KAH..KAH.KELUARGA MALAYSIA SEDANG MENANGIS WOIII....SEMUT APA WOIII...BOLEH BUAT APA..BERAPA ORANG SHAHID DI PALESTINE-DAPAT TURUN HARGA BARANGG KAH...

 


Program ‘semut merah’ jadi bahan sindiran warganet

Laman rasmi Facebook Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) hari ini dengan hantaran berkaitan Himpunan Semut Merah dilihat telah dibanjiri sindiran warganet.

Rata-rata netizen menempelak dan mengetawakan himpunan Jabatan Amal Malaysia (JAM) di perkarangan Stadium Sultan Mizan Gong Badak mulai jam 4 petang esok itu.

Antaranya, mereka menyindir program sempena sambutan ulang tahun ke-70 Pas itu dengan realiti parti tersebut yang sekarang ‘kenyang’ kerana berada dalam kerajaan.

“Semut merah kenyang sagon dah belaka,” kata pengguna Facebook, Mohammad Fariz manakala Ishak Haron pula menulis, “Semut merah yang dah semakin pudar warnanya.”

Ada juga yang menyebut tentang Padang Merbok di ibu negara yang pada 2017 menyaksikan ribuan penyokong Pas berpakaian ungu menyertai Himpunan Rang Undang-Undang 35 (RUU 355).

“Pameran nak kumpul di Padang Merbok bila lagi?” soal Azmi Yusof.

Program yang turut mempunyai slot ‘Taujihad dan Amanat Pemimpin JAM’ itu juga dianggap sebahagian warganet sebagai tidak relevan dengan masalah dihadapi majoriti rakyat termasuk isu kenaikan harga barangan makanan.

“Ingatkan nak berhimpun pasal harga barang naik,” sinis Amir Hamzah.

Himpunan Semut Merah esok turut menyaksikan pameran aset JAM dan persembahan demonstrasi penyelamat JAM.





No comments: