LANGKAH LONDON - BAWA MAKAN ANGIN MERASUAH ?
Video ni aku dapat dari WhatsApp. Nampak gaya puak ni memang tak
pernah utus asa mencuba. Walhal YDP Agong sendiri dah ingatkan supaya
kestabilan politik diutamakan demi kebaikan rakyat.
Aku tak terkejut kalau apa yang diceritakan dalam video ni
betul. Tapi aku kesian kepada penyokong PN yang diperbodohkan sampai halalkan
kerja yang haram begini. Sedangkan perebutan kuasa begini kesan paling besar
adalah ke atas rakyat.
Pemimpin politik yang buat rampasan kuasa akan terus kaya,
penyokong yang tersepit. Tapi sokong juga kerana terpedaya dengan doktrin
palsu. Tapi itu la... Nasihat pun bukan nak dengar. Guane boh?
INTIPATI MESYUARAT KERAJAAN PAGI TADI
ANWAR IBRAHIM
Antara intipati penting Mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi:
1. Semua Kementerian bersama Agensi Persekutuan diarahkan untuk
membuat tindakan susulan segera dengan meneruskan proses rundingan dengan
Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berhubung isu-isu dan perkara yang berbangkit
yang belum
diselesaikan. Proses rundingan perlu bersifat konstruktif dengan
pertanggungjawaban pelaporan berkala kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.
2. Kerajaan akan memperkasa Platform Perundingan Tertinggi
sebagai Platform Agenda Tindakan Pelaksanaan Majlis Khas Perjanjian Malaysia
1963 (MKMA63) melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963
(MTPMA63) yang dipengerusikan oleh saya melibatkan Premier Sarawak serta Ketua
Menteri Sabah. Mesyuarat pertama pada bulan Februari 2023.
3. Perintah Negeri-Negeri Borneo (Kuasa-Kuasa Perundangan)
(Pindaan) 2022 telah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong pada 27 Disember 2022 sebagai usaha memuktamadkan proses
penyerahan kuasa kawal selia gas kepada kerajaan negeri Sabah, dan ia akan
disusuli dengan pembentangan enakmen Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri
(DUN) Sabah pada 10 Januari 2023. Ini selari dengan hasrat kerajaan untuk
penyerahan kuasa kawal selia gas dan elektrik daripada kerajaan Persekutuan
kepada kerajaan negeri Sabah.
4. Kementerian Kewangan akan membuat tindakan susulan segera
untuk merundingkan formula baharu Pemberian Khas berasaskan Perkara 112D
Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah dikemukakan oleh kedua-dua negeri.
Secara prinsipnya, Jemaah Menteri bersetuju untuk mempertimbangkan
penambahbaikan Pemberian Khas sedia ada kepada kedua-dua negeri tersebut.
5. Jemaah Menteri meluluskan syor pengiktirafan Jabatan Kerja
Raya (JKR) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik. Ia bermakna JKR Sabah dan
Sarawak diberikan kuasa untuk menguruskan projek-projek pembangunan persekutuan
pada kadar sehingga RM50 juta.
6. Atas kepentingan memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat
di Sabah dan Sarawak, Kerajaan juga telah memutuskan agar diteruskan dan
disegerakan pelaksanaan Projek Sarawak – Sabah Link Road (SSLR), Lebuhraya
Trans Borneo serta melengkapkan Projek Pan Borneo Sabah. Perincian pelaksanaan Projek-Projek
Rangkaian Jalan Raya Utama Sabah dan Sarawak ini akan dimaklumkan oleh Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri terlibat.
7. Kerajaan memutuskan kepentingan dan perawatan kesihatan
rakyat diberi keutamaan ketimbang hal-hal melibatkan pelancongan dan ekonomi.
Justeru itu, peraturan dan SOP kemasukan mana-mana pelancong dari mana-mana
negara tidak dilonggarkan sama sekali terutamanya dari negara-negara berisiko
tinggi.
Saman: PM mungkin nak buka isu bohong
RAFIZI JANJI SAHUT CABARAN PN
Minggu ini, genap sebulan saya memegang amanah sebagai Menteri Ekonomi.
Saya tidak banyak muat naik kandungan kerja seharian kerana saya faham kesan perencanaan ekonomi banyaknya akan mengambil masa yang lebih panjang sebelum hasilnya dirasai, apatah lagi dalam suasana ekonomi global yang mencabar dan kedudukan kewangan negara yang dilemahkan oleh ketempangan tadbir urus sebelum ini.
Ada perkara yang boleh diusahakan supaya hasilnya dirasai cepat, namun kebanyakan perencanaan ekonomi akan mengambil masa lebih setahun, sementara sebahagian besarnya memakan lebih masa.
Sebab itu masa sebulan saya habiskan berjumpa dan berbincang dengan pemegang taruh (stakeholders) utama ekonomi negara. Mereka termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pihak swasta dan pemegang taruh lain.
Secara umumnya, kesemua pihak memahami hala tuju ekonomi yang hendak dibawa.
Kerajaan Perpaduan ini bertanggungjawab mengalih haluan ekonomi ke arah ekonomi bernilai tinggi supaya rakyat mendapat gaji yang boleh mengimbangi tekanan inflasi.
