Nadir bumi: Tidak boleh dieksport, hanya MB Sanusi sibuk, negeri lain senyap





Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor sewajarnya mencontohi rakan sejawatannya di beberapa buah negeri lain yang mempunyai hasil nadir bumi tetapi tidak mengumumkannya kepada rakyat.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, hal itu kerana nadir bumi tidak dibenarkan untuk dieksport oleh Kerajaan Persekutuan kerana logam tersebut berharga murah jika dijual sebelum diproses.


Oleh kerana itu, jelasnya, negeri seperti Perak yang memiliki hasil sama hanya berdiam diri.


"Nadir bumi ada banyak di negara kita. Di Perak ada, di Negeri Sembilan pun rasanya ada sikit. Itu yang Sanusi rasa hebat sangat kerana dia akan jadi Menteri Besar negeri terkaya. Sebab dia tengok secara geologi, ada (sejumlah besar) nadir bumi.


"Kita tahu nadir bumi dah lama. Negeri lain pun ada tetapi dia ikut peraturan. Peraturannya kita tidak boleh jual dan tidak benarkan eksport. Kuasa eksport kuasa Kerajaan Persekutuan. Kita tak nak hasil ini dipunggah tanpa diproses di negara kita


"Kalau biarkan dieksport ke negara lain sekejap sahaja habis hilang.


"Sebab kalau jual mentah harga dia murah. Kalau proses sampai jadi nadir bumi jadi gred industri, harganya beribu kali ganda," katanya dalam ceramah Jelajah Madani DUN Pilah di Negeri Sembilan malam tadi.


Bagaimanapun, kata Rafizi, masalah berlaku apabila pekerja yang dibawa masuk ke Kedah dari China dengan alasan ekplorasi nadir bumi di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri telah mencuri logam tersebut.


Hal itu, katanya, diketahui oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga orang Kedah dan tidak rela hasil bumi negeri itu dipunggah begitu sahaja.


Masalah menjadi lebih berat, dakwa Rafizi, apabila terdapat surat menyurat terkait MB dan KDN berhubung isu pekerja dari negara China dan sebagainya.


"(Dalam hal ini) saya yakin orang biasa dapat bezakan siapa berbohong atau siapa sembang kencang. Saya tak pernah mengaku panglima hebat, angkat tangan (ala Anwar) nak lawan.


"Saya kalau polis telefon, saya angkat. Ini sembang kuat, polis telefon 'saya tak nak pergi balai'. Padan muka kena tangkap


"Saya tengok dia maki hamun tiap tiap hari, saya ajak dia berdebat. Sebab cara cerita, dia nak kalih isu REE biar hilang, isu MBI terpalit kumpulan China. Kita ajak berdebat, tak berani pula," katanya.


Justeru, pesan Rafizi kepada Sanusi jangan cuba alihkan isu REE kerana hal itu adalah benar.


Biarpun ketika ini Sanusi digilai di TikTok dengan jutaan pengikut, katanya, sekiranya kelak beliau didakwa dan dihukum maka beliau akan bersendirian menerima hukuman.

KFC naik harga ke?Tak kan walaun makan hari hari.

 KFC naik harga ke?



Kalau ayam turun harga dikatakan sebab nak PRN, ni boleh la kata KFC naik harga sebab nak tolong PN dalam PRN nanti yek?


Tak mati pun tak makan KFC. Goreng je la sendiri. Ayam dah murah. Bodoh la makan benda mahal kalau tau tak mampu. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


KEMPEN PERKAUMAN MAKAN DIRI



Norman Radzuan.



Kejadian menimpa Dominic, MCA & MIC ambil pengajaran

PEMIKIRAN PAS TIDAK SESUAI DI NEGARA INI


5 kali saya menonton klip video Dominic tidak dibenarkan hadir atau dihalau dari majlis Ceramah Perdana PN. 


“ Tak boleh kamu boleh pergi…” !


Saya bukan penyokong PN tetapi saya benar2 simpati dgnnya. Saya tidak sanggup melihat wajah seorang Presiden Parti komponen dihalau oleh rakan partinya sendiri. Sdgkan rakan Presiden partinya yg selalu duduk semeja di mesyuarat tertinggi parti berada di atas pentas.


Saya pasti situasi ini benar2 merunsingkan Bersatu. Strategi Bersatu itu betul iaitu meletakkan seorang Presiden di kerusi selamat bagi mewakili kaum Cina di  Pulau Pinang agar PN tidak dilihat sebagai parti satu kaum.


Sepertimana PAS dahulu meletakkan Mat Sabu, Dr Hatta Ramly atau skg Wan Ahmad Fayhsal di Kelantan. Ia bagi membolehkan mereka berada di Dewan Rakyat.


Saya yakin Muhyiddin mahupun Azmin dan Hamzah tahu strategi kempen perkauman yg keterlaluan ini akan memakan diri. Terbukti ia berlaku kpd rakan komponen mereka sendiri. 


Muhyiddin tahu strategi sentimen MELAYU ini tidak akn diterima oleh Melayu bandar, masyarakat Borneo ( Sabah/Sarawak) dan bangsa bukan Melayu di Semenanjung. 


Muhyiddin juga tahu PN tidak boleh menjadi kerajaan tanpa sokongan pelbagai kaum di negara ini. Beliau hanya boleh menarik parti Sabah dan Sarawak dgn cara ‘scheme of things’ yang dijadikan asas politik Perikatan Nasional (PN). 


Namun apa pilihan yg Muhyiddin ada? Mahu bekerjasama dgn PH? …dia mahu menjadi Perdana Menteri. Lalu dia seret PAS utk menolak menubuhkan kerajaan Perpaduan. 


Muhyiddin yakinkan Hadi mereka sudah cukup jumlah. Malah PN membuat provokasi bahawa kerajaan Perpaduan akn tumbang bulan Januari, bulan Ramadhan, selepas Raya dan terbaru Ogos.


Sebenarnya provokasi itu bukan sahaja utk menyakinkan org Melayu yg pro PN terutama ahli PAS tetapi menyakinkan Hadi dan pemimpin2 PAS utk terus setia dgn Bersatu. Tanpa PAS parti Bunga ini tidak mampu memenangi walau satu kerusi.


PARTI BUKAN MELAYU AMBIL PELAJARAN


Peristiwa yg berlaku kpd Dominic pasti akan membuka mata Presiden MCA, Wee Ka Siong. Wee Ka Siong tahu ideologi PAS tidak akn diterima bangsa Cina. Tapi dia seperti Muhyiddin tiada pilihan kerana dia tahu MCA sgt lemah berbanding DAP.


Bila Dominic dihalau dlm kempen pilihanraya… Wee Ka Siong mesti sedar mereka juga akn menerima nasib yg sama.


Datuk Johari Ghani yg agak ‘dingin’ dgn kerajaan Perpaduan… terbaru secara terang terangan memberitahu pada awalnya dia tidak yakin dgn kerajaan Perpaduan tetapi kini tidak lagi.


Jo Ghani baru2 ini menzahirkan rasa terkejut dan menaruh harapan penuh melihat keihklasan PH bekerjasama dgn UMNO khasnya.


Jo Ghani terkejut apabila di Selangor PH sanggup menyerahkan 7 kerusi kpd UMNO. Lebih mengejutkan DAP sangggup menyerahkan kerusi selamatnya kpd UMNO. Sdgkan di dlm PN, penyokong PAS sabotaj dan malah menghalau Presiden parti komponennya dari menghadiri ceramah Mega mereka.


BAHAYA CORAK PEMIKIRAN PAS


Ideologi kebencian yg kita tahu fitnah, maki hamun, body shaming, perkauman dan memainkan sentimen agama ia ‘bahaya’ utk masa depan sebuah negara yg berbilang kaum.


Pelbagai peristiwa dpt kita lihat… pemimpin mereka seringkali didakwa di mahkamah kerana memfitnah hingga tewas kes saman. Sdgkan mereka mengaku pejuang Islam. 


Tetamu dtg bukan tidak disambut malah dihalau. Yg dihalau itu adalah rakan perjuangan mereka. Sdgkan mereka mengaku pejuang Islam. 


Peristiwa berlaku kpd Dominic itu kerana pemimpin PAS sendiri sudah tidak mampu mengawal perasaan kebencian ahlinya yg ditanam kebencian antara kaum. Saya dpt lihat raut wajah Idris Ahmad yg terkejut dan tidak bersetuju dgn tindakan Setiausaha Pas PP.


Menurut Malaysiakini, ketika Idris hendak mengiringi Dominic ke atas pentas, Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim menuju ke arahnya dan dgn tegas memberitahunya, “Yg tidak diundang, sila tunggu sini."


Ada yg cuba membantah tetapi Iszuree membalas, ..”tak boleh, kamu pergi!". Idris kemudian diiringi ke atas pentas, manakala Lau sekadar memandang, dan mengekalkan senyuman. 


Apa terjadi kpd Dominic ia tak ubah sepertimana filem Pendekar Bujang Lapuk. Ramle, Sudin dan Aziz ditanam ketaatan tanpa perlu bahas sehingga menjadi taksub kpd guru mereka Pendekar Mustar. Akhirnya ia memakan diri kpd Pendekar Mustar apabila perkara yg benar2 berlaku dianggap ‘COBAAN’.


Jika Muhyiddin bersetuju dgn corak pemikiran yg ditanam ke minda ahli PAS hanya kerana cita2 utk menjadi PM… beliau sebenarnya sdg membawa Malaysia ke belakang dan malah ‘kehancuran’ .


Negara Malaysia ideologi yg ditanam ke minda org Melayu dgn sifat perkauman hanya membuatkan negara ini tidak boleh menjadi sebuah negara maju. Tanpa perpaduan antara kaum dan pemikiran ektrimis bangsa dan agama…. negara Malaysia hanya akn menuju kehancuran.



CERITA HADI AWANG DILARANG KE ARAB SAUDI. INI SURATNYA .





 Cerita Hadi Awang diharamkan untuk menjejakkan kaki ke bumi Arab Saudi ni dah lama dengar. Tapi tak pernah ada sesiapa datangkan bukti. Sampailah aku diberi surat daripada Kedutaan Arab Saudi ini.


Para 3 surat ini menyebut permohonan rombongan kerajaan Malaysia untuk melawat Arab Saudi telah ditolak atas alasan menjaga keselamatan negara itu. Biar betul? Takkan Hadi dikira pengganas?


Apa sebab sebenar Hadi disenarai hitamkan, aku tak pasti. Tapi rasanya, ada kemungkinan  Raja Arab Saudi pun kena hukum kafir dan masuk neraka lepas ni. Sebab pada walaun, cuma ada dua rules.


1. Hadi Awang sentiasa betul, orang lain semua salah.


2. Kalau Hadi Awang salah, rujuk rule nombor 1.


Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



SEMBANG BMF- KEPERLUAN ASAS PUN GAK TAU.BENGONG.

 









MMMS


Ini masalah dengan lebai, mereka sembang BMF lepas tu itu mereka sendiri tak buat apa yang mereka sembang. Sudahlah tu taste T20 nak makan kicap lee kum kee selected dark soy sauce dan lee kum kee selected first draw soy sauce, mana dulu nasihat 2019 suruh beli barangan BMF??


Minyak masa terang-terang tulis RM26.99, sudah murah sekali ganda dari zaman PN 42.50. Ini pun jenis tak reti bersyukur siap buat #mahaldahni. Tak tahu malu ke pada penyokong-penyokong?


Akhir sekali beli Nutella 350G RM18.90, sejak bila Nutella ini bahan keperluan asas? Kalau dah tak mampu, gaji B40 beli la Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread, baru 13.70 sahaja. 


Bila dah kantoi tak tahan kena kecam, terus delete tak ada permohonan maaf. Ingat delete Malaikat tak sempat catat ke?


Semoga semua lebai dan lebainita kalah PRN kali ini!.



PN CING KAWAN


 

WALAUN YANG RAJIN DOK PI CIUM BAU SAMPAH JAM 3 PAGI GIGIH PULAK PRIHATIN BAB ECRL. TAK LALU DAN TAK BUAT LAGI WALAUN...


 

SULTAN BRUNEI MELAWAT MALAYSIA.


 

PADAN MUKA HANG NAK BERKAWAN SANGAT DENGAN PAS. KAN DAH KENA CING


 

ISU YANG MELANDA KELANTAN. HARUS DI SELESAIKAN.


 

LEBAI SEMBANG BABI PUN BOLEH TERBANG





Dengan penuh confident. Mereka kata mereka akan menang 5-1. Nak rampas Selangor dan N9. 


Lepas tu akan tumbangkan Kerajaan Persekutuan bulan 8. 


Tak belajar langsung ketika Langkah Syaitan. 


Tak langsung nak dengar titah Agong dan Majlis Raja2 supaya Kerajaan perlu dikekalkan untuk kestabilan. 


Tak belajar episod 5 tahun lalu, sampai 3 Perdana Menteri. Nak Negara haru biru lagi. 


Pada saya senang, Golongan Atas Pagar perlu bangkit hukum mereka2 ini. 


Yang tak reti hormati mandat rakyat, pilihanraya baru habis 8 bulan dulu. 1 bilion habis. Lepas tu, dilanggar keputusan Agong untuk tubuh Kerajaan Unity. 


Mereka ingat negara ini mereka saja yang punya. Hanya sebab kemaruk berkuasa. 


Dapat keputusan 3-3 pun dah cukup. Agar terduduk mereka. 


~LM~


MASA BILLIE EILISH DATANG , HANG LARI DOK LAM GUA MANA ?

 





Ahmad Fadhli Shaari desak Fahmi Fadzil letakkan jawatan sebab perbuatan biadab The 1975. Selain itu persoalkan kebenaran Cold Play yang akan buat persembahan di Malaysia. Alasannya, kedua-dua kumpulan ini menyokong LGBT.


Cuma nak tanya, masa Billie Eilish dulu datang buat persembahan di Malaysia, menteri mana yang letak jawatan? Billie Eilish pun sokong LGBT. Siap kibar bendera pride lagi masa konsert tu. Takkan orang lain kena letak jawatan, time dia ok je.


Satu lagi, menteri KKD kena letak jawatan kerana perbuatan biadab kumpulan The 1975. Habis tu MB dari PAS biadab kepada Sultan Selangor atas tu tak perlu letakkan jawatan ke? Yang walaun libatkan Sultan Perak dalam kempen, tak apa?


Kebiadaban MB dari PAS dan walaun tu sampaikan pihak istana sendiri buat laporan polis. Bererti itu bukan permainan politik lagi dah. Istana memabg tersinggung dengan kebiadapan ahli dan pemimpin PAS. Ada pemimpin PAS ambil tanggungjawab?


Siap sokong lagi. Macam galakkan ahli lain supaya tak hormat Institusi Di Raja. Patut seluruh barisan kepimpinan PAS daripada Presiden sampai ke AJK letak jawatan. Sebab perbuatan PAS biadab kepada istana dah jadi budaya. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MUHYIDDIN BUKTIKAN KAMU TIDAK RASUAH DAÑ KAYAKAN KELUARGA KAMIU


 

DARI MAJLIS PERBANDARAN KLANG , AKAN NAIK TARAF SEBAGAI MAJLIS BANDARAYA KLANG.TU BARU MAJU.


 

TANYA BAB EKONOMI ZERO.

 



Bila di tanya ttg ekonomi, 

perancangan masa depan utk kawasan,

tanya pasal duit peruntukan Pusat Khidmat ADUN Terengganu,


Terus dia buat status gitu ..konon masa dia belajar di iraq masa tu tgh perang .


Nampak x lagu mana puak2 tonggang agama ni kalih isu ...



Tiada halangan taja graduan TVET sambung pengajian luar negara




 Tiada sebarang halangan di pihak kerajaan bagi menaja graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyambung pengajian ke luar negara.

Menurut perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan menumpukan kepada usaha melatih seberapa ramai tenaga mahir dalam negara dan penajaan itu ketika ini bukan satu keutamaan.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan mengambil perhatian terhadap isu itu dan melihat sekiranya ia boleh dilakukan.


"Kalau ada keperluan tajaan dalam bidang tertentu yang tidak ada keupayaan dalam negara dan perlu dilatih di luar negara seperti China, Arab, Amerika Syarikat atau Eropah, saya tidak ada masalah. Kita boleh hantar.


"Asyraf Wajdi (Pengerusi MARA) akan mulakan program itu dalam kalangan (pelajar) di bawah kendalian MARA, kita akan cuba hantar.


"Tetapi di peringkat sekarang, kita tidak fikir ia terlalu mendesak kerana kita mahu bawa kepakaran dan kemahiran itu (dari luar negara) melatih jumlah yang lebih ramai," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke program Temu Anwar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Kuantan pada Selasa.


Mengulas lanjut mengenai peluang graduan menjalani latihan lanjutan, Anwar memberitahu, syarikat pengeluar automobil China, Geely yang melabur di negara ini ada membuka tajaan graduan dalam bidang teknikal.


"Menurut Geely, mereka mahu ambil 300 lulusan kejuruteraan universiti dan TVET untuk dibawa ke Universiti Geely di negara China untuk diberi latihan tambahan. Kita tidak menghalang sama-sekali.


"Kita iktiraf kelulusan TVET itu dan tidak benar untuk katakan kita tidak iktiraf (kelulusan dari China)," tambahnya.


Selain itu, Anwar turut menegaskan bahawa peluang pekerjaan bagi graduan TVET akan diperluaskan dengan komitmen daripada syarikat-syarikat Jepun yang ada di Malaysia.


Hal tersebut akan direalisasikan melalui program pengembangan industri bernilai RM28 bilion bermula tahun ini yang melibatkan sekitar 15 buah syarikat korporat besar Jepun.


Pelaburan juga mula memasuki pasaran Malaysia dari Arab Saudi dan Amerika Syarikat juga kata Anwar akan terus memberi manfaat kepada tenaga buruh dalam negara khususnya graduan TVET.

KES DANA JUDI: BILA PN NAK SAMAN PM?



 


Pemimpin Perikatan Nasional (PN) pernah mengancam untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa gabungan itu memperolehi dana daripada syarikat perjudian sewaktu menjadi kerajaan pada 2020 hingga 2022 lalu.

Sehubungan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mempersoalkan mengapakah PN masih belum menyaman PM sehingga ke hari ini.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi berkata, sekiranya dakwaan dana judi tersebut tidak benar blok pembangkang wajar mengambil tindakan undang-undang demi mempertahankan imej mereka.

“PM (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cabar kalau PN berani mempertahankan maruah mereka di mahkamah sebagai sebuah parti yang bersih.

“Tapi kita sedia maklum PN ini suka berkokok di sosial media, bila kita minta berhadapan dengan proses betul (ke mahkamah) mereka lari dan beri beribu alasan,” katanya.

Nabil juga tertanya tanya apakah sikap pemimpin PN terhadap isu penggunaan dana judi, rasuah dan sebagainya adalah dengan mendiamkan diri.

Beliau memberi contoh pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 membabitkan seorang wakil rakyat Pas-PN di Parlimen Kuala Terengganu akibat didapati menyogok pengundi, tidak dirayu di mahkamah yang lebih tinggi.

“Contoh paling mudah kita ambil Kuala Terengganu, PN kalah di mahkamah dan terbukti menggunakan wang sogokan semasa pilihanraya lepas

“Tapi yang pelik dengan wakil rakyat terbabit beliau sendiri tidak merayu kes tersebut. Jadi kalau tak salah, kenapa tidak bawa pergi ke mahkamah rayuan?,” soalnya.

Justeru itu, kata Nabil, gabungan parti Pas-Bersatu tersebut hanya berani di sosial media tetapi gagal menunjukkan kredibiliti melalui kuasa undang-undang.

Terdahulu, pada Julai 16 lalu dalam ceramah pelancaran jentera pilihanraya Perpaduan Kedah, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar PN untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaannya parti itu menggunakan dana judi pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Jelas Perdana Menteri, beliau bersedia disaman sekiranya kenyataannya PN menerima dana daripada syarikat judi adalah fitnah.

Namun, sehingga kin, PN yang terkenal dengan slogan “Bersih dan Stabil” itu masih belum melakukan apa-apa tindakan berhubung dakwaan terbabit.



NELAYAN P PINANG TERLIBAT TAMBAKAN LAUT DAPAT MANFAAT SIMP


 Nelayan berkelayakan di Pulau Pinang yang terlibat projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) tetap akan mendapat manfaat pakej Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) seperti dijanjikan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mohd Sayuthi Bakar dalam satu kenyataan merujuk keputusan Kerajaan Negeri mengecilkan skop projek itu baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri selaku pemilik projek itu membuat keputusan tersebut dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 21 Jun lepas untuk mengekalkan pakej SIMP seperti yang diumumkan kepada nelayan dahulu.

“Keputusan ini bermakna pakej SIMP yang dijanjikan kepada nelayan tahap 1 dan 2 tidak berubah iaitu tekong dan awak-awak dari unit Permatang Tepi Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar, dan Gertak Sanggul tetap layak menerima manfaat untuk nelayan iaitu bantuan bot dan enjin serta jeti. Jumlah bantuan sagu hati juga tidak berubah,” katanya dalam kenyataan.

Kerajaan negeri pada Mei lalu memaklumkan projek itu yang membabitkan penambakan laut secara besar-besaran bagi membina tiga pulau buatan, dikecilkan kepada pembinaan sebuah pulau sahaja iaitu Pulau Silikon atau Pulau A, yang berkeluasan 920 hektar.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, projek membabitkan Pulau B yang berkeluasan 560 hektar dan Pulau C seluas 320 hektar tidak diteruskan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya Kerajaan Negeri mengkaji supaya skop PSI dikecilkan.

Sementara itu Sayuthi berkata, program bantuan bot dan enjin di bawah skim SIMP yang dirangka khas untuk nelayan dari kawasan PSI sememangnya dirangka khas untuk nelayan dari kawasan PSI.

Sumbangan peralatan lain seperti robot, sonar, dan sistem kedudukan global (GPS) di bawah skim sama bertujuan membantu golongan itu terutama nelayan selatan Pulau Pinang untuk mencari pendapatan.


KEADILAN Pulau Pinang yakin sapu bersih kerusi ditandingi



KEADILAN Pulau Pinang menyatakan keyakinan mereka mampu menang kesemua 13 kerusi yang dipertandingkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) akan datang.

Keyakinan itu dinyatakan Penasihat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Law Choo Kiang sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ramah Mesra Mantan ADUN dan Calon PRN15 Pulau Pinang di Bayan Lepas, pada Rabu.

“Saya yakin ini merupakan gabungan yang begitu kuat kerana kita ada calon daripada pelbagai latar belakang.

“Sasaran kita memang untuk menang semua kerusi lah dan kita tidak akan bertolak ansur kerana penggal sebelum ini juga kita telah memenangi kesemua kerusi,” katanya merujuk kebolehan calon-calon dinamakan termasuk muka-muka baharu.

Sementara itu jelasnya, semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada parti itu yang tidak dicalonkan bertanding pada PRN kali ini memberi sokongan kepada semua 13 calon yang telah diumumkan.

Malah kesemua bekas ADUN juga telah menyerahkan bilik gerakan pilihan raya berserta jentera mereka kepada calon-calon baharu yang akan bertanding PRN.

“Semua pihak akan bekerjasama termasuk cabang parti, rakan komponen parti dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dalam membantu calon-calon untuk memastikan kemenangan kepada parti,” katanya..