FUHHH...BUKAN SAPURA ....BOLEH LAH...INI SAPURA PUN NAK SAPU ..

 










Raja Besar Kumpulan Genting Lim Kok Thay ialah Ketua Pegawai Eksekutif dengan bayaran tertinggi di Malaysia pada 2018 dengan jumlah pendapatan sebanyak MYR248.6 juta (AS$59.9 juta), menurut laporan yang dikeluarkan minggu ini.

Lim memperoleh RM168 juta sebagai imbuhan untuk tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Genting Bhd, dan RM80.61 juta lagi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Genting Malaysia Bhd, menurut Pemantauan Tadbir Urus Korporat Suruhanjaya Sekuriti 2019 (CG Monitor 2019) yang dikeluarkan hari ini.

Pemantau Tadbir Urus Korporat Suruhanjaya Sekuriti 2019 (CG Monitor 2019), yang menilai gaji CEO di 100 firma teratas yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia, mendedahkan bahawa Lim memperoleh MYR168 juta (AS$40.5 juta) dalam peranannya sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Genting Berhad dan MYR80.6 juta lagi sebagai Pengerusi Genting Malaysia.

Gaji pemain berusia 67 tahun itu lebih kecil daripada yang

terbaik

seterusnya dalam senarai, Shahril Shamsuddin dari Sapura Energy, yang memperoleh MYR71.9 juta (AS$17.3 juta) pada 2018.

Senarai Billionaires 2019 Forbes, dikeluarkan pada Mac, meletakkan Lim sebagai orang terkaya ketujuh Malaysia dan nombor 436 di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif bergaji tertinggi sebuah syarikat berkaitan kerajaan pada 2018 ialah bos IHH Healthcare Tan See Leng dengan MYR33.9 juta, CG Monitor 2019 mendedahkan.

SUMBER : https://thecoverage.my/genting-lim-kok-thay-was-the.../...

 

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 5 April 2022 (BERGAMBAR)









Kenyataan Media

Majlis Presiden Pakatan Harapan

5 April 2022

Pakatan Harapan Beri Komitmen Penuh Untuk Luluskan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti)

Pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April 2022.

Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.

Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan ini.

Ketua Pembangkang juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing. Isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Anthony Loke

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

 

SEKILAS FAKTA

 

Penyatuan Ummah 
Join
GANJA | ‘Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau gantung sampai mati’
Yasin bin Sulaiman = 17 Pokok
Nevin bin Vincent Tan = 50 Pokok



DAKWAH : [Berus Gigi Dan Bersiwak Ketika Berpuasa: Makruh Atau Sebaliknya?]

 [Berus Gigi Dan Bersiwak Ketika Berpuasa: Makruh Atau Sebaliknya?]

