari- Perang poster yang bukan calang-calangnya telah mula memenuhi jalan-jalanraya di Permatang Pauh. Ini bukan gear 4 atau 5, tetapi baru masuk gear 1, dari segi pemasangan bendera-bendera. Bayangkan jika ianya masuk gear 5, anda akan rasai mendung semasa menunggang motosikal di jalan-jalanraya di seluruh Permatang Pauh.
Kehangatan ini bermula apabila masayarakat setempat yakin bahawa kenyataan yang Panglima Keris akan turun berkampung di Permatang Pauh. Jadi sebagai masyarakat yang matang berpolitik, sudah tentulah segala persiapan untuk menghalang serangan panglima-pamglima keris tadi sedia diatur untuk rakyat Permatang Pauh menangkisnya. Pemasangan bendera-bendera ini pula sebenarnya bukan perlu diupah dengan membawa dan menjamu para pemuda PKR dan PAS untuk makan mee udang di Sungai Dua, tetapi dengan hanya semangat jati diri untuk menentang UMNO sebenarnya dan Panglima Keris khasnya.
Khabar-khabar angin bertiup kencang dimana di kawasan DUN Permatang Pasir akan di tandingi oleh seorang kuda kepang UMNO iaitu Sdr Sahar Suib.Beliau yang merupakan bekas guru lepasan SPM, akan menentang YB Hamdan yang telah 2 penggal mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir ini. YB Hamdan berkelulusan M.A dari Al Azhar dalam bidang usuluddin.Mana mungkin rakyat Permatang Pauh begitu banggang untuk melantik yang kurang cerdik untuk menentang yang lebih cerdik dari segi pendidikan.
Mana mungkin juga pengundi DUN Permatang Pasir yang tidak pernah untuk melihat Sahar membaca khutbah di masjid-masjid sekurang-kurangnya menjadi imam solat fardhu sedangkan khabarnya di kampung sendiri pun beliau tidak pernah berjumaat hatta mengambil sebarang bentuk penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid Kubang Semang. Kahabarnya masayarakat dikampungnya di Kubang Semang juga tidak mengenali siapakah Sahar.Mana mungkin bakal YB ytidak dikenali di kampung sendiri.???????
Usaha-usaha juga telah dibuat apabila saya sendiri teah berbual dengan jaatankuasa masjid Jamek Kubang Semang bertanyakan siapakah si Sahar ini?Jawapan yang saya dengar amatlah tidak sesuai untuk UMNO meletakkan si mamat ini yang hanya layak untuk menjadi gurkha upahan dan bukannya sebagai YB untuk mewakili masyarakat Permatang Pauh?? adakah UMNO Permatang Pauh ketandusan pemimpin yang lebih bijak???adakah UMNP Permatang Pauh tidak ada pemuda yang mempunyai kelulusan yang lebih baik untuk diletakkan sebagai calon untuk bertanding??
Nampak sangat bahawa pecacai-pecacai UMNo yang ada di Permatang Pauh ini sebenarnya menghalang golongan cerdik pandai untuk menyertai UMNO sejak 15 tahun yang lalu. Yang cerdik akan menghalang yang lebih cerdik untuk menjadi ahli kerana takut melawan mereka dalam pesta pertandingan merebut jawatan yang diadakan oleh UMNO. Maka kerana itulah yang menguasai UMNO memang nampak dari golongan yang kaya raya , tetapi hanya berkelulusan SRP dan SPM sebagai wakil pemuda dan menduduki jawatankuasa Pusat bahagian.Maka kerana itu tiadanya golongan yang lebih cerdik melainkan yang dicerdikkan melalui kekayaan dn gelaran gelaran yang jumut-jumut. Dari segi akademik hancur. Maka kerana itu menjadi YB dalam UMNO bertujuan untuk mencari makan dan mendapat habuan. Untuk berkhidmat kepada rakyat "Lantak pi hangpa lah".
Maka kerana itu sebagai pengundi yang matang dalam negeri dan kawasan yang telah lama wujud dalam arena berpolitik, maka wajar sangatlah kita bersama-sama mempertahankan kerusi Permatang Pauh ini dari diambil alih oleh UMNO. Bak kata perpatah IF YOU DONT VOTE FOR UMNO THE DEVELOPMENT STILL GROWS.Ini Malaysia la bang................