Calon KEADILAN DUN Saribas, Patrick Haji Kamis berjanji akan
melakukan reformasi insfrastruktur dan sosio ekonomi di kawasan berkenaan.
Menurut beliau, kaedah pengagihan tanah yang mengutamakan kroni
dan pemberian bantuan ekonomi akan ditangani dengan saksama sekiranya beliau
diangkat sebagai ADUN Saribas.
"Skim bantuan pertanian dan penternakan dibuat secara
diskriminasi dan eksploitasi. Kronisme dan monopoli juga wujud dalam pengagihan
dan pemilihan tanah lot untuk kediaman, sedangkan penduduk yang lebih
memerlukan tanah gagal dalam permohonon.
"Begitu juga ketirisan meluluskan projek Perumahan Rakyat
Termiskin (PPRT). Pemohon yang sepatutnya layak mendapat bantuan dipinggirkan
dan yang tidak menepati kriteria pemilihan diberi pemilikan dan didahulukan
sampai ada rumah yang dah berhantu pun tidak berpenghuni," katanya dalam
sdiang media pagi tadi.
elain itu, penganguran dalam kalangan belia di Saribas juga akan
ditumpukan dan cari jalan penyelesaiannya.
"Strategi drastik untuk membasmi pengangguran di kalangan
belia di daerah Saribas dan secara tidak langsung akan dapat menyelesaikan
masalah sosial setempat.
Model ekonomi komuniti luar bandar akan kami laksanakan
dengan memperkasa dan mempromosi produktiviti tempatan untuk menambahbaik
kualiti hidup penduduk serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.
"Pakej sokongan E-Perniagaan Percuma seperti Pakej Latihan
dan Bimbingan E-Digital Percuma juga akan disediakan.
"Termasuk latihan khas dianjurkan untuk wanita dan suri rumah
yang ingin berniaga melalui perniagaan kecil dan sederhana termasuk “cottage
industry”," katanya.
Di samping itu, cikgu Patrick juga berjanji akan memberi tumpuan
kepada merangka pelan strategik keselamatan dan kesejahteraan kampung serta
rumah panjang.
Beliau juga akan memastikan sistem pengurusan sisa pepejal,
perparitan, tebatan banjir, rungutan masalah tempat letak kenderaan di Debak
Baazar diperbaiki.
"Kami memberikan halatuju yang jelas untuk suatu perubahan di
Saribas dengan ikhlas, tanpa bermuka-muka dan saling tolong-menolong tanpa
memilih siapa kroni.
"KEADILAN untuk Sarawak, KEADILAN untuk Semua," katanya
lagi
Pihak polis hari ini mengesahkan telah membuka kertas siasatan, berhubung kejadian kes buli pelajar yang berlaku di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar, Perak.
Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis Kuala Kangsar telah diarahkan untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
Terkini! Mahathir dakwa Muhyiddin telah menunaikan janji
December 11, 2021
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengotakan janjinya, lapor portal MalaysiaNow.
Dr Mahathir berkata, perkara itu berkait tindakan Muhyiddin yang berjanji untuk tidak membantu membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pertuduhan jenayah yang didepaninya.
“Muhyiddin memberi jaminan kepada saya, beliau tidak akan masuk campur dalam perbicaraan Najib dan kes-kes mahkamah yang lain.
“Sekurang-kurangnya, dalam perkara ini, saya yakin Muhyiddin kotakan janjinya itu – beliau nampaknya menolak untuk gugurkan pertuduhan-pertuduhan terhadap Najib atau mendapatkan pengampunan bagi sabitan jenayahnya,” tulis pemimpin veteran itu dalam “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia“.
Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia merupakan memoir setebal 304 muka surat tulisan Dr Mahathir yang bakal dilancarkan.
Memoir berkenaan mengandungi rangkuman peristiwa sepanjang 15 tahun persaraannya sebelum kembali mengetuai tampuk pentadbiran negara pada 2018 dan kemudiannya meletakkan jawatan selepas 22 bulan.
Portal itu turut melaporkan, Dr Mahathir berkata, prinsip juga telah menyebabkan Muhyiddin tumbang pada Ogos lalu, apabila beliau terpaksa meletakkan jawatan selepas beberapa ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya yang didalangi Najib dan presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Apabila Muhyiddin menolak untuk menghentikan prosiding mahkamah terhadap Najib, Najib ugut untuk tarik sokongan terhadap gabungan itu mengakibatkan beberapa peristiwa terjadi menyebabkan Ismail Sabri naik ke tampuk kuasa,” kata Dr Mahathir.
Tambah Dr Mahathir seperti dilaporkan MalaysiaNow, beliau juga telah mengingatkan Muhyiddin untuk tidak mengambil risiko menerima sokongan Najib seiring usaha membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pada Rabu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengenepikan sabitan tujuh pertuduhan ke atasnya melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Sabitan yang dijatuhkan pada Julai tahun lalu itu turut dikekalkan iaitu hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta, namun pelaksanaan hukuman ditangguhkan.
Kerajaan setakat ini tidak berhasrat untuk menarik balik sebarang kelulusan berkaitan pelesenan penjualan minuman keras, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Malah, beliau turut menafikan tohmahan yang menuduhnya telah bertindak membatalkan perkara berkaitan aspek pelesenan tersebut.
Jelas beliau, dasar sedia ada telah menggariskan bahawa penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu mempunyai lesen di bawah Akta Eksais 1976 dan sebarang pelesenan penjualannya perlu mendapat kelulusan Lembaga Pelesenan selaras dengan Seksyen 35, Akta Eksais 1976.
Aspek pelesenan penjualan minuman keras itu adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan yang dilantik oleh perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah yang diwartakan pada 1977, kata beliau.
“Sehubungan itu, dakwaan atau tohmahan bahawa Menteri Kewangan telah membatalkan perwakilan kuasa tersebut adalah tidak benar. Terdapat kekeliruan dalam pelaksanan dan penguatkuasaan lesen penjualan minuman keras ini di peringkat negeri.
“Saya ingin memberi jaminan sekali lagi bahawa perwakilan kuasa melalui perintah yang diwartakan pada 1977 masih kekal.
“Saya juga telah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan kekeliruan ini tidak berulang dan pelesenan penjualan minuman keras kekal di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan,” katanya pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, seperti dipetik Bernama hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Tony Pua Kiam Wee (PH-Damansara) mengenai alasan Kementerian Kewangan tidak membatalkan secara langsung perintah pelesenan penjualan minum keras supaya tiada kuasa perlu diturunkan kepada kerajaan negeri.
Pada Selasa lepas, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi catatan di laman Facebook beliau, memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengarahkan JKDM untuk membatalkan dasar baharu pelesenan arak untuk restoran dan kedai kopi.
Menurut Tengku Zafrul, tindakan sewajarnya akan diambil bagi menyelesaikan perkara tersebut selewat-lewatnya menjelang hujung tahun ini, 31 Disember 2021.
“Oleh itu, sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya,” kata beliau.
Panas! Hadi kata penyatuan Umno, Pas tidak lengkap tanpa Bersatu
December 11, 2021
UMNO dan Pas tidak akan lengkap serta mencapai tujuan asal perpaduan bangsa dan agama tanpa kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana Melayu dan Islam bukan sahaja melibatkan parti UMNO dan Pas, malahan Bersatu yang merupakan parti besar.
“Hari ini kita di Malaysia berjaya menyatukan umat melalui pendekatan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN). Permulaannya dengan perpaduan Islam dan Melayu serta bumiputera dengan gagasan MN.
“Seterusnya mengumpulkan tiga buah parti Melayu terbesar bersama rakan-rakan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menyempurnakan usaha menukar kerajaan secara demokrasi berparlimen.
“Kemudian bergerak ke arah penyelesaian masyarakat majmuk, maka mestilah diikuti oleh penyertaan daripada kalangan parti bukan Melayu dan bukan Islam dengan menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya menerusi catatan Minda Presiden Pas yang dikongsi di Facebook beliau pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, keanggotaan MN tidak terhad kepada UMNO dan Pas ataupun Bersatu sahaja kerana Malaysia bukan hanya merangkumi kelompok Melayu dan Islam.
Jelasnya, ia mestilah juga meliputi seluruh masyarakat majmuk termasuk golongan bukan Islam dan bukan Melayu.
Selain itu, mengulas mengenai punca perpecahan antara tiga parti itu, beliau mengharapkan agar orang ramai dapat mengenali golongan perosak perpaduan umat dan tidak terpengaruh dengannya.
Menurutnya, golongan tersebut perlu disingkirkan dalam masyarakat kerana perpaduan umat wajib diutamakan lebih daripada agenda sampingan yang lain.
“Kita menyaksikan selepas kejayaan mengambil alih Putrajaya (kerajaan Persekutuan), betapa peranan yang dipergunakan oleh pihak tertentu yang gilakan kuasa untuk menggagalkan perpaduan umat.
“Pada masa sama, golongan tersebut berusaha untuk memecahbelahkannya dengan provokasi yang dicipta atau diolah mengikut perancangannya yang jahat terhadap umat. Perkara ini dilakukan semata-mata demi memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi,” katanya.
Sebagai contoh, kata beliau, persetujuan telah dibuat untuk menghimpunkan ketiga-tiga parti terbesar Melayu iaitu UMNO, Pas dan Bersatu.
Jelasnya, penyertaan Bersatu ke dalam MN adalah untuk melayari perubahan dalam negara secara bersama, tetapi malangnya ia tidak ditepati dan tidak ditunaikan.
Selain itu, Abdul Hadi berkata, golongan tersebut turut mempergunakan peranan media sebagai tentera upahan dengan memutar belit berita supaya terpesong dan berlaku salah faham.
Katanya, mereka juga mencipta berita palsu supaya bebas daripada sebarang tindakan undang-undang ataupun mengubah kepada memenuhi agenda peribadi dan kelompok, bukan lagi masyarakat majmuk serta perpaduan umat.
Tambah Abdul Hadi, golongan tersebut dalam Islam dikenakan hukuman tidak sah memegang apa-apa jawatan yang penting dan menjadi saksi dalam semua urusan yang penting.
“Golongan yang membuat kacau daun ini tidaklah besar jumlahnya, tetapi suaranya kuat sehingga boleh memekakkan telinga dan mengaburkan mata sebahagian daripada umat yang mahukan perpaduan dilaksanakan dengan berjaya.
“Mereka mendapat dukungan musuh dari dalam dan luar yang sentiasa menolak kebaikan dan menarik keburukan terhadap kita semua,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian.
Najib Razak mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Sebuah buku baharu mendakwa ‘tiga Tan Sri’ merancang penahanannya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Najib Razak hampir menjadi mangsa rampasan kuasa oleh “tiga Tan Sri” yang bersekongkol dengan pemimpin lain untuk menahan beliau secara tidak sah sewaktu mempengerusikan mesyuarat Kabinet, dakwa bekas pembantunya.
Bagaimanapun, sehari sebelum plot itu dilaksanakan, Najib mengambil beberapa tindakan yang menggagalkan rancangan tiga Tan Sri berkenaan iaitu, bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abu Kassim Mohamed.Butiran komplot untuk mengguling Najib sebagai Perdana Menteri terkandung dalam buku tulisan Romen Bose, yang bakal berada dalam pasaran. Bose ialah bekas wartawan dan penasihat komunikasi politik kepada Najib, dari 2012 hingga 2018.
Bose, mendakwa Zeti, Gani dan Abu Kassim adalah antara yang terlibat dalam plot untuk menggulingkan Najib pada 29 Julai 2015, namun tidak berjaya.
Romen Bose.
Zeti dan Gani ialah anggota utama dalam Pasukan Petugas Khas 1MDB yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dalam artikel Wall Street Journal serta Sarawak Report berhubung tuduhan penglibatan Najib dalam menyeleweng dana negara. Abu Kassim pula ialah penasihat pasukan petugas khas itu.
Individu lain yang didakwa terbabit dalam plot rampasan kuasa itu termasuk Muhyiddin Yassin, yang ketika itu timbalan Najib dan Shafie Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
“Dua hari selepas artikel itu muncul (menggunakan dokumen yang didakwa dibocorkan BNM, Jabatan Peguam Negara dan SPRM), satu mesyuarat rahsia pasukan petugas itu diadakan untuk merancang penyingkiran dan penahanan Perdana Menteri,” tulis Bose memetik beberapa sumber.
“Abu Kassim didakwa mengetuai desakan untuk Najib ditahan, walaupun pasukan petugas itu tidak mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan beliau (Najib) bersalah. Apa yang mereka ada ialah sekadar spekulasi dan gerak hati.
“Seterusnya, satu draf kertas pertuduhan dikatakan dibuat pejabat Abu Kassim, yang mendakwa Najib menerima RM27 juta secara rasuah bersama pecah amanah sebagai pertuduhan alternatif. Ini kemudiannya didakwa diubah kepada penyelewengan jenayah,” menurut Bose dalam buku itu.
Ini bertentangan dengan kelaziman, di mana polis atau agensi penguatkuasaan lain akan melengkapkan dan menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada melakukan pendakwaan.
Bose berkata, mengikut plot yang diatur itu, pegawai kanan polis yang setia kepada kumpulan perancang akan ditempatkan di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, manakala pegawai yang setia kepada Timbalan Ketua Cawangan Khas Bukit Aman, Abdul Hamid Bador akan menemani Gani ke dalam bilik mesyuarat Kabinet.
Sebaik sahaja Najib tiba, Gani didakwa akan memberi sepatah dua kata kepada anggota Kabinet dan membacakan pertuduhan terhadap Najib serta mengumumkan penahanannya.
Anggota polis kemudian dikatakan akan mengerumuni bilik mesyuarat dan menahan Najib.
Mengikut perancangan, Najib akan digari dan ditutup kepalanya dengan “beg hitam” sebelum dibawa ke kenderaan polis yang sedang menunggu.
Bose berkata, mengikut rancangan itu, Muhyiddin akan mengambil alih dan mempengerusikan mesyuarat Kabinet, dengan semua menteri dijangka melafazkan ikrar taat setia kepadanya sebagai Perdana Menteri baharu.
Mereka yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa itu didakwa turut merancang mendapatkan seorang “hakim mudah dipengaruhi” untuk menerima draf pertuduhan dan mengarahkan penahanan Najib dengan segera, katanya.
Menurut Bose, apabila beliau memaklumkan Najib berhubung plot terhadapnya, Ahli Parlimen Pekan itu “nampaknya” sudah tahu mengenainya, tetapi tidak bertindak sehingga sehari sebelum rampasan kuasa itu dijadualkan berlaku.
Tindakan itu melibatkan pemecatan beberapa pemain utama dalam konspirasi berkenaan.
“Pada Selasa, ketua perkhidmatan awam (Ketua Setiausaha Negara) Ali Hamsa menemui Gani di Jabatan Peguam Negara untuk memaklumkan beliau sudah digantikan, sementara butiran keselamatan Najib diperkukuhkan.
“Perdana Menteri (turut) memaklumkan Muhyiddin serta Shafie bahawa mereka akan digantikan dalam rombakan kecil Kabinet yang akan berlaku pada hari sama.”
Bose dilihat kagum dengan cara rampasan kuasa itu dipatahkan.
“Pada pagi itu sahaja, beberapa perancang utama yang didakwa itu disingkirkan tanpa sebarang keganasan atau pertumpahan darah, serta rancangan rampasan kuasa…digagalkan – gaya Malaysia.”
Buku Bose bertajuk “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government” akan berada di pasaran mulai 14 Dis ini. Tempahan awal boleh dibuat melalui kedai buku ini:
Sebuah buku mendedahkan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri persekutuan, Nor Mohamed Yakcop dinamakan dalam laporan SPRM.
PETALING JAYA: Seorang bekas pembantu Najib Razak mencabar kerajaan mengesahkan kesahihan laporan yang didakwa disediakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz serta bekas menteri persekutuan, Nor Mohamed Yakcop.
Petikan daripada laporan itu didedahkan bekas wartawan Romen Bose dalam buku bertajuk “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government”.
Bose berkata, sejak 2018, SPRM didakwa menyiasat Zeti dan Nor Mohamed atas penglibatan mereka dalam isu 1MDB, bahkan badan itu dikata menyediakan kertas siasatan bertajuk “Laporan Kes AmBank”.
Menurut bekas konsultan Najib itu, siasatan berkenaan didakwa mendapati ahli keluarga Zeti dan Nor Mohamed menerima wang berkaitan 1MDB yang “disorok” di Singapura.
Romen Bose.
Bulan lalu, SPRM mendedahkan ia berjaya mendapatkan semula kira-kira RM65 juta dana 1MDB daripada sebuah syarikat dikuasai suami Zeti, Tawfiq Ayman.
Perkembangan itu menimbulkan persoalan kenapa Zeti dan Nor Mohamed tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan SRC International membabitkan Najib, walaupun hakikatnya kedua-duanya telah membantu siasatDalam buku berjudul “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government,” Bose berkata: “Adakah SPRM benar-benar menyiasat keluarga Zeti dan Nor Mohamed pada 2018? Saya meminta mereka mengesahkan kesahihan (dakwaan) dalam dokumen itu.“Jika dokumen itu tulen dan faktanya tepat, saya ingin bertanya apa tindakan yang akan diambil terhadap individu berkenaan?, kata Romen.Dalam buku itu, Bose turut mengimbas perbualannya dengan Najib selepas berita mengenai skandal 1MDB dilaporkan
Najib, menurut Romen, terkejut dengan keengganan Zeti membuat sebarang komen berhubung RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, walaupun mengetahui butiran perkara itu.
Dana itu disebut sebagai derma politik daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Bose berkata, Najib memberitahunya beliau memaklumkan Zeti mengenai sumber dana itu dan Zeti memberitahu beliau tidak nampak sebarang isu dengan tindakannya (Najib) membuka akaun bank untuk menerima wang berkenaan.
Najib memberitahu Romen, beliau mengharapkan Zeti untuk memaklumkannya jika timbul persoalan berhubung kesahihan derma itu, berdasarkan kedudukannya sebagai ketua bank pusat.
Apabila berita berhubung dana itu dilaporkan di media dan pasukan petugas khas mula menyiasat skandal 1MDB, Najib berkata, Zeti memberitahunya beliau tidak boleh memberi komen mengenai transaksi berkenaan atas alasan siasatan masih berterusan.
“Najib berkata beliau amat bingung kenapa dia (Zeti) pada mulanya dengan senang hati bersetuju akaun itu dibuka kemudian, tiba-tiba dilihat cuba menjauhkan diri” tulis Bose.
Bose, bekas wartawan Al Jazeera dan AFP, merupakan perunding komunikasi politik Najib ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Penjualan buku itu akan bermula 14 Dis ini. Tempahan awal boleh dibuat melalui kedai buku ini:
Tindakan tegas polis terhadap media dan peserta himpunan Bersih pada 2012 mencetuskan bantahan awam, tetapi Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak tidak tahu mengenai sentimen negatif orang ramai. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Bekas wartawan, Romen Bose, yang pernah menjadi konsultan komunikasi politik Najib Razak, kini tampil dengan sebuah buku mendedahkan kisah dalaman di sebalik kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada PRU14, walaupun akur, “saya sebenarnya tidak mahu menulisnya”.
“Selepas melihat apa yang berlaku sejak dua atau tiga tahun lalu, saya rasa penting untuk mencatatkan apa yang sebenarnya berlaku supaya rakyat boleh belajar daripada kesilapan,” katanya kepada FMT dari rumahnya di London.
“Malaysia mempunyai masa depan yang sangat kukuh dan positif, tetapi rakyat perlu belajar daripada masa silam (untuk)….membuahkan kerjasama antara kaum yang lebih baik. Kita boleh selesaikan apa jua isu dan mara.”
Dalam bukunya “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government”, Bose mengupas kegagalan Umno-BN dan “inner circle” Najib menjelang pilihan raya umum penuh bersejarah pada 2018.
Romen Bose.
PRU14 itu menyaksikan BN yang ditunjangi Umno, kehilangan kuasa selepas enam dekad menerajui Malaysia.
Bose menjadi penasihat kepada Perdana Menteri mulai 2012, setelah bekerja sekian lama sebagai wartawan di negara ini dengan media asing.
Ketika itu, beliau mendapati Najib tidak diberikan maklumat tepat berhubung apa yang sebenarnya berlaku dalam himpunan Bersih tahun itu dan sentimen negatif terhadap kerajaannya.
Melaporkan dari lapangan, Bose melihat polis bertindak kejam terhadap penunjuk perasaan dan media. Beliau juga mengesan penularan sentimen negatif rakyat terhadap kerajaan pimpinan Najib.
Namun begitu, Bose dimaklumkan oleh pembantu kepada Najib bahawa Perdana Menteri tidak menyedari rasa tidak puas hati itu, malah beranggapan kerajaan menangani apa jua keresahan dengan baik.
Sebelum berlepas ke London untuk menerokai peluang kerjaya baharu, Bose mencadangkan pembentukan kumpulan penasihat komunikasi kepada Najib bagi memberinya laporan tepat berhubung sentimen rakyat dan mengusulkan dasar sesuai yang boleh dilaksanakan.
“Najib (memberitahu saya): ‘Saya rasa ia idea baik dan saya gembira anda mencadangkannya. Saya perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku di lapangan, saya tahu ramai tidak beritahu perkara sebenar kerana mereka mahu membodek saya’,” tulis Bose dalam bukunya.
Susulan perbualan itu, Bose menjalin hubungan kerjasama dengan Najib sehingga kejatuhan beliau dan kekalahan BN pada 2018, ketika ketegangan hubungan antara parti komponen BN semakin ketara dan skandal 1MDB hangat diperkatakan.
“Saya tidak tahu sama ada Najib telah melihat buku ini. Saya tidak tahu apa reaksinya nanti. Buku ini ditulis untuk mendedahkan semua perkara, bukan untuk memuji atau merendahkan mana-mana kumpulan tertentu. Ia adalah pemahaman dan analisis objektif terhadap apa yang berlaku ketika itu.
“Ada perkara baik serta buruk, dan semuanya terkandung dalam buku ini. Terpulang kepada pembaca untuk menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah, bukan untuk saya katakan.”
Bose yang merupakan warga Singapura, memulakan kerjaya sebagai wartawan pelatih dengan The Straits Times pada pertengahan 1980-an dan kemudiannya bekerja untuk sejumlah program MediaCorp.
Pada 2005, beliau bekerja di Malaysia apabila menyertai Al Jazeera sebagai penerbit berita sebelum beralih ke agensi berita Perancis, AFP pada 2007.
Semasa menjadi pewarta AFP, beliau mula membina hubungan kukuh dengan Najib dan Pejabat Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri pada 2012.
Buku nukilan Bose akan dijual mulai 14 Dis ini. Tempahan awal boleh dibuat menerusi kedai buku ini:
Iron Lady DUN Murum, Puan Anie Amat atau dikenali juga sebagai Puan Annie Stanley merupakan calon wakil Rakyat yang sangat berkelayakan untuk warga DUN Murum..! Kegigihan beliau sebagai calon wanita tunggal mengatasi calon-calon lelaki yang juga bertanding di DUN Murum..! Beliau sangat mesra dengan penduduk tempatan dan sentiasa senyum membuatkan ramai penduduk berasa selesa dengan beliau..! Semoga perjalanan beliau sepanjang kempen pilihanraya Negeri Sarawak kali ini dipermudahkan..!
Jika Pilihanraya Umum ke-15 diadakan sebelum rayuan Najib Razak didengar di Mahkamah Persekutuan.Bolehkah Najib menjadi calon?
Jawapannya tidak boleh kerana Najib telah kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimen di bawah Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan.
Najib telah disabitkan kesalahan jenayah dan dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan hukuman tersebut telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia.
Rayuan Najib telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 08 Disember 2021.
Adakah penggantungan perlaksanaan hukuman penjara dan denda (stay of execution) yang diberi oleh Mahkamah Rayuan bermakna Najib boleh jadi calon Pilihanraya?
Penggantungan perlaksanaan hukuman hanya setakat Najib tidak dipenjarakan sekarang Dan tidak membayar denda RM210 juta sekarang.Tetapi sabitan kesalahannya ( conviction) tidak digantung atau ditangguh.Sabitan (conviction) ke atas Najib Kekal. Dengan hukuman penjara melebihi Satu tahun dan denda melebihi RM2,000 bermakna jika PRU-15 diadakan bila-bila masa sekarang bermakna Najib tidak boleh jadi calon Pilihanraya.
Senario Kedua
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan kepada Najib Razak sebelum Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan Najib untuk membolehkan Najib menjadi calon PRU-15?
Jawapannya tidak.Yang di-Pertuan Agong terikat dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 42(1) dan 42(2) di mana kuasa Agong untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum hanya boleh dilakukan selepas kesalahan seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Undang-Undang.
Ini bermakna Najib Razak tidak boleh memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebelum Rayuannya di Mahkamah Persekutuan didengar dan diputuskan.
Senario Ketiga
Cara mana Najib Razak boleh jadi calon PRU-15?
Hanya ada dua jalan sahaja.
Pertama Najib berjaya dalam Rayuannya di Mahkamah Persekutuan.Maksudnya Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membawa kesan sabitan dan hukuman penjara dan denda ke atas Najib dibatalkan.
Kedua, jika Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Najib dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, maka satu-satu jalan yang ada pada Najib untuk layak menjadi calon PRU-15 ialah dengan mendapatkan pengampunan Diraja dari Yang di-Pertuan Agong.
Kesimpulannya, tarikh bilakah PRU-15 akan diadakan dan bilakah tarikh rayuan Najib akan didengar di Mahkamah Persekutuan serta apakah keputusan Mahkamah Persekutuan itu nanti adalah faktor-faktor yang penting untuk menentukan sama ada Najib layak menjadi calon PRU-15 atau pun tidak.
Program ‘semut merah’ jadi bahan sindiran warganet
Oleh FAZLI RADZI/ December 11, 2021
Laman rasmi Facebook Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) hari ini dengan hantaran berkaitan Himpunan Semut Merah dilihat telah dibanjiri sindiran warganet.
Rata-rata netizen menempelak dan mengetawakan himpunan Jabatan Amal Malaysia (JAM) di perkarangan Stadium Sultan Mizan Gong Badak mulai jam 4 petang esok itu.
Antaranya, mereka menyindir program sempena sambutan ulang tahun ke-70 Pas itu dengan realiti parti tersebut yang sekarang ‘kenyang’ kerana berada dalam kerajaan.
“Semut merah kenyang sagon dah belaka,” kata pengguna Facebook, Mohammad Fariz manakala Ishak Haron pula menulis, “Semut merah yang dah semakin pudar warnanya.”
Ada juga yang menyebut tentang Padang Merbok di ibu negara yang pada 2017 menyaksikan ribuan penyokong Pas berpakaian ungu menyertai Himpunan Rang Undang-Undang 35 (RUU 355).
“Pameran nak kumpul di Padang Merbok bila lagi?” soal Azmi Yusof.
Program yang turut mempunyai slot ‘Taujihad dan Amanat Pemimpin JAM’ itu juga dianggap sebahagian warganet sebagai tidak relevan dengan masalah dihadapi majoriti rakyat termasuk isu kenaikan harga barangan makanan.
“Ingatkan nak berhimpun pasal harga barang naik,” sinis Amir Hamzah.
Himpunan Semut Merah esok turut menyaksikan pameran aset JAM dan persembahan demonstrasi penyelamat JAM.