1. Sebelum saya menjawab persoalan yang ditanyakan ini, saya ingin membahaskan terlebih dahulu pandangan fuqaha terdahulu berkaitan hukum bersiwak setelah zawal (setelah masuk waktu Zuhur) kerana perkara ini diperselisihi hukumnya dalam kalangan fuqaha terdahulu.
Dalam Aujaz al-Masalik syarah kepada Muwatta' Imam Malik, dinukilkan ada sekitar 6 hingga 8 pandangan ahli ilmu berkaitan permasalahan ini. Ada yang mengharuskan bersiwak setelah waktu Zuhur dan juga ada yang memakruhkan perbuatan tersebut. Berikut sedikit huraian tentangnya:
i Pandangan pertama: hukum bersiwak setelah masuk waktu Zuhur termasuk dalam perkara yang makruh. Pandangan ini disandarkan kepada mazhab Syafie. Berikut adalah teks daripada kitab-kitab ulamak Syafieyah.
Ibn Qasim al-Ghazzi (918H) berkata dalam Fath al-Qarib:
والسّواك مستحبّ في كلّ حال ولا يكره تنزيها إلّا بعد الزّوال للصّائم فرضا أو نفلا، وتزول الكراهة بغروب الشّمس، واختار النّوويّ: عدم الكراهة مطلقا
"Bersiwak digalakkan pada setiap keadaan dan hukum bersiwak tidak makruh tanzih melainkan setelah zawal (setelah masuk waktu Zuhur) bagi orang yang berpuasa sama ada puasa wajib ataupun sunat. Hilang kemakruhan itu apabila telah terbenam matahari. al-Nawawi pula memilih pandangan tidak makruh bersiwak secara mutlak"
[Ibn Qasim, Muhammad bin Qāsim bin Muhammad Al-Ghazzi (2019), Fath al-Qarib al-Mujib fi Syarh Alfaz al-Taqrib, Beirut: Dar al-Minhaj, hal 74]
Ibn Naqib Al-Misri (769H) berkata dalam Umdah al-Salik:
ويكره ذوق الطعام وعلك وسواك بعد الزّوال
"Dan dimakruhkan mencicip (merasa) makanan, mengunyah makanan dan bersiwak setelah zawal (masuk waktu Zuhur)"
[Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Naqib al-Mishri (2015), Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik, Beirut: Dar al-Minhaj, hal 203]
Ulamak Syafieyah memakruhkan perbuatan bersiwak apabila telah masuk waktu zawal iaitu setelah masuknya waktu Zuhur.
Apakah dalil yang digunakan oleh ulamak Syafieyah memakruhkan perkara ini? Dalam kitab Busyra al-Karim, disebutkan dalil mengapa dimakruhkan perkara ini. Mereka berdalilkan hadith:
لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ المِسْكِ
"Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah daripada bau haruman kasturi."
[Riwayat Al-Bukhari, 1795]
Terdapat juga nukilan secara ringkas ikhtilaf perbezaan pandangan antara al-Izz Abd al-Salam dan Ibn al-Solah berkaitan bau mulut yang disukai Allah itu dimaksudkan pada hari kiamat ataupun di dunia.
ii. Pandangan kedua: tidak makruh untuk bersiwak setelah waktu Zuhur. Pandangan ini adalah pandangan mazhab Hanafi dan ikhtiarat (pandangan pilihan) Imam Nawawi yang merupakan salah seorang ulamak mazhab Syafie.
Sekiranya kita melihat berkaitan al-Nawawi dalam permasalahan yang lain, terdapat beberapa masalah tertentu yang mana ikhtiarat (pandangan pilihan Imam Nawawi) yang tidak dinisbahkan kepada pandangan muktamad mazhab Syafie.
Adakalanya Imam Nawawi memilih sesebuah pandangan itu kerana penghujahan dalil yang dilihat kuat dari sudut ijtihadnya sendiri.
Hasyiah al-Bajuri ialah kitab yang dijadikan rujukan penting untuk ahli ilmu yang bermazhab Syafie. Ketika Syaikh al-Bajuri memberi komentar terhadap ikhtiarat pandangan pilihan Imam Nawawi yang mengatakan tidak makruh secara mutlak, al-Bajuri berkata Hasyiahnya:
أي من جهة الدليل
"Imam Nawawi memilih pandangan tidak makruh kerana menilai dari sudut dalil"
[Ibrahim al-Bajuri, Burhanuddin Abu Ishaq Ibrohim bin Muhammad bin Ahmad Al-Bajuri Al-Manufi Al-Mishri (2015), Hasyiah al-Bajuri, Lubnan: Dar nur al-Sobah, jil 1, hal 136]
