Thursday, January 7, 2010

LETAK JAWATAN JADI DUTA SEPENUH MASA

Jamaluddin Jarjis perlu letak jawatan, kata Mohd Nor

Thursday, 07 January 2010 10:54 AM Oleh Roziyah Mahamad dan Masdar R Arifudin

Hadirin dalam majlis hanya mendengar dan melihat Jamaluddin Jarjis di layar skrin besar sahaja.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis dinasihatkan perlu meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak mampu menjalankan tugas dengan baik untuk rakyat dikawasannya. Dalam suasana rakyat dihimpit dengan pelbagai bebanan khususnya bagi peneroka felda, beliau seharusnya bersama-sama dengan rakyat tempatan demi memperjuangkan dan membela hak rakyat.
"Sebagai seorang wakil rakyat penting bagi dia untuk melihat masalah rakyat sebenarnya. Apa yang dibuat kepada masyarakat orangf asli dan peneroka felda? Kalau tak ambil peduli apa fungsi beliau sebagai wakil rakyat," Mohd Nor Jaafar menluahkan perkara ini ketika dihubungi era pakatan.
Menurut Timbalan Pengerusi 1, PKR Pahang, Mohd Nor Jaafar, terdapat banyak masalah sosial dan ekonomi yang melanda di kawasan felda. Jamaluddin sebagai seorang wakil rakyat perlu mengambil inisiatif dan cuba menyelesaikan masalah penduduk felda dan orang asli di kawasan beliau.
Pertindihan tugas sebagai ahli parlimen Rompin dan Duta Besar ke Amarika Syarikat merupakan salah satu penyebab terabainya tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen Rompin. Dalam satu blog mendedahkan yang Jamaluddin hanya berucap melalui skrin besar sahaja. Hal ini berlaku ketika program penyerahan bantuan beg sekolah dan t'shirt yang telah diadakan di sekolah kebangsaan LKTP Keratong.
"Bagi saya setiap calon samada yang sedia ada atau bakal menjadi wakil kepada rakyat harus menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Pakatan Rakyan sendiri pun sekiranya menang dinasihatkan menjalankan tugas sebaik mungkin sebagai wakil rakyat kerana itu adalah tugas wakil rakyat yang sebenarnya," jelas Nor Jaafar lagi.
Mohd Nor sebagai berkata, Najib sebagai Perdana Menteri perlu menarik balik jawatan Jamaluddin Jarjis sebagai duta dan membawanya kembali kepada rakyat yang diwakilinya. Jika tidak beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rompin," jelas Nor Jaafar lagi kepada Era Pakatan.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis dinasihatkan supaya meletakkan jawatannya jika tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik untuk rakyat di kawasan parlimen tersebut.

Dalam suasana rakyat dihimpit pelbagai bebanan khasnya bagi peneroka Felda, beliau seharusnya bersama-sama rakyat tempatan demi membela nasib mereka, kata Timbalan Pengerusi 1 PKR Pahang Mohd Nor Jaafar ketika dihubungi Era Pakatan di sini, hari ini.

"Sebagai wakil rakyat, adalah penting bagi beliau untuk melihat sendiri masalah rakyat sebenarnya. Apa yang dibuat kepada masyarakat Orang Asli dan peneroka Felda? Kalau tak ambil peduli, apa fungsi beliau sebagai wakil rakyat?" katanya.

Tambah Mohd Nor, terdapat banyak masalah sosial dan ekonomi yang melanda di kawasan Felda dan Jamaluddin perlu mengambil inisiatif dalam rangka mencari penyelesaian terhadap masalah yang melibatkan kedua-dua golongan itu di kawasan beliau sendiri.

Kata beliau, pertindihan tugas Jamaluddin sebagai ahli parlimen Rompin dan Duta Besar ke Amerika Syarikat adalah salah satu punca kepada terabainya tanggungjawab beliau sebagai ahli parlimen Rompin selama ini.

Sebelum ini, sebuah blog telah mendedahkan bahawa Jamaluddin cuma berucap melalui skrin besar sahaja. Hal ini berlaku dalam acara penyerahan bantuan beg sekolah dan t-shirt yang diadakan di Sekolah Kebangsaan LKTP Keratong.

"Bagi saya, setiap calon sama ada yang sedia ada atau bakal menjadi wakil rakyat haruslah menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin. Pakatan Rakyat sendiri pun kalau menang dalam pilihan raya, dinasihatkan supaya menjalankan tugas mereka sebaik mungkin sebagai wakil rakyat, kerana hal itu adalah tugas wakil rakyat yang sebenarnya," kata beliau lagi.

Mohd Nor mencadangkan supaya Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak menarik balik jawatan Jamaluddin sebagai duta lalu membawa ahli parlimen itu kembali berkhidmat kepada rakyat Rompin yang diwakilinya.

"Jika tidak, beliau perlu meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Rompin," tegas Mohd Nor.

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers