Beri laluan kepada calon muda KEADILAN Sarawak

 


Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Sarawak, Dominique Ng menyeru pengundi supaya memberikan peluang kepada calon muda dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) kali ini.

Katanya, perkara itu turut dipersetujui oleh masyarakat di kerusi Batu Lintang yang akan ditandingi calon KEADILAN termuda, Cherishe Ng.

"Kebanyakan penjaja kenal saya. Mereka selalu tanya saya mengapa sekarang tidak bertanding, saya kata saya sudah bersara.

"Saya mahu memberi peluang kepada orang muda dan mereka bersetuju," katanya.

Katanya, beliau tidak berhenti berkempen walaupun seminit untuk memastikan Cherishe meraih undi di Batu Lintang.

"Berilah peluang kepada calon muda, Cherishe. Beliau calon yang termuda sekali. Ini supaya mereka boleh mara ke depan, menjadi ADUN.

"Yang tua, orang lama sudah umur 80 ke 90 tahun sudah boleh berehat, undurlah. Beri peluang yang muda untuk ke depan, menjadi seorang wakil rakyat," katanya.

 

No comments: