NURUL IZZAH AKAN LAWAN SHAHRIZAT JALIL


Nurul Izzah Anwar
Kuala Lumpur- Puteri Sulung Dato Seri Anwar Ibrahim kini sudah bersedia untuk berentap
menentang Shahrizat Jalil di Lembah Pantai. Beliau yang berkelulusan Sarjana dalam kejuruteraan Elektrik dikatakan akan bertarung habis-habisan untuk membuktikan cakap-cakap Sharizat bahawa beliau masih "mentah" dalam politik.



Puteri sulung Anwar ini mula menunjukkan kematangan beliau dalam politik seusia 19 tahun apabila turun ke padang membantu kempen Ibunya Wan Azizah yang sudah 2 penggal menjadi Ahli Parlimen di Permatang Pauh. Sebelum itu, parlimen ini ditandingi Anwar.Kelibat Nurul mula menjadi perhatian ramai apabila turun berkempen menentang penganiayaan terhadap bapanya bekas Timbalan Perdana Menteri yang dituduh Mahathir sebagai seorang yang tidak bermoral.Mahathir kini telah bersara , namun sekali sekala membuat 'comeback" dengan tuduhan sebagai seorang yang dikatakan sudah nyanyuk.

Kini Anwar telah bebas dari penjara dan bersedia untuk bertempur dengan bekas parti yang pernah beliau bimbing.Malah menurut pemerhati politik, Anwar akan kembali ke arena politik sebagai seorang tokoh yang paling terkenal dalam memperjuangkan keadilan dalam negara yang dikatakan mengamalkan demokrasi.Sebelum ini , Malaysia dipimpin oleh diktaktor Mahathir Mohammad.
Kini Malaysia dibimbing oleh Abdullah Ahmad yang dikatakan lemah dalam berbagai sudut. dengan kenaikan harga minyak, rasuh dalam negara, skandal kehakiman,dan kenaikan harga barang memberi tamparan yang cukup hebat buat Abdullah. Dijangkakan pihak pembangkang akan membuat kejutan dalam pilihanraya pada kali ini meskipun barisan pemerintah mengemukakan beberapa muka baru.