ADAKAH UMNO MAMPU MENAWAN PERMATANG PAUH

ADAKAH UMNO MAMPU MENAWAN PERMATANG PAUH.

OLEHWartawan Rasmi Laman Reformasi

Permatang Pauh-7Februari 2008 UMNO mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menawan semula Permatang Pauh setelah dua penggal impian tersebut menjadi hanya angan-angan Mat Jenin kerana masih tidak diyakini oleh masyarakat setempat untuk membantu masyarakat Melayu Pulau Pinang. Lihat sahaja kawasan yang pernah dikuasai oleh UMNO, masih juga tidak ada pembanggunan yang sempurna dan tanah-tanah dibangunkan untuk para kroni mengaut keuntungan melalui projek perumahan dan juga menjual tanah-tanah Melayu.

Semalam Dato Seri Hishammuddin telah turun ke Permatang Pauh untuk kali kedua dalam jangkamasa sebulan. Menteri yang dikenali sebagai panglima keris ini cuba untuk membalas dendam keatas bekas BOss nya Dato Seri Anwar Ibrahim semasa didalam pergerakan pemuda UMNO. Namun beliau bukanlah seorang pejuang Melayu kerana beliau dikelas aristokrat dan dilantik atas jasa-jasa ayahanda beliau.bayangkan jika Hishamuddin hanya rakyat biasa , sudah tentu sukar untuk beliau mendaki tangga sejauh ini.

Walaubagaimana pun terdengar khabar-khabar angin yang kononnya beliau juga terlibat dengan isu video yang akan di lepaskan oleh PKR berhubung dengan skandal pemimpin-pemimpin UMNO sebagaimana yang di jelaskan oleh Dato Chua Soi Lek. Sejauh mana adanya video ini masih dalam dilema kerana belum ada bukti-bukti sahih atau Barisan Alternatif masih lagi dalam perancangan untuk meyimpan dokumen-dokumen bagi menunggu saat-saat terbaik untuk mengajar panglima keris ini yang kononnya cuba di perlaga-lagakan dengan panglima kerajaan tiga beranak iaitu menantu Pak Lah Khairy jamaluddin.Mungkin juga video Khairy yang akan sama-sama terdedah.

Berbalik kepada cita-cita UMNO untuk menawan Permatang Pauh pula, nampaknya cita-cita tersebut mungkin akan menjadi kenyataan atas beberapa faktor yang akan dibincangkan dalam sedikit masa lagi. Ada kemungkinan kejayaan UMNO dan ada kemungkinan juga UMNO akan terus menjadikan Permatang Pauh sebagai helah besar untuk menjatuhkan PKR. Ini adalah kerana disinilah satu-satunya parlimen yang dikuasai oleh PKR di Malaysia.Mungkin kejayaan PKR nanti bukan berdasarkan kempen gerak kerja tetapi atas dasar sentimen untuk menjatuhkan UMNO kerana masyarakat Permatang Pauh telah matang dalam politik.Namun jangan mudah pula UMNO untuk mendabik dada walau jutaan ringgit ditaburkan kerana masyarakat Permatang Pauh tahu menilai yang mana kaca dan yang mana intan untuk membimbing masyarakat Melayu Pulau Pinang.

Namun harus juga diingatkan betapa, pengaruh DSAI dan kematangan berpolitik masyarakat Permatang Pauh juga harus dikuatkan lagi dengan kempen gerak kerja untuk meyakinkan masyarakat Permatang Pauh.Kita tidak boleh hanya meyakinkan kita bahawa penyokong akan naik semangat menjelang pilihanraya nanti.Strategi dan pendekatan mendekat diri kepada masyarakat harus juga diambil kira. Jangan hanya dengan kelebihan 590 undi menjadikan kita angkuh dan mendabik dada.PKR harus bekerja kuat dalam masa terdekat.