NORMAN RADZUAN
Kenapa org Melayu hanya takut babi/anjing bkn rasuah?
ORG KITA TIDAK DIDIDIK PERKARA BETUL DARI KECIL
Pelikan org Melayu hanya takut babi dan anjing dari rasuah. Sebab apa ia berlaku? Ia semua kerana budaya bangsa itu sendiri dan malah seolah olah tiada niat dari pimpinan atau kerajaan mengubahnya.
Selalu tak dgr kes buli di sekolah? Tentu selalu mendengarnya hingga ada anak yg terlantar di hospital dan trauma takut ke sekolah. Kenapa kes buli berterusan hingga kini?
Ini kerana waktu perhimpunan sekolah (pengalaman peribadi) tidak pernah sekalipun saya mendengar guru besar atau guru disiplin bercerita mengenai buli dan amaran keras mengenainya. Ia dipandang remeh tetapi kesan kpd pelajar2 yg dibuli membuatkan mereka hilang keyakinan dan minat utk belajar.
Yg Ustaz asyik ajar jgn makan sembelihan org Cina dan mandi hadas. Akhirnya ramai org Melayu minum arak tapi hanya takut makan ayam tak sembelih
Jika saya Menteri Pelajaran setiap sesi bermula persekolahan, pihak sekolah wajib memohon jasa PDRM utk berkempen mengenai 'buli' sebagai strategi reverse psychology kpd pelajar2. Tapi rasanya ia tidak pernah berlaku kerana style kita hanya menghukum bukan mencegah.
Isu utama di sini kenapa org kita dari remaja lagi sudah berminat dgn rasuah. Ini kerana didikan samada di rumah atau di sekolah. Pernah ibu bapa cerita bab bahaya makan duit rasuah? Yg ditekan jgn makan asam sebab ia tahi hidung Cina
Pernah guru2 di sekolah ceritakan betapa jijik makan duit rasuah atau pernah Ustaz di sekolah ceritakan mengenai hukum dari pandangan agama.??? Tidak pernah kan.
Di Jepun anak2 dididik dari umur 7 tahun lagi utk melakukan tugasan mencuci bilik kelas, mencuci bilik air dan membersihkan meja makan di kantin. Malah adab melintas jalan pun ditekankan. Sebab itu mereka pembersih.
Jadi rasuah atau korupsi ini hanya boleh dihapuskan jika ibu bapa, guru dan org2 beragama menekankan isu ini sebagai perbualan dan subjek yg diperlu diambil serius di rumah, sekolah dan masjid.
Ibu bapa stop takutkan cerita hantu dgn anak2... bykkan cerita pasal jgn makan duit rasuah. Jgn asyik cerita pasal anjing dan babi sahaja...Begitulah guru2 dan Ustaz2.
Bila cerita bab anjing babi sampai dah tua org Melayu takut benar dgn anjing. Pernah dahulu rombongan dua buah kereta (kenalan dari Semenanjung) ketika bercuti di Kundansang, saya jemput ke satu majlis perkahwinan saudara sebelah isteri. Sampai di rumah pengantin mereka tidak mahu turun kereta.
Saya bertanya kpd kenalan tersebut kenapa family tidak mahu turun kereta... katanya mereka tidak selesa bila melihat beberapa ekor anjing berkeliaran di kawasan kampung tersebut.
Lalu saya sindir, di sini (Sabah) anjing lebih byk dari kucing. Lagipun ia bukan anjing peliharaan dan menu perkahwinan ini tak ada pun masak rendang anjing. Org Islam Sabah pun sembahyang bah. Persoalannya kenapa mereka begitu takut sekali? Ia kerana didikan anjing perlu ditakuti dari kecil lagi.
Sdgkan jika mereka pergi perkampungan negara2 Arab pun akan terjumpa anjing2 berkeliaran. Moralnya segala galanya bermula dari didikan awal. Kena ada satu naratif dilakukan ditanam ke minda org Melayu bagaimana rasuah ini dibenci, ada perasaan malu dan takut dilakukan.