Ada nukilan yang disandarkan kepada Imam Syafie yang secara mafhumnya beliau berpandangan tidak makruh bersiwak walaupun pada waktu petang. Imam Nawawi mengkritik penyandaran ini kepada Imam Syafie.
Imam Nawawi (676H) berkata:
وهذا النقل غريب وإن كان قويا من حيث الدليل
"Nukilan (perkataan yang disandarkan kepada Imam Syafie) ini adalah gharib, walaupun pandangan ini kuat dari sudut dalil"
[Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (2005), Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab, Beirut: Dar al-Fikri, jil 2, hal 341]
Dapat kita ketahui, menurut Imam Nawawi pandangan tidak makruh untuk bersiwak setelah masuk waktu Zuhur ini lebih kuat dari sudut dalil.
2. Apakah hujah yang digunakan oleh ulamak yang tidak memakruhkan bersiwak setelah waktu Zuhur? Antara dalil yang digunakan untuk mengharuskan bersiwak setelah waktu zohor adalah:
Daripada Abdullah bin Amir bin Rabiah daripada ayahnya, dia berkata bahawa:
عن عبد الله بن عامر بن ربيعة عن أبيه قال رأيت النبي صلى الله عليه وسلم ما لا أحصي يتسوك وهو صائم
"Aku pernah melihat Rasulullah bersiwak sedangkan baginda dalam keadaan puasa hingga aku tidak dapat menghitung jumlahnya"
[Hadith Riwayat Tirmizi, 725]
Hadith ini dinilai sebagai Hasan oleh al-Tirmizi. Walau bagaimanapun terdapat kritikan pada sanad hadith ini kerana terdapat perawi yang bernama 'Asim bin 'Ubaidullah yang dikriitk oleh ulamak hadith berkaitan hafalannya.
Terdapat dalil lain yang sahih dalam bab ini menerangkan tentang kelebihan bersiwak.
Rasulullah bersabda:
لَوْلَا أنْ أشُقَّ علَى أُمَّتي أوْ علَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بالسِّوَاكِ مع كُلِّ صَلَاةٍ
"Sekiranya tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk bersiwak sewaktu setiap kali ingin menunaikan solat"
[Riwayat Bukhari 887]
Berdasarkan dalil ini sebahagian fuqaha membenarkan bersiwak setelah zawal (setelah masuk waktu Zuhur) kerana hadis ini bersifat mutlak. Tidak ada hadith yang soreh berstatus sahih melarang secara mutlak untuk bersiwak setelah masuknya waktu Zuhur.
3. Imam Ibn Roslan menyebutkan dalam Matan al- Zubad yang merupakan salah satu matan dalam mazhab Syafie:
أمّا استيك صائم بعد الزّوال
فاختير لم يكره ويحرم الوصال
"Adapun bersiwak bagi orang yang berpuasa setelah zawal (setelah masuk waktu Zuhur),
Maka terdapat orang yang memilih pandangan yang tidak makruh. Adapun puasa wisol hukumnya adalah haram"
Dalam matan di atas disebutkan terdapat pandangan yang tidak memakruhkan bersiwak setelah waktu Zuhur. Untuk mengetahui maksud teks di atas, kita perlu meneliti syarahnya.
Salah satu syarah kepada Matan al-Zubad adalah Fath al-Rahman. Syarih (iaitu pensyarah kepada Matan al-Zubad) menyenaraikan antara ulamak mazhab Syafie yang memilih pandangan menyatakan tidak makruh. Antaranya adalah:
- Al-Nawawi
- Ibn Abd al-Salam
- Abu Syamah
[Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Hamzah al-Ramli (2009), Fath al-Rahman bi Syarh Zubad Ibn Roslan, Beirut: Dar al-Minhaj, hal 480]
Kesimpulan:
- Menurut pandangan mazhab Syafie, makruh bersiwak setelah zawal (apabila masuk waktu Zuhur)
- Mazhab Hanafi dan Ikhtiarat (pandangan pilihan) ulamak mazhab Syafie seperti Imam Nawawi, tidak makruh bersiwak walaupun setelah waktu Zuhur.
- Saya cenderung kepada mazhab Hanafi kerana bau mulut orang berpuasa datangnya dari perut bukannya mulut. Ia kekal ada walau setelah bersugi.
Moga bermanfaat.
Dr Rozaimi Ramle