Usaha mengekang inflasi banyaknya boleh dilaksanakan di peringkat pembekal seperti mempercepatkan pelaburan berteknologi tinggi dalam sektor makanan, mengawal harga (dengan membayar subsidi), meningkatkan persaingan pembekal (dengan menangani monopoli) dan menambah bekalan (termasuk mengimport).
Tetapi usaha di sebelah pembekal ini perlu juga diiringi dengan inisiatif di sebelah penawaran, termasuklah mengusahakan kenaikan gaji yang munasabah supaya rakyat tidak merasa terlalu terbeban dengan kadar inflasi semasa dan menggalakkan tabiat pengguna (consumer behaviour) yang lebih sensitif kepada harga agar permintaan adalah lebih anjal.
Pembangkang dari PN akan terus mempertikai setiap usaha kerajaan. Ada dari kalangan mereka yang memperli konon saya hanya nampak gah semasa pembangkang tetapi tidak berkesan sebagai kerajaan.
Insya Allah itu satu cabaran yang saya akan sahut. Cuma bila komen begitu datang dari mereka yang menjadi kerajaan setelah menebuk atap selama 33 bulan, bunyinya nampak seperti meludah ke langit.
Soal keperluan menganjak ekonomi negara ke arah ekonomi digital berteraskan inovasi, ekonomi yang seimbang dengan kelestarian alam sekitar, aplikasi teknologi yang meningkatkan produktiviti dan kecekapan – ini semua matlamat ekonomi yang tidak boleh dipertikaikan.
Ujian sebenar kepada saya ialah bagaimana saya berjaya melaksanakan anjakan-anjakan ini yang kesannya dapat dirasai oleh rakyat.
Setelah sebulan, ada idea dan pendekatan baru yang saya rasakan akan beri nilai pulang lebih baik bagi setiap satu ringgit wang rakyat yang dibelanjakan kerajaan. Ada masalah pelaksanaan yang merencatkan prestasi ekonomi dan menyebabkan kenaikan kos yang boleh ditangani. Ada projek-projek berimpak tinggi yang akan memberi isyarat anjakan ekonomi yang diperlukan untuk menarik minat pelabur-pelabur.
Masa sebulan telah memberi saya gambaran yang mencukupi untuk berlari dengan lebih pantas mulai Januari ini.
Ada yang kesannya dapat dirasai segera, ada yang hasilnya hanya dapat dituai dalam setahun, dua tahun dan tahun-tahun yang akan datang. Insya Allah, kalau sepuluh kami usahakan, kalau pun tidak semua membuahkan seratus peratus hasil seperti yang dirancang, sebahagian besarnya akan mempunyai impak jangka masa sederhana dan panjang kepada negara.
Selepas lima tahun, Insya Allah saya serahkan kepada penilaian rakyat mengenai prestasi saya sebagai menteri dan PKR/PH sebagai sebahagian dari Kerajaan Perpaduan.
Rafizi Ramli
OK KES VIRUS SIMPAN SINI YA. UNTUK KEFAHAMAN YANG KURANG MEMAHAMI
Ok simpan sini untuk rekod.
Varian BA5.2 dah ada di Malaysia semenjak 16 Mac 2022 manakala
varian BF7 pula semenjak 21 Ogos. Kita dah melalui Hari Raya selepas varian
BA5.2 ditemui di Malaysia dan ditambah pula pilihanraya selepas varian BF7.
Alhamdulillah kedaan masih terkawal.
So kalau nanti peroyan-peroyan tu salahkan Kerajaan Perpaduan,
kita tunjuk benda ni. Dah lama rupanya berlaku tapi tak dimaklumkan kepada
rakyat. Kenapa? Itu aku tak pasti. Cuma Isnail, Khairy dan Dr. Noor Hisham yang
ada jawapannya. Guane boh?
AGAK AGAK ANAK MUDA SUKA DIA TAK?- BANYAK KES LAGI RASANYA NI ADIK ADIK
Arau ni MP yang paaaling aku benci sekarang ni. Tengok dia
bercakap (bukan berbahas) dalam parlimen pun cukup buat aku meluat.
Betullah apa yang Sany Hamzah katakan. Dia cuma nak timbulkan
kekecohan je. Nak terbitkan persepsi tidak baik untuk PM. Sedangkan Sany dah
jelaskan perkara peruntukan itu belum dinyata keputusannya lagi.
Dia tak terima penjelasan Sany bukan sebab Sany tak layak. Tapi
sebab itu ibarat mati peluru. Jadi walau pun dah jelas, dia masih nak ungkit.
Dia kata Sany tak layak, dah dia siapa nak tuntut penjelasan daripada PM?
Dia sendiri pun kalau ikutkan tak layak nak tuntut PM bersuara
sebab di bukan Ketua Pembangkang. Dia sepatutnya suruh Hamzah bangkitkan soal
ni. Boleh saja ungkit dalam sidang nanti. Tapi niatnya memang lain.
Terfikir pula aku. Walaupun Shahidan ni antara MP paling senior
dalam pembangkang, pernah pula jadi MB, tapi tak terpilih jadi Ketua
Pembangkang. Kan? Nama dia sikit pun tak naik.
Nampak sangat jenis tak ada kualiti. Pembangkang lain pun tak
pandang dia. Ada hati nak sound PM macam dia tu hebat sangat. Kesian pun ada
tengok dia ni. Tapi yang lebihnya rasa meluat la. Guane boh?
.



