BERSIH PERMATANG PAUH EDAR RISALAH DI PASAR MALAM

PERMATANG PAUH 9 FEB 2008 Bersih Permatang Pauh sekali lagi bergerak dengan lebih tekad lagi apabila mengedarkan risalah mencari Shalinie dan juga risalah-risalah lain yang berkaitan dengan kempen BERSIH.Seramai hampir 30 ahli BERSIH yang sedia ada bergerak di Pasar Malam Taman Arowana untuk mengadakan kempen mencari dan menyelmatkan Sharlinie.






"Ramai yang menyedari bahawa kehadiran kami ini bukan sahaja bertujuan politik, malahan ianya juga untuk tujuan sosial. Maka kerana itu kempen mencari Sharlinie ini diteruskan disamping mengedarkan risalah-risalah politik untuk menyedarkan masyarakat tentang kekurangan dan kecuaian kerajaan pimpinan Abdullah dalam menangani masaalah sosial dalam masyarakat" demikian jelas Saudara Shukri selaku Setiausaha BERSIH Permatang Pauh.

Kesedaran masyarakat yang menerima baik risalah yang diedarkan membuktikan bahawa mereka prihatin dengan masaalah yang berlaku dalam negara. maka kempen-kempen seperti ini akan terus dijalankan dari masa ke semasa untuk menjadikan dan menyedarkan masayarakat bahawa hak mereka patut dilindungi dalam sebuah negara yang dikatakan maju,demokrasi tulen ,terbaik di antara 6 negara maju,megamalkan masyarakat penyayang dan entah apa -apa lagi lah yang momok-momok buat masyarakat. demikian jelas Pak cik Samad sambil membaca dan memuji sikap anak-anak muda yang berani mengadakan kempen seperti ini.