Ahli Parlimen Sg Petani beri bantu mangsa ribut




Ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul semalam memberi bantuan wang tunai kepada mangsa mangsa ribut di sekitar Sg Petani bersama ADUN Bukit Selambau, Summugam Rengsamy.

Katanya, kejadian ribut yang berlaku pada 1 April lalu itu telah merosakkan banyak rumah terutamanya di Taman Songket

"Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban bagi membantu kerja-kerja baikpulih kediaman mereka yang mengalami kerosakan.

"InshaAllah, dalam masa terdekat, sumbangan serta bantuan bagi fasa berikutnya akan diteruskan di lokasi lain yang turut terjejas.

"Terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bekerjasama menyalurkan maklumat mengenai mangsa-mangsa yang terlibat bagi membantu memudahkan serta melancarkan urusan penyaluran bantuan," katanya.

 

Mahkamah benar pendakwaan fail hujah tambahan kes rasuah Rosmah

 


Pihak pendakwaan akan memfailkan hujahan bertulis terhadap Rosmah
 Mansor selewat-lewatnya 22 April dan pembelaan boleh menjawab
 selewat-lewatnya 12 Mei. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan rasuah dihadapi Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion ditangguhkan kepada 12 Mei kerana pihak pendakwaan mahu memfailkan hujahan tambahan.

Mahkamah Tinggi hari ini sepatutnya dijadualkan mendengar pihak pembelaan dan pendakwaan membuat hujahan lisan sebelum tarikh untuk keputusan ditetapkan.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn berkata, hakim perbicaraan Zaini Mazlan membenarkan permohonan pihak pendakwaan itu dalam kamar.

“Hakim membenarkan permohonan kami untuk memfailkan hujahan tambahan sebagai respons kepada kes pembelaan,” katanya kepada wartawan.

Pihak pendakwaan mesti memfailkan hujahan bertulis selewat-lewatnya 22 April dan pihak pembelaan boleh menjawab selewat-lewatnya 12 Mei.

“Sebutan akan dibuat pada 12 Mei dan jika perlu, pihak-pihak terbabit boleh membuat penjelasan mengenai hujahan mereka,” kata Poh.

Rosmah, 70, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau juga didakwa menerima rasuah berjumlah RM5 juta daripada Saidi melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Dis 2016.

Rosmah dikatakan menerima RM1.5 juta lagi daripada Saidi di Jalan Langgak Duta, di sini, pada 7 Sept 2017.

Pendakwaan telah memanggil 23 saksi dan dua oleh pihak pembelaan.

Tol tidak naik di 4 lebuhraya: 'Kerajaan PH rancang beri 30% diskaun'

 


Pengumuman Perdana Menteri semalam bahawa empat lebuhraya iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP) tidak akan dinaikkan kadar tol sehingga tamat tempoh konsesi jelas merupakan penerusan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk mengurangkan beban rakyat ketika menjadi kerajaan dahulu, diteruskan kerajaan semasa.


Menurut Majlis Presiden PH keempat-empat lebuhraya tersebut yang akan diambil alih oleh sebuah entiti telah dicadangkan untuk dikurangkan harga tol.


"Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) akan mengambilalih keempat empat lebuhraya tersebut pada nilai RM5.48 bilion. Ini merupakan kesinambungan kepada usaha yang dimulakan Kerajaan PH pada Oktober 2019 di mana Majlis Jemaah Menteri pada ketika itu memutuskan secara dasar untuk memulakan proses mengambil alih lebuhraya-lebuhraya berkenaan.


"Maka apa yang diumumkan ini adalah dasar PH yang diteruskan hingga ke penghujungnya," kata Majlis Presiden.


Menurut mereka lagi, sekiranya PH dibenarkan memerinmtah sehingga ke akhir penggal maka tidak mustahil semua konsesi tol di Malaysia akan sama ada dikekang kenaikan tanpa kerajaan membayar pampasan, atau dikurangkan nilai harga tol bagi lebuh raya yang telah lama beroperasi.


"Ini membuktikan jika PH terus mentadbir lebih dari 22 bulan dan Langkah Sheraton tidak berlaku, pelbagai dasar yang membantu meringankan beban rakyat akan dapat dilaksanakan.


"Sebagai contoh, Kerajaan PH telah memulakan usaha menamatkan konsesi lebuhraya dengan mengurangkan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebanyak 18% pada 2020. Malah PH telah merancang untuk memberi diskaun 30% dan tol percuma selama 16 jam sehari di empat lebuhraya ini," katanya.


Justeru, Majlis Presiden mendesak Kerajaan Persekutuan memberi diskaun tol sebagaimana yang dirangka kerajaan PH terdahulu.


"Kami menggesa Kerajaan untuk memberi diskaun tambahan kepada pengguna empat lebuhraya ini, serta memberi penjelasan penuh ke Parlimen berhubung hakmilik ALR, terutama dari sudut kewajipan kewangan dan ketelusan perbelanjaan ALR," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADIILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.

Untuk Apa Sidang Khas Parlimen 11 April?


 Oleh: Hassan Abdul Karim


ULASAN: Ahli-Ahli Dewan Rakyat telah menerima surat bertarikh 25 Mac 2022 dari Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 April 2022.


Untuk apa sidang khas itu diadakan?


"Urusan-urusan yang akan dibawa untuk Mesyuarat Khas tersebut adalah Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 berkait anti lompat parti dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri." Demikianlah antara lain kandungan surat Setiausaha Dewan Rakyat tersebut.


Apa makna ini semua dari segi politik?


Ini bermakna Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH), ringkasnya MoU memberi hasil dan manfaatnya.


Kalau tak ada MoU tersebut, mungkin tidak ada sidang khas Parlimen untuk membincangkan dua perkara penting sehingga perlu dipinda Perlembagaan Persekutuan.


Adakah usaha untuk menggagalkan sidang?


PH tidaklah boleh mendabik dada ini kejayaannya sahaja. Kalau sidang khas parlimen pada 11 April ini berlangsung, maka Perdana Menteri (PM) Ismail Sabri Yaakob juga wajar diberi penghargaan. Kenapa saya berkata begitu?


Jika RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan)2022 berkait anti lompat parti dan pengehadan jawatan Perdana Menteri dapat dibentangkan di Parlimen, ia bermakna Perdana Menteri telah berjaya mendapat persetujuan Jemaah Menteri pimpinannya. Tanpa persetujuan Jemaah Menteri tidak mungkin suatu RUU boleh dibentang di Parlimen.


Adakah mungkin ada usaha sesetengah pihak untuk menggagalkan sidang khas Parlimen pada 11 April itu nanti?

Hassan Abdul Karim

Dalam politik, segalanya mungkin berlaku, apatah lagi sidang khas 11 April nanti amat berkait soal politik kerana ia berkait isu “katak lompat” atau Ahli Parlimen melompat ke parti lain.


Selain itu, soal PM tidak boleh jadi Perdana Menteri melebihi 10 tahun akan dibahas dan diputuskan juga. Malaysia dalam sejarahnya selama 65 tahun pernah menyaksikan PM keempat berkuasa selama 22 tahun. Ini semua tentu soal politik.


Adakah mana-mana parti politik yang tidak setuju atau secara lembut dikatakan tidak selesa dengan undang-undang anti-lompat parti itu?


Umno-BN sokong RUU


Dari apa yang tersiar di media arus perdana dan media sosial, Umno dan Barisan Nasional menyokong undang-undang Anti Lompat Parti. Kenapa? Umno-BN amat terkesan dengan 15 orang Ahli Parlimennya melompat ke parti Bersatu ketika Bersatu di dalam Kerajaan PH selepas PRU-14, tahun 2018. Bagaimana pula dengan Pakatan Harapan (PH)?


Parti-parti dalam gabungan PH sudah tentu akan menyokong sepenuhnya RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 berkait anti lompat parti. Malah majlis Presiden PH pernah mengeluarkan kenyataan bahawa MoU akan ditamatkan segera jika Kerajaan Persekutuan gagal membentangkan RUU Anti-Lompat Parti di Parlimen.


Dengar khabar, Parti Pejuang yang ada empat orang Ahli Parlimen juga akan menyokong RUU ini. Begitu juga dengan Warisan.


Malahan jika kerajaan Ismail Sabri buat u-turn dengan membatalkan sidang khas Parlimen 11 April akan datang, ia akan memberi peluru kepada Parti Warisan untuk menempelak PH. PH akan ditertawakan oleh saingannya di blok pembangkang (seperti Warisan, Pejuang dan Muda) kerana PH kelihatan berjaya ditipu hidup-hidup oleh Ismail Sabri Yaakob. Tetapi adakah Ahli Parlimen Bera sanggup korbankan nama baik dan rekodnya sebagai PM dan sanggup dituduh oleh rakyat nanti sebagai Perdana Menteri yang penakut dan mungkir janji?


Komponen pemerintah ada tidak setuju?


Jadi siapa yang sebenarnya tidak selesa dengan RUU Anti-Lompat Parti ini? Pada pandangan dan hemat saya dan setelah mendengar khabar-khabar tidak rasmi dan tidak sahih, atau dengar khabar atau hearsay, nampaknya Parti Bersatu pimpinan Muhyidddin Yassin yang tidak setuju dengan undang-undang anti-lompat parti. Kita pun faham mengapa Parti Bersatu tidak suka undang undang ini.


Kita lihat sejarah. Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 lalu, Bersatu hanya ada 13 orang Ahli Parlimen sahaja seluruh negara hasil pilihan rakyat. Pengerusi Bersatu waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi PM atas persetujuan gabungan PH yang menang majoriti.


Selepas langkah Sheraton pada Februari 2020, Muhyiddin Yassin berjaya menjadi PM kelapan adalah kerana Parti Bersatu yang beliau pimpin ada 15 ahli parlimen Umno yang melompat ke Bersatu. Kemudian ada 10 Ahli Parlimen dari KEADILAN yang digelar "kumpulan Kartel" telah meninggalkan parti dan melompat ke Bersatu. Ertinya dengan adanya Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti itulah membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk dan Muhyiddin menjadi PM.


Berbalik kepada sidang khas 11 April ini nanti, adakah cukup bilang untuk kelulusan dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk meluluskan RUU Anti-Lompat Parti itu?


PH sokong sepenuhnya


Seramai 148 undi ahli parlimen menyokong di Dewan Rakyat diperlukan untuk Rang Undang-undang tersebut diluluskan. PH telah komited untuk memberi sokongan 100 peratus. Jika ada Ahli-ahli Parlimen yang ingkar akan dianggap melakukan kesalahan melanggar arahan parti dan mungkin disusuli dengan tindakan disiplin.


Bagaimana jika ada Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan pula yang menentang dalam pengundian? Atau berkecuali atau tidak hadir sidang untuk elak dari mengundi?


Adalah tidak molek, malah comot kelihatan dan akan memalukan Perdana Menteri Ismail Sabri sekiranya RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 diluluskan dengan majoriti dua pertiga hasil dari sokongan padu Ahli Parlimen PH dan Ahli Parlimen parti-parti pembangkang lainnya, tetapi malangnya di pihak kerajaan ada pula yang menolak dan cuba menggagalkannya.


Jadi bola sekarang di gelanggang PM Ismail Sabri Yaakob untuk memperkemaskan sokongan di pihak kerajaan supaya rakyat melihat MoU antara Kerajaan dan PH adalah sesuatu yang baik dan memberi hasil positif kepada perkembangan politik negara, amalan demokrasi dan mandat rakyat dalam pilihan raya supaya diletakkan di tempat yang dimuliakan.


Sama-samalah kita melihat apa yang akan berlaku pada hari Isnin, 11 April nanti.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang